XUZHOU, China, 8 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Pengeluar jentera pembinaan terkemuka dunia, XCMG melaporkan lonjakan sebanyak 70 peratus bagi jualan jentera suku tahunan untuk suku pertama tahun 2017 setelah menjual lebih 4,000 pengorek ke seluruh dunia, memperlihatkan peningkatan sebanyak 150 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Berikutan trend pertumbuhan ini, Jabatan Perniagaan Jentera Pengorek XCMG bakal menghantar lebih 20 pengorek pintar ke Ghana, Afrika, memandangkan produk XCMG yang lebih canggih menarik pelanggan dalam lebih banyak pasaran antarabangsa.
Selain pengorek, produk-produk XCMG yang lain, termasuk kren trak, kren perangkak dan penggelek jalan, turut menunjukkan pertumbuhan penting dalam jualan pada suku pertama.
Berkait rapat dengan ekonomi, industri jentera pembinaan ialah salah satu petunjuk penting bagi operasi makroekonomi sesebuah negeri. Selaku peneraju global dalam industri, XCMG telah bangkit semula daripada kesan asas rendah dan menjangkakan operasi keseluruhan yang bertambah baik pada tahun 2017.
Jualan penggelek dua tong meningkat sebanyak 177 peratus, mengatasi jenama-jenama antarabangsa terkemuka yang lain. Penurap dengan tebaran melebihi 12 meter menyaksikan peningkatan jualan sebanyak 153 peratus, manakala gerudi arah mendatar menyaksikan lonjakan jualan sebanyak 170 peratus, dan sektor pemadam kebakaran pula meningkat sebanyak 600%.
Bahagian Asas dan Lori Berat XCMG telah mendapat pesanan yang besar iaitu masing-masing 200 juta yuan (US$29 juta) dan 60 juta yuan (US$8.7 juta) memandangkan permintaan dalam pasaran tersebut turut menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu.
"Walaupun industri mengalami kemerosotan, XCMG terus menyediakan produk berkualiti, memberi tumpuan terhadap penyelidikan dan pembangunan produk pertengahan hingga produk atasan, selain terus memperluas rangkaian produk kami ke arah pembuatan pintar, dan membangunkan platform pengurusan Internet Komunikasi Benda untuk menaik taraf dan mengoptimumkan produk kami dengan menganalisis data besar," ulas Sun Jianzhong, timbalan pengurus besar XCMG.
XCMG melabur sebanyak 5 peratus modal untuk segmen penyelidikan & pembangunan (R&D) setiap tahun. Sewaktu industri kembali pulih, pengalaman XCMG selama bertahun-tahun dan pasukan jurutera berbakatnya membolehkan syarikat mengekalkan lebih 50 peratus bahagian pasaran bagi sektor pengorek pintar, kren perangkak 500 tan dan kren trak 80 tan pada suku pertama tahun 2017, menurut China Construction Machinery Association (Persatuan Jentera Pembinaan China).
Latar Belakang XCMG:
XCMG ialah sebuah syarikat pembuatan jentera berat multinasional dengan sejarah selama 74 tahun. Syarikat kini berada di kedudukan kesembilan dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat turut mengeksport ke lebih 177 negara dan rantau di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.xcmg.com, atau halaman XCMG melalui Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn dan Instagram.