omniture

Deer Jet dan HNA Hospitality Group lancar program ganjaran bersama seluruh dunia

Deer Jet
2017-05-08 19:14 702

BEIJING, 8 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Dua peneraju dunia dalam bidang hospitaliti mewah, Deer Jet dan HNA Hospitality Group baru sahaja melancarkan satu program ganjaran bersama untuk para pelancong seluruh dunia.

Perjanjian antara kedua-dua syarikat ini memberi hak kepada pelanggan untuk mengumpul dan menebus mata bagi mendapatkan perkhidmatan dan produk daripada kedua-dua syarikat. Mulai 8 Mei 2017, para tetamu yang melakukan penerbangan dengan Deer Jet akan berpeluang menebus mata mereka bagi mendapatkan penginapan percuma atau berdiskaun di mana-mana hartanah HNA Hospitality Group. Selain itu, program kesetiaan pula akan membolehkan pelanggan mengakses pelbagai jenis produk sebagai tukaran mata ganjaran.

HNA Hospitality Group property in the tropical paradise of Hainan
HNA Hospitality Group property in the tropical paradise of Hainan

HNA Hospitality Group melancarkan program ganjaran pertamanya pada bulan Ogos 2014, mengganjari kesetiaan kumpulan pelanggan terpilih dan menyediakan perkhidmatan hospitaliti luar biasa untuk pengembara perniagaan global. Program ganjaran hotel ini telahpun dihubungkan dengan skim royalti lain daripada jaringan syarikat penerbangan HNA Group dan ejen pelancongan termasuk syarikat penerbangan 7 Bintang Hainan Airlines.

787 Dream Jet with the iconic Deer Jet livery
787 Dream Jet with the iconic Deer Jet livery

Sejak tahun 1995, Deer Jet telah merevolusikan pengalaman perjalanan, bukan sahaja dengan menubuhkan syarikat jet peribadi pertama China, bahkan turut meningkatkan pengalaman menerusi falsafahnya, "Menjadikan Perjalanan suatu Kesenian" ("Making Travel an Art"), membolehkan syarikat meraih penghargaan tertinggi dalam industri seperti "Syarikat Jet Peribadi Terbaik Dunia". Pelanggan setia Deer Jet temasuklah para pemimpin dunia, usahawan, selebriti dan juga keluarga diraja.

Pada September 2016, Deer Jet menambahkan pesawat 787 Dream Jet pertama dunia ke dalam armada pengurusannya. Pesawat tersebut merupakan pesawat paling canggih dalam pasaran yang menawarkan keselesaan tiada tandingan dalam pesawat. Menerusi 787 Dream Jet, Deer Jet melancarkan model perjalanan baharu yang dikenali sebagai "Dream Journeys" (Perjalanan Impian). Pakej sewaan pertama ini ialah "Hong Kong to Tahiti Dream Journey" (Perjalanan Impian Hong Kong ke Tahiti), yang merangkumi pusingan penerbangan tanpa henti dengan menaiki pesawat 787 Dream Jet serta penginapan percuma selama 7 malam di bilik presiden eksklusif yang terletak di pusat peranginan St. Regis Bora Bora.

Program ganjaran bersama ini ialah satu inisiatif bagi meningkatkan pengalaman pelancongan, dan menjadi kunci yang amat bernilai untuk ahli-ahlinya mengakses pelbagai jenis perkhidmatan dan produk eksklusif di seluruh dunia. Deer Jet merancang untuk melanjutkan program ganjaran bersamanya dengan menambah lebih banyak jenama hospitaliti antarabangsa ke dalam program ini.

Deer Jet ialah sebuah syarikat perjalanan mewah milik HNA Group yang komited untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dalam jet peribadi seiring dengan pembinaan jenama gaya hidup bertaraf dunia China yang diusahakannya.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170508/1845228-1-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170508/1845228-1-b

Source: Deer Jet
Keywords: Airlines/Aviation Leisure/Travel/Hotels Travel Licensing/marketing agreements