omniture

IT Lestari: HP Sertai Dell, Lenovo Tawar Komputer Riba Diperakui TCO

TCO Development
2017-05-04 15:00 719

STOCKHOLM, 4 May 2017 /PRNewswire/ --

Jenama IT HP telah menyertai Dell dan Lenovo dalam mencapai pensijilan kelestarian TCO Certified bagi pelbagai rangkaian komputer riba, menawarkan pembeli-pembeli IT dengan lebih banyak pilihan bagi elektronik yang telah disahkan secara bebas bagi tanggungjawab sosial dan alam sekitar.

generated by system

Penambahan dalam bilangan model-model yang diperakui dari Dell, HP dan Lenovo – tiga jenama peneraju dalam penjualan PC di seluruh dunia – mencerminkan permintaan yang meningkat daripada pembeli-pembeli IT yang mahukan produk yang menepati standard kelestarian yang lebih tinggi. Ini bermakna standard ini bukan hanya meliputi produk, tetapi juga keadaan kerja dalam rantaian bekalan tempat ia dibuat.

"Apabila pembeli bertindak, industri mendengar. Dengan menggunakan TCO Certified sebagai alat untuk membeli, syarikat-syarikat menghantar pesanan secara langsung kepada jenama-jenama IT bahawa kemampanan adalah penting," kata Sören Enholm, Ketua Pegawai Eksekutif di TCO Development. "Bergandingan, HP, Dell dan Lenovo merupakan bahagian utama dalam pasaran profesional IT dan dengan pemberian perakuan kepada lebih banyak komputer riba, jenama-jenama ini meningkatkan lagi komitmen mereka untuk memenuhi permintaan dan mewujudkan sebuah ekosistem IT yang lebih bertanggungjawab dan lestari."

Cari model-model komputer riba diperakui di TCO Certified Product Finder.

Sebagai sebuah pensijilan bebas, TCO Certified hanya mengiktiraf produk yang telah disahkan secara bebas menepati kesemua kriteria pada peringkat produk, kilang and jenama. Kriteria utama merangkumi kandungan berbahaya, kecekapan tenaga, jangka hayat produk, konflik mineral dan tanggungjawab sosial dalam rantaian bekalan pengeluaran.

Pentaksiran pra dan pasca pensijilan merangkumi ujian produk, verifikasi pematuhan kepada kod tingkah laku kilang, dan tanggungjawab syarikat jenama bagi keadaan rantaian bekalan.

Enholm menyimpulkan, "Lebih ramai pembeli yang kini memberikan keutamaan yang tinggi terhadap tanggungjawab rantaian bekalan apabila mereka membeli produk IT dan mencari verifikasi berbilang lapisan dan bebas yang ditawarkan oleh TCO Certified. Lebih ramai pembeli menggunakan TCO Certified, lebih banyak penambahbaikan yang akan kita lihat."

Baca laporan kemajuan terbaru kami, Impak dan Pandangan.

Latar belakang TCO Certified

TCO Certified ialah pensijilan kelestarian bagi produk-produk IT, yang membantu organisasi di seluruh dunia dalam membuat pilihan produk secara bertanggungjawab. Selama 25 tahun, kami telah menawarkan penyelesaian yang mengurangkan risiko dan menangani cabaran kelestarian berhubung produk elektonik. TCO Certified merangkumi kriteria kitaran hidup bagi alam sekitar dan tanggungjawab sosial. Verifikasi bebas bagi produk, kilang dan pematuhan pemilik jenama, kedua-dua pensijilan pra dan pasca, dirangkum dalam verifikasi ini.

Hubungi
Eropah / Asia - Gabriella Mellstrand
gabriella.mellstrand@tcodevelopment.com
+46-70635-8351

Amerika - Clare Hobby
clare.hobby@tcodevelopment.com
+1-310-801-8769

Source: TCO Development
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Corporate Social Responsibility