omniture

Rangkaian Pasar Raya Terbesar Australia, Woolworths Terima QuickPass UnionPay

UnionPay International
2017-05-08 07:41 580

SYDNEY, 8 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, rangkaian pasar raya terbesar di Australia, Woolworths, membolehkan semua pasar rayanya di Australia menerima QuickPass mudah alih UnionPay. Pada hari yang sama, UnionPay International turut berkolaborasi dengan Qantas, syarikat penerbangan terbesar di Australia untuk menerima kad-kad UnionPay untuk membayar secara dalam talian bagi penerbangannya yang berlepas dari tanah besar China.

Pada bulan Disember 2015, UnionPay, berserta lebih 20 bank, melancarkan QuickPass mudah alih, iaitu produk pembayaran mudah alih yang selamat dan mudah. Kini, QuickPass mudah alih diterima di lebih 10 juta terminal POS seluruh dunia, meliputi Australia, Kanada, Hong Kong, Macau, Malaysia, New Zealand, Singapura, Taiwan dan UAE. Semasa proses pelancaran QuickPass mudah alih oleh UnionPay di seluruh dunia, People's Bank of China menawarkan sokongannya yang padu.

Sebaik sebelum majlis pelancaran, Naib Presiden People's Bank of China, Fan Yifei, yang mengambil bahagian dalam "Dialog Bandar-Bandar Global RMB" di Sydney, mengunjungi peniaga tempatan bagi mengalami dan memberi khidmat nasihat sempena pelancaran QuickPass mudah alih di Australia. Beliau ditemani oleh Cheng Jingye, duta Cina ke Australia, Shi Wenchao, Presiden China UnionPay, Cai Jianbo, Naib Presiden Eksekutif China UnionPay dan Paul Monnington, Ketua Digital dan Pembayaran untuk Woolworths.

Rangkaian penerimaan UnionPay merangkumi senario pembelian dalam talian dan juga dalam kedai. 90% ATM dan 70% peniaga di Australia menerima kad-kad UnionPay. UnionPay International juga turut membolehkan banyak institusi pendidikan serta syarikat penerbangan menerima kad-kad UnionPay secara dalam talian. Qantas ialah syarikat penerbangan Australia pertama yang menyokong perkhidmatan pembayaran dalam talian UnionPay.

Australia juga merupakan pasaran yang mempunyai bilangan terminal QuickPass mudah alih terbanyak di luar tanah besar China. 60% daripada peniaga tempatan menerima kad-kad UnionPay yang menyokong QuickPass mudah alih. Kali ini, UnionPay International dan Woolworths memeterai perjanjian bagi membolehkan kedai-kedai Woolworths Group, termasuk Woolworths Supermarkets, Dan Murphy's dan kedai minuman keras BWS serta gedung serbaneka diskaun BigW menerima QuickPass mudah alih dalam masa terdekat.

Dengan memanfaatkan sumber peniaga Woolworths yang beraneka, disertai dengan penggunaan teknologi tanpa sentuh di Australia, UnionPay International memberi keutamaan bagi membolehkan pasar raya memberi sokongan utama kepada QuickPass mudah alih, menyediakan asas kukuh demi penyetempatan perniagaannya.

Selain produk-produk NFC, UnionPay turut melancarkan pembayaran kod QR pada bulan Disember 2016, yang juga merupakan salah satu produk daripada portfolio QuickPass mudah alih. Bank-bank termasuk Bank of China dan China Merchants Bank mengumumkan untuk memberi sokongan penuh kepada pembayaran kod QR UnionPay, agar dapat melindungi maklumat peribadi dan wang pelanggan dengan lebih baik.

Source: UnionPay International
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Supermarkets Licensing/marketing agreements New products/services