omniture

G2A Anjur Kem Latihan E-sukan bagi Virtus.pro dan Natus Vincere

G2A.com
2017-05-09 12:25 626

HONG KONG dan RZESZÓW, Poland, 9 Mei 2017 /PRNewswire/ -- G2A.COM menganjurkan kem latihan bagi pasukan e-sukan Virtus.pro dan Natus Vincere di pusat penyelidikan dan pembangunannya di Rzeszów, Poland. Dari 16 hingga 20 Mei, G2A akan menjadi rumah kepada kem latihan khas bagi dua pasukan e-sukan yang ditajanya itu.

generated by system

E-sukan, atau dikenali sebagai sukan elektronik, ialah sukan profesional di mana pasukan atau pemain individu bersaing antara satu sama lain dalam pertandingan permainan video. Industri ini sangat pesat berkembang, dan G2A juga memainkan peranan bagi menyokong kemajuan ini dengan melaburkan lebih daripada $10 juta pada e-sukan setakat ini, dan bekerjasama dengan lebih 70 pasukan dalam lebih 100 e-sukan dan acara permainan. Kini G2A meluaskan lagi sokongannya dengan menganjurkan kem latihan e-sukan khas bagi pasukan Virtus.pro dan Natus Vincere (atau dikenali sebagai Na'Vi) di salah satu pejabatnya sendiri.

Kedua-dua Virtus.pro dan Na'Vi menduduki kedudukan lima tertinggi pasukan e-sukan di dunia, dan bersaing dalam permainan video berbilang pemain sebagai penembak diri pertama Counter-Strike: Global Offensive. Kedua-dua pasukan ini akan berlatih untuk beberapa jam sehari sepanjang masa empat hari dengan bermain, merancang strategi, dan menganalisis rakaman daripada pesaing. Kem latihan ini akan memberikan pasukan-pasukan itu peluang untuk berlatih di bawah jagaan kedua-dua jurulatih mereka dan seorang ahli psikologi khas, dan memberikan mereka peluang untuk berintegrasi antara satu sama lain. Walaupun latihan ini biasanya dianjurkan secara tertutup oleh pasukan itu sendiri, G2A kali ini akan menganjurkan dan berkongsi latihan ini dengan peminat di seluruh dunia.

Terdapat juga pertempuran peminat yang berlangsung semasa kem latihan Virtus.pro dan Na'Vi, dalam bentuk cabaran YouTube Redemption. Pasukan yang memenangi cabaran ini akan memikirkan satu tugas yang perlu dilaksanakan dalam video oleh pasukan yang kalah. Tugas ini boleh jadi apa sahaja yang pasukan pemenang mahukan - daripada memandikan babi, hinggalah kepada menari dalam pakaian hot dog. Peminat akan mempunyai peluang untuk menyelamatkan pasukan kegemaran mereka dari tugas yang mungkin memalukan dengan mengunjungi http://youtuberedemption.com. Pertempuran peminat berlangsung dari 4 hingga 18 Mei, dan menampilkan peluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik, termasuklah kad hadiah G2A.COM.

G2A akan menyiarkan maklumat terkini dan hubungan secara langsung dari kem di laman Twitter (https://twitter.com/G2A_com) dan Facebook (https://www.facebook.com/G2Acom/) rasminya.

Source: G2A.com
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Internet Technology New products/services