omniture

Forest City Country Garden alu-alukan penduduk pertamanya

Pembeli optimis dengan potensi pertumbuhan nilai pelaburan mereka di bandar baharu Malaysia berhampiran sempadan Singapura
Country Garden Holdings
2017-05-04 10:07 984

JOHOR BAHRU, Malaysia, 4 Mei 2017 /PRNewswire/ -- En. Liu, seorang pemilik rumah baharu di Forest City Country Garden, telah membuat perjalanan yang jauh untuk mengambil kunci pangsapuri baharu beliau dan amat menghargai sambutan mesra yang diterima daripada kakitangan pengurusan hartanah tersebut. Beliau berkata, "Saya tidak menjangka akan menerima kunci sebegini cepat." Beliau hampir tidak percaya apabila dimaklumkan ketika membuat pembelian bahawa beliau bakal menerima pangsapuri baharunya hanya dalam tempoh setahun. Beliau masih sangsi tentang kunci pangsapuri baharu yang diterimanya sehinggalah beliau hadir ke premis dan menggunakan kunci tersebut untuk membuka pintu pangsapuri beliau buat kali pertama.

Tapak bangunan yang menempatkan kediaman ini asalnya merupakan kawasan dalam air dan diubah melalui pengambusan tanah menjadi kawasan baharu yang lebih berpotensi, berdasarkan lokasinya. Pelbagai jenis kemudahan sokongan, termasuk pusat pengangkutan, hotel lima bintang, jalan besar komersial yang membarisi pinggir pantai dan taman pantai, telahpun dibuka dan menyediakan perkhidmatan penuh.

Kumpulan pertama pemilik rumah dari seluruh dunia mengambil kunci kediaman baharu mereka di Forest City
Kumpulan pertama pemilik rumah dari seluruh dunia mengambil kunci kediaman baharu mereka di Forest City

Pemilik rumah mula mengambil kunci kediaman yang pertama siap di Country Garden Fengqi Apartments, terletak di atas tanah Forest City Phoenix Hotel. Setelah siap, para pemilik rumah baharu akan menduduki 132 pangsapuri yang mempunyai taman-taman menghadap laut, suatu yang sukar didapati. Para pemilik rumah baharu juga akan mendapat akses kepada perkhidmatan hotel dan pelayan sepanjang masa, demi memastikan kemudahan maksimum dalam persekitaran baharu mereka. Mereka memuji kepantasan kerja menerusi pembinaan yang berjaya disiapkan selain menyatakan keyakinan mereka terhadap jangkaan peningkatan nilai bagi pembelian baharu mereka itu.

Pemilik rumah di Forest City memeriksa kediaman baharu mereka
Pemilik rumah di Forest City memeriksa kediaman baharu mereka

Forest City, sebuah bandar baharu berkeluasan 20 kilometer persegi terletak di Wilayah Pembangunan Iskandar Johor, merupakan peneraju dan pusat bagi kebanyakan aktiviti baharu yang berlaku dalam ekonomi Malaysia - di bandar-bandar dan pekan-pekan yang bersempadan dengan Singapura. Ciri-ciri projek ini termasuk penstrataan tiga dimensi dari segi susun atur laluan pengangkutan, tumbuh-tumbuhan hijau vertikal dan gabungan yang diubah secara halus antara kediaman dan komersial, dengan tumpuan terhadap pembangunan pelancongan, pendidikan, kesihatan, kewangan dan juga e-dagang. Bandar ini, yang mendapat kelulusan sebagai pulau bebas cukai, ialah model masa depan untuk pembangunan sedemikian. Country Garden membuat pelaburan besar dalam projek ini dan bekerjasama dengan barisan firma antarabangsa kelas pertama, antaranya ialah Sasaki, Accenture, Arup dan Greenerg, dalam usaha mewujudkan dan melaksanakan projek.

