omniture

Selaku CEO Maison Mumm, Usain Bolt Cipta Semula Sambutan Kemenangan untuk Kentucky Derby

Maison Mumm
2017-05-08 18:27 525

NEW YORK, 8 Mei 2017 /PRNewswire/ --

Sempena acara Kentucky Derby, Ketua Pegawai Hiburan (Chief Entertainment Officer, CEO) baharu Maison Mumm, Usain Bolt memperkenalkan cara inovatif untuk meraikannya. Di Kentucky, Mumm diraikan dengan reka bentuk botol yang revolusioner: Mumm Grand Cordon. 

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
https://www.multivu.com/players/uk/8098351-usain-bolt-victory-kentucky-derby/ 

generated by system

Cara baharu sambutan   

Sempena acara Kentucky Derby tahun ini, pencari keseronokan yang berdedikasi Usain Bolt dan Maison Mumm memecah tradisi kelaziman terhadap sambutan kemenangan. Sebagai peminat setia sukan lumba kuda, Usain turut melancarkan minum champagne ucap selamat yang terbesar di dunia.

Misi tercapai 

Sebagai CEO (Ketua Pegawai Hiburan) baharu Mumm, Usain mencapai misi pertamanya dengan mengambil alih pejabat-pejabat AS Maison di Bandar Raya New York. Lelaki terpantas di dunia ini turut berkongsi semangat berpesta beliau yang berjangkit-jangkit dalam kalangan kakitangan dan tetamu bagi memperlihatkan jalinan kerjasama Mumm yang berkekalan dengan Kentucky Derby, berserta nilai-nilai DareWinCelebrate (BeraniMenangRai) Maison. Keghairahan beliau amat berjangkit-jangkit sehinggakan pakar pembuat wain Mumm mengambil giliran untuk turut menunjukkan semangatnya, membawa kepada pertarungan DJ yang tidak dapat dilupakan dengan Usain. Beliau turut meraikan sambutan penuh berani ini bersama para peragawati Nina Agdal, Chanel Iman dan juga pelakon Mario Cantone. Peranan pengurusan unik Bolt turut dirakamkan oleh krew Access Hollywood NBC: disiarkan pada hari Isnin selepas perlumbaan, segmen tersebut menunjukkan Usain menjadi DJ di parti Daring Derby oleh Mumm dan menjawab segala pertanyaan tentang peranan baharu beliau sebagai CEO.

"Kami berbesar hati dapat meneruskan hubungan kami sebagai rakan champagne rasmi Kentucky Derby," kata Cesar Giron, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Martell Mumm Perrier-Jouet. "Seperti Mumm, Kentucky Derby meraikan kehandalan dan keazaman bersukan, serta kaya dengan sejarah. Usain Bolt amat bersesuaian dengan etos luar biasa dan berani syarikat champagne ikonik kami."

Botol revolusioner 

Maison Mumm meraikan kemenangan di Kentucky menerusi reka bentuk botol baharu yang revolusioner untuk Mumm Grand Cordon. Direka oleh pereka Wales yang inovatif, Ross Lovegrove, hasil ciptaan kontemporari ini menampilkan selempang merah dilakur terus pada kaca botol, tanpa label hadapan. Dibuka dengan teknik libasan oleh Usain dalam video tersebut ketika pertama kali mengumumkan pelantikan beliau, ia memanifestasikan semangat DareWinCelebrate Maison. Sentiasa dikaitkan dengan pencapai kejayaan yang berani, Mumm ialah rakan kongsi yang tepat untuk acara sukan paling menarik di dunia. Untuk melihat gambar acara ini, sila kunjungi pautan ini: http://assignments.gettyimages.com/mm/nicePath/gyipa_public?nav=pr524562541

Video: https://www.multivu.com/players/uk/8098351-usain-bolt-victory-kentucky-derby/

Source: Maison Mumm
Related Links:
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages Sports