omniture

Praj Berjaya Demonstrasi Teknologi Etanol Selulosa

Praj Industries Limited
2017-05-10 23:42 594

PUNE, India, 10 Mei 2017 /PRNewswire/ --

En. Nitin Gadkari, Menteri Pengangkutan Jalan, Lebuh Raya dan Perkapalan India, merasmikan kilang demonstrasi etanol selulosa Praj berdekatan Pune, India pada 7 Mei 2017. Ia merupakan kilang penapisan bio bersepadu pertama India, yang dibangunkan untuk menunjukkan teknologi proses proprietari canggih Praj bagi menghasilkan etanol daripada sisa pertanian.

generated by system

Kilang demonstrasi ini mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan 1 juta liter etanol setiap tahun daripada pelbagai jenis biojisim seperti beras dan jerami gandum, batang kapas, sisa tebu, hampas tebu, tongkol jagung dan stover. Disokong oleh kepakaran dan pengalamannya dalam teknologi generasi pertama yang bersepadu dengan baik, Praj yakin teknologi etanol generasi keduanya akan dapat menghasilkan etanol pada kos dan emisi GHG terendah.

Platform teknologi maju Praj membolehkan mereka memperluas portfolio teknologinya kepada bahan api dan bahan kimia boleh diperbaharui yang lain.

Praj, sebuah syarikat yang terkenal dengan teknologi yang berterusan mengurangkan emisi GHG, selain meningkatkan kelangsungan perniagaan dengan ketara bagi segmen etanol generasi pertama, menjangkakan teknologi etanol generasi keduanya bakal menjadi pelopor dalam industri ini.

Praj melabur hampir US$ 30 juta untuk pembangunan teknologi etanol selulosa sepanjang tempoh tujuh tahun lalu daripada akruan dalamannya.

Praj telahpun menandatangani MoU dengan Indian Oil Corporation dan Bharat Petroleum Corporation Ltd untuk menjadi rakan teknologi mereka bagi projek-projek tertentu di India.

Dalam fasa pertama, kira-kira 10 hingga 12 projek, berasaskan teknologi etanol Generasi Kedua dirancang di seluruh negara, masing-masing dengan perbelanjaan modal kira-kira US$ 100 juta dan purata kapasiti sebanyak 100,000 liter etanol sehari.

En. Pramod Chaudhari, Pengerusi Eksekutif, Praj berkata, "Teknologi ini mempunyai potensi yang besar untuk merangsang ekonomi luar bandar, mencipta peluang pekerjaan dan membantu meningkatkan kemampanan dengan ketara."

Latar Belakang Praj Industries Limited:

Praj ialah sebuah syarikat penyelesaian proses bertaraf global yang dipacu oleh inovasi dan keupayaan penyepaduan, menawarkan penyelesaian bagi menambah nilai penting untuk kemudahan bioetanol, peralatan & sistem proses kritikal, penyelesaian Hipurity serta produk bio. Sepanjang tiga dekad lalu, Praj memberi tumpuan terhadap aplikasi didorong alam sekitar, tenaga dan proses pertanian. Praj merupakan rakan kongsi dipercayai untuk kejuruteraan proses, kilang & peralatan serta sistem kritikal dengan lebih 750 rujukan merentasi lima benua. Penyelesaian yang ditawarkan oleh Praj mendapat sokongan Pusat Penyelidikan & Pembangunan (R&D) canggih yang dikenali sebagai Praj Matrix. Praj tersenarai dalam Bursa Saham Bombay dan Bursa Saham Nasional India.

Pertanyaan media:
Sandeep Jadhav
Praj Industries Ltd.
Tel: +91-20-71802000 / 22941000
Emel: sandeepjadhav@praj.net

Source: Praj Industries Limited
Keywords: Alternative Energies Green Technology Oil/Energy Utilities Corporate Expansion