omniture

.ART General Availability Bermula pada 10 Mei

.ART
2017-05-10 20:05 455

LONDON, 10 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Hari ini .ART, domain web eksklusif untuk dunia seni, dilancarkan pada 7 Disember 2016, memulakan General Availability (GA).

Berikutan pendaftaran Early Adopters yang terkenal dan pelbagai pemilik jenama global, .ART menyaksikan peningkatan pedaftar amat mengagumkan dalam tempoh 'Akses Pilihan',  berjumlah lebih kurang 2500 pendaftaran. Terdapat lebih daripada 300 laman secara langsung di .ART, kebanyakannya ciptaan seni sebenar.

Institusi-institusi, individu dan jenama terkemuka dari pelbagai bidang termasuk seni, gaya hidup mewah, hiburan, teknologi tinggi dan dunia korporat menyertai .ART. Antara yang tersenarai adalah TATE, Louvre, Centre Georges Pompidou, LACMA, MAXXI Museum, Sotheby's, Hauser & Wirth, Institute of Contemporary Arts, Marina Abramović Institute, Fondation Beyeler, Beyoncé, Banksy, Shantell Martin, Artists Rights Society, teamLab, Fondation Cartier, Rolex, BMW, Apple, Google, Whatsapp, AXA, Bank of America Merrill Lynch.

.ART kini menawarkan dua jenis nama. Pertama adalah identiti peribadi - nama-nama individu atau organisasi, yang dijual pada harga standard. Jenis kedua adalah inventori .ART  3.5M perkataan dan gabungan perkataan. Harga ditetapkan secara individu oleh algoritma matematik data besar yang membantu untuk meramalkan  dengan lebih tepat kesanggupan pengguna untuk membayar nama domain yang baik berbanding dengan apa yang dibelanjakan pedaftar domain haram. .ART tidak berharap dapat menjual keseluruhan inventori; tujuannya adalah untuk menentukan nilai yang sewajarnya.

75% daripada semua pendaftaran setakat ini adalah daripada identiti peribadi, kebanyakan dijual dengan harga standard. Di GA harga standard disyorkan  bermula dari $15. Lebih kurang 90% daripada inventori .ART  bernilai antara $50 dan $300.

"Kebanyakan pendaftaran datang dari orang ramai dan institusi yang benar-benar mewujudkan kehadiran aktif mereka di .ART. Kita tahu bahawa ibubapa membeli nama .ART untuk anak-anak mereka, supaya mereka boleh membangunkan identiti kreatif mereka dari awal usia. Nama-nama peribadi akan menjadi lebih tersedia dalam GA. Bagaimana kita mengenalpasti diri sendiri adalah sebahagian asas komunikasi. .ART membantu seseorang kreatif untuk mengenal pasti, meluahkan pendapat, ditemui dan berhubung, semua dalam ekosistem dalam talian," kata pengasas .ART, pelabur teroka Ulvi Kasimov.

Nota kepada editor:

.ART ialah domain tahap tinggi yang baharu diwujudkan untuk masyarakat seni dan budaya antarabangsa. .ART telah dilancarkan pada Disember 2016 oleh Ulvi Kasimov, pelabur teroka yang juga pemilik UKCI (UK Creative Ideas Limited),  menjadi pengendali .ART di bawah perjanjian eksklusif dengan ICANN, badan pengawal selia Internet.

.ART General Availability bermula pada 10 Mei 03:00 BST.

Untuk keterangan lanjut, sila layari http://www.art.art.

Hubungan media: Aleksandra Artamonovskaja, aa@art.art

Source: .ART
Related Links:
Keywords: Art Computer/Electronics Entertainment Web Site New products/services