TAIPEI, Taiwan, 10 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Kavalan, wiski utama Taiwan, meneruskan kemenangan berterusannya di International Spirit Challenge (ISC) 2017, membawa pulang empat pingat Emas termasuk satu bagi "Kavalan Distillery Reserve Single Malt Whisky Rum Cask" ulang tahun ke-10nya yang baharu.
Ketua Pegawai Eksekutif Kilang Penyulingan Kavalan En. YT Lee berkata wiski rum dimatangkan dalam tong edisi terhad itu telah diilhamkan oleh "jiwa Caribbean dan semangat Taiwan."
"Kami melancarkan pelancaran sulung wiski rum dimatangkan ini untuk menandakan dekad pertama kami dan mengalu-alukan 10 tahun seterusnya. Iam erupakan satu kepuasan kerana Rum Reserve kini telah menangi anugerah pertamanya daripada salah satu pertandingan minuman keras paling berwibawa dan berpengaruh di dunia," kata En. Lee.
Tiga lagi emas dianugerahkan kepada Solist ex-Bourbon Kepekatan Tong Tunggal, Podium, dan ex-Bourbon Oak Kavalan.
Warna wiski rum dimatangkan ini digambarkan sebagai "Emas pekat yang digilap seperti matahari terbenam di Caribbean."
Pada deria bau: "Kemanisan madu yang disulami ciri buah wiski Kavalan yang terhasil daripada tong rum. Aroma yang memikat daripada kek sirap kencana, lemon berlilin, nougat isian pistasio, vanila berkrim, epal stew, betik dan sedikit lada sulah yang dapat dihidu daripada gelas minuman."
Dan pada deria rasa: "Tekstur tebal yang hebat dan tepu dengan kemanisan tembikai dan betik, disirami pelbagai rempah, cengkih dan akar halia dicampurkan pada kepekatan tong sebelum ia mendap dan beransur ke fasa akhir tofi lembut, sultana keemasan, dan kek pudina Kendal."
Wiski kelas dunia Kavalan yang dibuat di subtropika Taiwan telah memenangi anugerah tertinggi industri berturut-turut. Kepekatan Tong Tunggal Solist Amontillado Sherry mendapat gelaran "Wiski Malt Tunggal Tong Tunggal Terbaik Dunia" pada tahun 2016 oleh Anugerah Wiski Dunia (WWA) yang berprestij dan Solist Vinho Barrique miliknya memenangi "Wiski Malt Tunggal Terbaik Dunia." 2015
Latar Belakang Kavalan Whisky
Kilang penyulingan wiski pertama di Taiwan telah dikhususkan kepada seni pembuatan wiski malt tunggal sejak tahun 2006. Kavalan dimatangkan dalam kelembapan dan haba yang kuat, selain mendapat manfaat daripada gabungan antara bayu laut dan gunung serta mata air dari Snow Mountain bagi menghasilkan rasa utama Kavalan yang penuh berkrim. Kilang penyulingan ini mengambil namanya daripada nama lama Daerah Yilan, yang merupakan lokasi kilang, dan disokong menerusi 30 tahun pengalaman dalam pembuatan minuman di bawah syarikat induk, King Car Group. Ia berjaya meraih lebih 220 anugerah emas dan boleh didapati di lebih 60 buah negara. Layari www.kavalanwhisky.com/en/
Hubungan Media:
Yvonne Chou
886-3922-9000#7162
yvonne@kavalandistillery.com