omniture

Alami Ladakh Yang Belum Pernah Dialami Bersama The Ultimate Travelling Camp (TUTC)

The Ultimate Travelling Camp (TUTC)
2017-05-05 12:52 627

MUMBAI, 5 Mei 2017 /PRNewswire/ --

Khemah lengkap yang mewah | Masakan Lazat | Perkhidmatan Butler persendirian

Kem beroperasi dari 15 Mei sehingga 30 September 2017

Ladakh, kawasan dengan pelbagai pengaruh tidak pernah berhenti memukau pelancong dengan warna yang meriah. Biara purba indah dihiasi dengan bendera doa yang berkibaran, tasik biru kobalt bergabung ke langit biru, kambing Pashmina yang meragut rumput berlatarbelakangkan gunung bersalji yang kaya dengan mineral – setiap persekitaran di sini merupakan persembahan yang dramatik dengan warna-warna yang menakjubkan.

generated by system

Terletak di dukuh yang aneh tetapi menarik di Ladakh, Kem Chamba Thiksey dan Kem Chamba Diskit The Ultimate Travelling Guide yang amat popular menjemput pengunjung untuk merasai sepenuhnya udara nipis Ladakh sambil diulit kemewahan tempat tinggal glamor. Dikenali kerana memperkenalkan 'Glamping' pada landskap mencabar India, kem bermusim TUTC di Leh dan Lembah Nubra mula operasi dari 15 Mei 2017 sehingga akhir bulan September, masa yang terbaik untuk melawat Ladakh. Bagi mereka yang ingin menyelam jauh ke dalam jiwa Ladakh, jadual perjalanan utama TUTC menjanjikan pengalaman persinggahan mewah tanpa kompromi.

TUTC memberikan pengalaman yang lain daripada lain. Tetamu boleh menemui semula tenaga mistik stupa Buddha, menemukan cerita purba dewa agama Buddha yang bersembunyi di sebalik simbolisme rahsia dan warna-warna biara, mendoakan keamanan, berakit menyusuri sungai yang berglasier, berbasikal melalui jalan-jalan gunung, menonton permainan polo, sukan kerabat diraja, mengecapi pengalaman upacara pemujaan peribadi dengan ahli ramal kampung atau hanya menikmati pelbagai perkhidmatan yang luar biasa di kem.

Di paras 11,000 kaki, perkhidmatan luar biasa TUTC y memenuhi semua kehendak dan kemahuan tetamunya yang dihormati. Kemewahan ini diserlahkan pada khemah estetik yang indah dilengkapi dengan candelier kayu, katil bertiang empat, linen yang sangat halus dan perabot kayu antik. Khemahnya mempunyai tiga lapisan dan memberi perlindungan dari luar dan ruang dalaman mempunyai kawalan suhu yang disesuaikan dengan kehendak individu. Setiap khemah menawarkan bilik mandi dalam bilik dengan pancuran mandian air panas, kemudahan mencuci berjenama dalam rumah, peti deposit selamat, perkhidmatan dobi, dek peribadi, Wi-Fi tanpa had di Khemah penyambut tetamu, kawalan keselamatan & paramedik 24/7 di lokasi, elektrik 24/7, butik, perpustakaan dan perkhidmatan butler peribadi. Chef TUTC menggunakan bahan-bahan segar dari taman untuk menyediakan dan memanjakan pengunjung dengan masakan bertaraf dunia – Masakan Rantau, India dan Antarabangsa yang bersesuaian dengan cita rasa pelancong.

Untuk pertanyaan lanjut, tulis kepada kami di info@tutc.com.

Source: The Ultimate Travelling Camp (TUTC)
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services