omniture

Edgybees Lancar Permainan Realiti Imbuhan Pertama Bagi Pengguna Dron DJI

DJI
2017-05-02 23:57 619

Kaedah Menyeronokkan, Imersif dan Menarik untuk Menguasai Kemahiran Penerbangan Anda

SHENZHEN, China, 2 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Edgybees, sebuah syarikat teknologi realiti imbuhan, pada hari Selasa melancarkan realiti imbuhan (AR) iaitu aplikasi mudah alih baharu yang sesuai dengan dron DJI, termasuk Phantom 3, Phantom 4 dan Mavic Pro. Dibangunkan dengan menggunakan kit pembangunan perisian DJI, 'Drone Prix' ialah aplikasi mudah alih AR pertama yang dicipta khusus untuk platform udara DJI, yang membolehkan pengguna, terutamanya juruterbang dron baharu, untuk menguasai kemahiran mereka dengan cara yang seronok, selamat dan imersif.

Permainan ini menumpukan kepada penerbangan dron melalui laluan berhalang maya sambil mengumpul hadiah dan mengelakkan halangan sepanjang perjalanan. Juruterbang dron boleh bersaing bagi prestasi, mata dan masa terbaik bagi kedudukan yang menjadi rebutan dalam papan skor tertinggi menyaingi juruterbang dron lain dari seluruh dunia.

"Semasa kami mula-mula memikirkan idea untuk aplikasi ini, kami mahu mencipta satu pengalaman baharu bagi juruterbang untuk menggabungkan keseronokan penerbangan dengan keseronokan aktiviti berbentuk permainan. Aplikasi Drone Prix AR benar-benar merupakan permainan sosial realiti imbuhan pertama yang direka khas untuk tujuan ini," kata Menashe Haskin, Ketua Pegawai Teknologi & Pengasas Bersama Edgybees. "Berbeza dengan simulator penerbangan, Drone Prix AR memberikan pengalaman yang lebih imersif yang menggabungkan halangan maya dengan kemahiran juruterbang yang sebenar. SDK Mudah Alih DJI membolehkan kami menjadikan idea kami satu kenyataan dengan pantas dan kami benar-benar teruja untuk melihat bagaimana aplikasi ini akan mengubah cara orang ramai mengalami penerbangan dron."

Ciri utama aplikasi Drone Prix termasuk:

  • Mod Solo dan Pertandingan: Berlumba menentang masa untuk mengalahkan skor anda sebelum ini atau bersaing dengan pengguna lain dari seluruh dunia untuk berada di papan skor tertinggi.
  • Pembantu Penerbangan: Bimbingan trek akan membantu juruterbang dalam ruang 3D sambil mereka mengemudi sekitar halangan untuk mengumpul syiling dan hadiah.
  • Pelbagai Halangan: Mempunyai lebih 30 jenis laluan berhalangan yang berbeza, dengan kesukaran berbeza-beza sesuai bagi juruterbang baharu dan berpengalaman.
  • Penglibatan Sosial: Juruterbang boleh menghubungkan ID pengguna mereka kepada akaun Facebook dan berkongsi pencapaian mereka dengan juruterbang berprestasi tinggi yang berada di papan skor tertinggi.

Sama seperti Aplikasi DJI GO 4, Drone Prix ialah aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun ke telefon pintar pengguna. Setelah dron, alat kawalan jauh dan aplikasi mudah alih dihidupkan dan disambungkan, pengguna boleh melihat pandangan kamera dron pada aplikasi mereka, kemudian mereka boleh memilih halangan dan mulakan penerbangan.

"Sokongan DJI bagi komuniti permulaan dan pemaju bukan sahaja bertujuan mewujudkan aplikasi penggunaan baharu, tetapi juga peluang perniagaan baharu," kata Taehyun Moon, Pengarah Pengurusan Jenama DJI. "Aplikasi Drone Prix ialah salah satu daripada banyak contoh yang hebat bagaimana SDK kami telah membuka pintu kepada kemungkinan kreatif baharu dan mengembangkan keupayaan para pemaju untuk membina aplikasi tersuai baharu yang menarik."

Pengendali dron DJI akan mempunyai peluang untuk menggunakan aplikasi Drone Prix di Arena DJI Korea dan di Program Pengalaman Juruterbang Baharu DJI untuk membantu mereka menguasai kemahiran penerbangan mereka dan mengalami keseronokan penerbangan dengan cara baharu.

Aplikasi Drone Prix kini boleh dimuat turun di App Store dan Play Store.

Untuk memuat turun foto: https://www.dropbox.com/sh/vv2hmft24vqpczp/AAASfmJUoKdM2H70ExIu0i24a?dl=0

Video pengenalan aplikasi: https://youtu.be/NBtj1Caysu4

Untuk maklumat tambahan, sila hubungi:

Kevin On

Edgybees

Pengarah Komunikasi

Zvi Mitlanski, Naib Presiden Komunikasi

kevin.on@dji.com

zvi.mitlanski@edgybees.com

Latar Belakang Edgybees

Edgybees Ltd. ialah syarikat teknologi dron realiti imbuhan khusus yang pertama di dunia. Kami menjadikan pemilikan dron menyeronokkan, menarik dan sosial, dengan mewujudkan pengalaman permainan yang terbaik untuk juruterbang dron di seluruh dunia. Edgybees beribu pejabat di Israel dan mempunyai pejabat di Eropah dan Amerika Syarikat. Kit dan permainan pembangunan realiti imbuhan kami boleh didapati di iOS dan Android bermula Mei 2017.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.edgybees.com.

Latar Belakang DJI

DJI ialah peneraju global dalam membangunkan dan mengeluarkan teknologi dron dan kamera inovatif untuk kegunaan komersil dan rekreasi. DJI ditubuhkan dan dikendalikan oleh mereka yang berminat terhadap helikopter kawalan jauh dan pakar-pakar dalam teknologi kawalan penerbangan serta penstabilan kamera. Syarikat ini adalah khusus untuk menjadikan peralatan dan platform untuk penggambaran udara dan pembuatan filem lebih mudah diakses, andal dan lebih mudah digunakan oleh pencipta serta penginovasi di seluruh dunia. Operasi global DJI kini merangkumi seluruh Amerika, Eropah dan Asia, dan produk dan penyelesaian revolusionernya telah dipilih oleh pelanggan di lebih 100 negara untuk digunakan dalam pembikinan filem, pembinaan, tindak balas kecemasan, pertanian, pemuliharaan dan banyak lagi industri lain.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi:

Laman sesawang: www.dji.com
Facebook: www.facebook.com/DJI
Instagram: www.instagram.com/DJIGlobal
Twitter: www.twitter.com/DJIGlobal 
Langgan Saluran YouTube kami: www.youtube.com/DJI

Source: DJI
Keywords: Electronics Gaming Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Mobile Entertainment New products/services