omniture

ESPGHAN: Kajian Dapati Pengguna Terpedaya dengan Makanan Bebas Gluten

The 50th Annual Congress of the European Society for Paediatric Gastroenterology
2017-05-11 06:01 667

PRAGUE, 11 Mei 2017 /PRNewswire/ --

Produk-produk bebas gluten tidak boleh dianggap sebagai pengganti yang mencukupi bagi makanan yang mengandungi gluten, mendorong saintis menggesa perumusan semula makanan bebas gluten dengan bahan-bahan mentah lebih sihat demi memastikan pemakanan kanak-kanak yang berkhasiat.

Hasil daripada kajian tersebut, dibentangkan hari ini sempena Kongres Tahunan ke-50 Persatuan Hepatologi Gastroenterologi Pediatrik dan Pemakanan Eropah, menunjukkan produk bebas gluten mempunyai kandungan tenaga lebih tinggi yang ketara dan komposisi pemakanan berbeza berbanding produk yang mengandungi gluten. Kebanyakan produk yang mengandungi gluten – khususnya roti, pasta, piza dan tepung – juga mengandungi sehingga tiga kali ganda lebih banyak protein berbanding produk tanpa gluten.

generated by system

Ketidakseimbangan yang ditekankan dalam kajian ini boleh memberi kesan kepada pertumbuhan kanak-kanak dan meningkatkan risiko obesiti dalam kalangan kanak-kanak.

Kajian ini menilai lebih 1,300 produk, dan mendapati:

  • Roti tanpa gluten mempunyai kandungan lipid dan asid lemak tepu lebih tinggi yang ketara
  • Pasta tanpa gluten mempunyai kandungan gula dan protein lebih rendah yang ketara
  • Biskut tanpa gluten mengandungi kandungan protein lebih rendah yang ketara dan kandungan lipid lebih tinggi yang ketara

Pakar ESPGHAN dan ketua penyelidik, Dr Joaquim Calvo Lerma menjelaskan, "Memandangkan semakin ramai orang mengikuti diet bebas gluten untuk mengurus penyakit seliak dengan berkesan, penting bahawa makanan yang dipasarkan sebagai pengganti dirumus semula demi memastikan produk tersebut benar-benar mengandungi nilai pemakanan yang serupa. Hal ini khususnya penting untuk kanak-kanak, memandangkan diet seimbang adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat."

Pakar-pakar turut memberi amaran bahawa pengguna mungkin tidak sedar tentang perbezaan yang tidak sihat ini disebabkan oleh pelabelan pemakanan yang tidak tepat.

Dr Martinez-Barona, felow ketua penyelidik mengulas, "Ketika nilai pemakanan pada produk bebas gluten berbeza secara ketara daripada produk yang mengandungi gluten, pelabelan perlu menunjukkan hal ini dengan jelas. Pengguna seharusnya diberikan panduan untuk meningkatkan pemahaman mereka tentang komposisi pemakanan dalam produk bagi membolehkan mereka membuat pembelian yang lebih bijak serta memastikan pengguna mengikuti diet yang lebih sihat."

Daciana Sarbu MEP, Naib Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan Awam dan Keselamatan Makanan menambah, "Produk bebas gluten yang tidak diprabungkus tidak tertakluk kepada keperluan pelabelan yang sama seperti produk prabungkus. Bagi situasi ini, pengguna mungkin kurang sedar tentang perbezaan pemakanan yang penting dengan potensi kesan besar terhadap kesihatan. Saya sentiasa menyokong apa yang digelar sebagai pelabelan 'lampu isyarat' bagi memudahkan pembandingan mudah antara produk dari segi nutrien penting, termasuk protein, lemak dan juga gula."

Untuk maklumat lanjut sila emelkan kepada media@espghan.org atau hubungi James M. Butcher melalui +44(0)1444-811-099.

Sumber: The 50th Annual Congress of the European Society for Paediatric Gastroenterology

Source: The 50th Annual Congress of the European Society for Paediatric Gastroenterology
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Children-related news Survey, Polls & Research