omniture

Trina Solar Umum Rekod Kecekapan Baharu 24.13% bagi Sel Solar Silikon Mono-habluran IBC

Trina Solar Limited
2017-05-08 08:14 779

CHANGZHOU, China, 8 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Trina Solar ("Trina Solar" atau "Syarikat"), ialah peneraju global dalam modul, penyelesaian dan perkhidmatan fotovoltan (PV), hari ini mengumumkan bahawa State Key Laboratory (SKL) of PV Science and Technology (PVST) miliknya telah mencipta rekod baharu 24.13% kecekapan jumlah kawasan untuk kawasan luas (156 x 156mm2) sel solar Interdigitated Back Contact (IBC) silikon monohabluran (c-Si) jenis-n.

Sel solar silikon monohabluran jenis-n yang memecah rekod ini dibuat pada substrat Cz Silikon fosforus dop bersaiz besar dengan proses IBC perindustrian berkos rendah, yang menampilkan teknologi tiub pengedopan konvensional dan pelogaman cetakan skrin sepenuhnya. Sel solar 156×156 mm2 ini mencapai kecekapan jumlah kawasan sebanyak 24.13% yang diukur secara bebas oleh Japan Electrical Safety & Environment Technology Laboratories (JET). Sel solar IBC mempunyai kawasan diukur seluas 243.3cm2 dan ia diukur tanpa sebarang apertur. Sel hebat ini mempunyai ciri berikut: 702.7mV Voc voltan litar terbuka, 42.1 mA/cm2 litar pintas ketumpatan arus Jsc dan 81.47% faktor isi FF.

Pada Februari 2014, Trina Solar dan Australian National University (ANU) bersama-sama mengumumkan kecekapan apertur rekod dunia sebanyak 24.37% bagi sel solar IBC 4cm2 berskala makmal, dibina pada Zon Apung (FZ) substrat jenis-n dan menggunakan pencorakan fotolitografi. Pada Disember 2014, Trina Solar mengumumkan kecekapan jumlah kawasan sebanyak 22.94% untuk versi perindustrian, sel solar IBC bersaiz besar (156x 156mm2, 6" substrat). Pada bulan April 2016, Trina Solar mengumumkan sel solar IBC perindustrian berkos rendah yang dipertingkat dengan kecekapan jumlah kawasan sebanyak 23.5%. Rekod baharu sebanyak 24.13% kecekapan jumlah kawasan hanya 0.24% di bawah mutlak kecekapan apertur rekod sel makmal kawasan kecil ditubuhkan bersama oleh Syarikat dan ANU. Kecekapan jumlah kawasan sentiasa lebih rendah daripada kecekapan apertur, disebabkan kehilangan kecekapan yang berkaitan dengan bahagian sisi sel dan kawasan sentuhan elektrik.

"Kami amat gembira untuk mengumumkan pencapaian terkini daripada pasukan penyelidikan kami di SKL PVST. Sejak beberapa tahun yang lalu, pasukan R&D kami telah berjaya untuk terus meningkatkan kecekapan sel solar IBC jenis-n kami, melangkaui sempadan dan mengatasi rekod kami sebelum ini, dan semakin rapat menghampiri prestasi sel makmal kawasan kecil terbaik kami yang dibangunkan dengan kerjasama ANU tiga tahun yang lalu." kata Dr Pierre Verlinden, Naib Presiden dan Ketua Saintis Trina Solar. "Sel solar IBC merupakan salah satu sel solar silikon yang paling berkesan yang boleh didapati hari ini dan sangat sesuai untuk aplikasi yang mana keperluan ketumpatan kuasa yang tinggi adalah lebih penting daripada LCOE (Kos Purata Elektrik). Program sel IBC kami sentiasa memberi tumpuan kepada perkembangan sel kawasan yang besar dan proses perindustrian kos rendah. Kami amat gembira untuk mengumumkan hari ini bahawa sel IBC kawasan yang besar perindustrian kami telah mencapai tahap yang hampir sama dengan prestasi sel makmal kawasan kecil yang dibuat tiga tahun lalu dengan proses fotolitografi. Dalam industri PV yang didorong oleh inovasi ini, Trina Solar sentiasa memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi PV peneraju yang canggih dan produk dengan kecekapan sel yang lebih baik dan mengurangkan kos sistem. Matlamat kami menekankan inovasi teknologi, dan mengubah teknologi makmal kepada pengeluaran komersial secepat mungkin."  

Latar Belakang Trina Solar Limited

Trina Solar Limited ialah peneraju global dalam modul, penyelesaian dan perkhidmatan fotovoltan solar. Ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai penyepadu sistem PV, Trina Solar kini memacu tenaga pintar bersama-sama dengan pemasang, pengedar, utiliti dan pemaju di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.trinasolar.com.

Source: Trina Solar Limited
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services