Selain kemudahan sokongan yang telah mula beroperasi, firma-firma dan organisasi-organisasi lain yang baru-baru ini bersetuju untuk turut serta terdiri daripada MJ Group yang berpangkalan di Taiwan, firma pengurusan penjagaan kesihatan utama di Asia, dengan rancangan untuk membangunkan kemudahan pengurusan kesihatan yang bakal dibuka dalam tahun ini; Shattuck-St. Mary's School, ditubuhkan lebih seabad lalu sebagai sekolah berasrama campuran yang berpusat di Faribault, Minnesota, dengan rancangan untuk mula mengambil pekerja baharu pada bulan Ogos ini dan membuka sebuah sekolah di bandar ini pada Ogos akan datang; selain sebuah kedai bebas cukai yang bakal dibuka pada bulan Julai ini.

Papan tanda yang menanti pemilik rumah baharu: Selamat Pulang
Papan tanda yang menanti pemilik rumah baharu: Selamat Pulang

Pada bulan Mac, Country Garden menandatangani kontrak untuk projek peringkat seterusnya, Forest City Fasa Kedua, setelah menandatangani kontrak pada Disember lalu bersama 36 firma yang akan bekerjasama dalam proses pembinaan bandar, yang umumnya, akan bertindak untuk memupuk jalinan kerjasama rentas sempadan dalam pembangunan industri. Fasa Kedua akan melibatkan pembinaan tiga padang golf 18 lubang, hotel lima bintang dan bangunan kediaman berkepadatan rendah dalam kawasan 8 kilometer persegi yang merupakan sebahagian daripada projek yang lebih besar itu. Pembinaan hotel serta padang golf pertama, direka oleh Jack Nicklaus, salah seorang arkitek padang golf terkemuka di dunia, akan dimulakan pada bulan Mei dengan rancangan operasi perniagaan dimulakan menjelang akhir tahun ini.

Dalam satu acara di Hong Kong yang menggalakkan penggunaan keupayaan lebihan yang terdapat di kilang-kilang seluruh dunia, sebagai sebahagian daripada inisiatif kerajaan Cina untuk memupuk kerjasama rentas sempadan sedemikian, Forest City disebut sebagai model. Ketua pegawai strategi Forest City Yu Runze berkata pada acara itu bahawa projek Forest City kini memasuki fasa baharu yang menumpu untuk menarik pelaburan daripada syarikat-syarikat yang terlibat dalam pelbagai jenis industri.

Kemajuan terkini Forest City telah diiktiraf oleh para pemiliknya.

En. Liu yang disebutkan di atas, salah seorang pemilik rumah baharu dan pelabur melalui perdagangan dari Hong Kong yang menyaksikan kebangkitan Shenzhen berkata, "Saya amat yakin dengan masa depan Forest City memandangkan projek kediaman ini terletak bersebelahan Singapura, dalam susunan yang serupa dengan peranan yang dimainkan oleh Shenzhen, bandar di selatan Tanah Besar Cina bersempadan dengan Hong Kong." Beliau menambah bahawa beliau tidak mahu melepaskan peluang untuk membeli rumah Forest City di Malaysia disebabkan lokasi unggul projek ini.

Cik Shuhana, seorang wanita Malaysia yang membuat perjalanan agak jauh dari Langkawi menuju luar pantai barat laut Malaysia ke Forest City untuk membeli rumah buat beliau tujuh sekeluarga berkata, "Forest City, sebuah projek yang terletak di Malaysia dan berhampiran Singapura, ialah pilihan pelaburan sesuai buat kami."

Cik Shuhana dan keluarga beliau melihat rumah baharu mereka
Cik Shuhana dan keluarga beliau melihat rumah baharu mereka

Para pemilik rumah di Forest City berasal dari 23 negara seluruh dunia, termasuk Malaysia, Singapura, China, Indonesia, Jepun, AS, Kanada, UK, Perancis, Jerman, Rusia dan juga Australia. Sebagai sebuah syarikat Forbes Global 500, Country Garden Holdings telah berkembang secara strategik melangkaui pasaran tempatannya ke arena antarabangsa, dengan tumpuan terhadap Malaysia, Australia dan Indonesia. Kini, Country Garden mempunyai lebih 700 projek pembangunan di seluruh dunia, berkhidmat kepada lebih 3 juta pemilik rumah,

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170502/1840037-1-a  
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170502/1840037-1-b  
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170502/1840037-1-c
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170502/1840037-1-d

Source: Country Garden Holdings
Keywords: Construction/Building Overseas Real Estate (non-US) Real Estate New products/services