![]() |
GENEVA, 10 Mei 2017 /PRNewswire/ --
Kini Jenama Global Bebas Utama
Inovatif dan tersendiri, Fragrance Du Bois mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu jenama paling ikonik dalam industri minyak wangi antarabangsa dalam tempoh kurang daripada lima tahun.
Menggunakan minyak Oud 100% tulen yang dihasilkan secara lestari dalam kebanyakan hasil ciptaan terkenalnya, Fragrance Du Bois bukan sahaja menawan imaginasi pakar minyak wangi, tetapi turut menarik perhatian ramai peminat setia, terpesona dengan kisah menarik di sebalik jenama ini dan perkembangannya sebagai model perniagaan yang peka terhadap sosial dan alam sekitar.
Fragrance Du Bois bukan sahaja meningkatkan usaha rancangan pengembangan globalnya, bahkan ia bakal mengumumkan satu lagi kerjasama menarik dalam perjalanannya menuju penyepaduan vertikal yang lengkap.
Jenama minyak wangi baharu ini turut menjadi penanda aras bagi amalan perniagaan moden, memperoleh bahan-bahan daripada asal usul yang diketahui dan menghasilkannya secara beretika dengan menghormati masyarakat serta alam sekitar.
Dengan banyaknya jenama minyak wangi di seluruh dunia yang mengaku menggunakan Oud sebenar dalam wangian mereka, hanya segelintir sahaja yang boleh berbangga dengan tahap kawalan rantaian bekalannya yang membolehkan Fragrance Du Bois menjamin dengan tepat asal usul Oud yang mereka gunakan, cara ia dihasilkan dan juga tahap kualitinya.
Etos 'Oud Tulen, Kemewahan Sejati' jenama ini disambut baik dalam kalangan peminat minyak wangi yang mempunyai citarasa dan pilihan yang kini ditentukan oleh kesedaran yang semakin meningkat terhadap produk-produk yang dibeli.
Setelah membuka butik konsep pertama di Bangkok, Thailand, pada tahun 2012, gedung-gedung utama di Singapura dan Kuala Lumpur menyusul beberapa tahun kemudian.
Akhir tahun lalu turut menyaksikan pengembangan penting, sewaktu jenama ini mengukuhkan kedudukannya di Milan, Doha, Marbella, Los Angeles, dan Zurich, antara lainnya, yang meneruskan kejayaannya di House of Jovoy, Paris.
Tahun 2016 turut menyaksikan Fragrance Du Bois membuka sebuah lagi butik utama yang direka penuh hebat dan dihias dengan elegen di Geneva, Switzerland, terletak di deretan Rue du Rhône yang terkenal – yang sering mendapat jolokan syurga membeli belah mewah.
"Ia merupakan formula yang agak mudah," kata Pengarah Jenama Fragrance Du Bois, Nicola Parker, di Geneva baru-baru ini. "Kami mempunyai kelebihan amat besar dalam industri ini memandangkan kami boleh menjamin sumber, ketekalan dan kualiti minyak Oud kami yang tulen dan lestari, hasil perjanjian bekalan eksklusif kami dengan Asia Plantation Capital. Mereka menyokong kami sewaktu kami memulakan perniagaan, dan telah menjadi sumber, maafkan mainan kata ini, inspirasi kami yang berterusan. Kami tidak akan mencapai apa yang kami kecapi hari ini tanpa mereka, namun kebebasan adalah suatu yang sentiasa kami usahakan, dan suatu yang membolehkan kami berkembang sebagai sebuah syarikat."
Fragrance Du Bois, memperakui potensi bahan ajaib yang hampir tidak terhad ini iaitu Oud, meninjau-ninjau segmen-segmen lain dalam pasaran barangan mewah, dan bersedia mengumumkan bantuan dan sokongannya untuk jenama penjagaan kulit dan aksesori baharu, Oud Essentials™. Hubungan yang terjalin itu bakal menjadi elemen paling berharga untuk jenama minyak wangi yang mempunyai masa depan yang begitu cerah ini.
Fragrance Du Bois akan menyediakan kepakaran yang dibangunkan selama beberapa tahun, selain pelaburan strategik dalam Oud Essentials™ - The Real Oud Company – yang bakal 'mengubah wajah industri penjagaan kulit' dengan menyertakan minyak Oud yang tulen dan organik ke dalam semua rangkaian produknya. Ini merupakan kali pertama di dunia, bahan tersebut digunakan dalam pasaran yang amat berdaya saing, dan memberikan Oud Essentials kelebihan termaju dalam industri ini.
Selain itu, Fragrance Du Bois akan membekalkan Oud Essentials bersama satu lagi jenama pertama dunia - bahan aktif yang ditapis paling halus dan paling tulen dikenali sebagai Oud Active+™, yang mempunyai ciri-ciri antipenuaan hebat dan pelbagai jenis elemen kesihatan dan kesejahteraan lain.
"Saya telah terpesona dengan Oud selama bertahun-tahun," kata pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Oud Essentials, Jean-Marc Dufat, "dan apabila saya mengetahui ia tidak digunakan dalam industri penjagaan kulit, saya hampir tidak percaya. Dengan segala ciri fizikal dan psikoaktif luar biasa yang dimilikinya, dan hakikat bahawa begitu banyak generasi dan budaya yang tidak terhitung jumlahnya telah menggunakan oud selama bertahun-tahun – ribuan tahun, sebenarnya – saya tahu ia akan membuahkan hasil dan kami mampu membuat suatu pembaharuan. Pertemuan bersama pasukan Fragrance Du Bois dan meneroka idea-idea merupakan langkah penting ke arah perkembangan jenama baharu kami, sewaktu kami berusaha mencapai matlamat untuk menyentuh kehidupan jutaan orang di seluruh dunia."
Dengan Oud Essentials™ bersiap sedia memeterai perjanjian bekalan dengan Fragrance Du Bois dalam masa beberapa minggu akan datang, masa depan kelihatan begitu positif dan cerah untuk syarikat-syarikat ini yang dapat berbangga dengan rantaian bekalan yang mampan, boleh diperbaharui dan bersepadu secara vertikal - dengan prinsip teras berhubung kesedaran sosial dan alam sekitar - yang akan kelihatan menarik untuk kumpulan pengguna peka yang semakin berkembang.
Latar Belakang Fragrance Du Bois
Fragrance Du Bois ialah sebuah syarikat minyak wangi khas yang mewah, dihasilkan daripada sari pati alam semula jadi yang terkaya, dibuat oleh pakar minyak wangi generasi kelima daripada tradisi Grasse, Perancis pada abad ke-17. Bahan utama di sebalik ciptaan kesemua produk Fragrance Du Bois ialah minyak Oud yang istimewa, yang memancarkan aroma kemewahan sebenar yang tersendiri dan unik. Kesemua minyak Oud yang digunakan oleh Fragrance Du Bois dihasilkan sendiri di ladang yang diurus secara lestari dengan jaminan perolehan bahan secara beretika dan lestari.
Latar Belakang Oud Essentials
Jenama baharu, wajah baharu dan nama baharu dalam industri penjagaan kulit global, Oud Essentials meningkatkan ciri-ciri dan kualiti luar biasa gaharu dan minyak Oud menerusi rangkaian produk yang dihasilkan untuk menjadi sebahagian daripada regimen penjagaan kulit dan satu pendekatan terhadap gaya hidup sihat yang menghayati sebuah kisah pembuatannya selama ribuan tahun.
Kesemua minyak Oud yang digunakan dalam rangkaian produk Oud Essentials diperoleh secara lestari, dihasilkan secara beretika dan mendapat kelulusan penuh serta pensijilan daripada CITES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Fauna dan Flora Liar).