omniture

Platform Dagangan Pertama Dunia Perkasa Sambungan Dagangan Global Dilancar Oleh GeTS

CrimsonLogic Pte Ltd
2017-05-11 11:46 601

SINGAPURA, 11 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Global eTrade Services (GeTS) melancarkan platform perdagangan pertama dunia bagi mempercepatkan perdagangan rentas sempadan di seluruh dunia. Tawaran perkhidmatan Tetingkap Tunggal oleh GeTS, sebuah subsidiari CrimsonLogic (penyedia utama produk dan perkhidmatan eKerajaan, berpangkalan di Singapura), bermatlamat untuk memperkasa fungsi sambungan perdagangan dan memenuhi keperluan pematuhan perdagangan yang cekap.

"CrimsonLogic membangunkan TradeNet, sistem Tetingkap Tunggal pertama dunia untuk Singapura pada tahun 1989. Sejak itu, kami terus menginovasi dan membangunkan sistem perdagangan lain yang serupa. Dengan hampir 30 tahun pengalaman bekerjasama dengan pihak kerajaan di lebih 23 negara, CrimsonLogic memainkan peranan penting dalam mengusahakan daya saing perdagangan. Dengan GeTS, kini kami berpeluang membawakan kualiti, inovasi dan kecekapan bertaraf dunia yang dapat membantu syarikat-syarikat tempatan berkembang ke seluruh dunia," kata En. Eugene Wong, Pengerusi CrimsonLogic dan GeTS.

GeTS akan membolehkan syarikat dan kerajaan memudahkan proses dan mempercepatkan sambungan rentas sempadan, memberi penjimatan kepada mereka sehingga 15% daripada nilai barangan diniagakan. Penjimatan ini akan dapat memberikan nilai yang amat diperlukan untuk perniagaan seperti mana organisasi-organisasi seperti Pertubuhan bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) menganggarkan bahawa setiap 1% pengurangan bagi kos perdagangan global, pendapatan dunia mampu meningkat sehingga US$40 bilion. Kajian-kajian lain menjangkakan kemudahan perdagangan penting ini dapat meningkatkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sehingga kira-kira US$1 trilion[1].

"Dengan memanfaatkan pengetahuan dan kepakaran domain kami yang mendalam, tawaran GeTS akan mempercepatkan proses perdagangan rentas sempadan di seluruh rantau. Kami berharap dapat mengubah cara pematuhan perdagangan dibuat di seluruh dunia; menjadikan perdagangan rentas sempadan lebih mudah diakses, boleh diramal dan lebih mudah. Menggunakan pengaturcaraan bahasa tabii dan pembelajaran mesin untuk perkhidmatan kami, kami telahpun meningkatkan penjimatan masa sebanyak 60 peratus dan meningkatkan produktiviti sebanyak 1.5 kali ganda untuk pelanggan kami, dengan lebih 11 juta transaksi setiap tahun," kata En. Chong Kok Keong, Ketua Pegawai Eksekutif Global eTrade Services (GeTS), Penolong Ketua Pegawai Eksekutif CrimsonLogic.

Sewaktu perdagangan dunia terus berkembang di seluruh ASEAN dan rantau-rantau lain, komuniti perdagangan dan perniagaan mengakui bahawa wujudnya keperluan terhadap platform yang dapat mempercepatkan pergerakan barangan merentasi sempadan berbeza. Perkongsian dengan Persatuan Logistik Singapura (SLA) ini dibuat berasaskan janji untuk menyediakan peluang pertumbuhan lebih baik melalui perdagangan di seluruh rantau ini. Komuniti penghantar kargo ASEAN akan berpeluang mengakses rangkaian perkhidmatan komprehensif yang akan membolehkan mereka menggabungkan aktiviti pemenuhan import dan eksport, pengawalseliaan dan pematuhan untuk pelbagai negara pada satu platform tunggal.

"Kami berharap dapat menjalin kerjasama dengan GeTS dalam usaha ini. Logistik telah berubah daripada hanya satu mod pengangkutan kepada perkhidmatan pengangkutan bersepadu, termasuk perkhidmatan pengurusan rantaian bekalan. Platform kemudahan perdagangan ini akan mengukuhkan cadangan nilai perniagaan logistik dan penghantaran kargo untuk pelanggan kami, memandangkan ia membolehkan kami membantu pelanggan menerusi urusan pematuhan perdagangan yang lebih luas. Ia turut meningkatkan keupayaan kami untuk menawarkan perkhidmatan ke seluruh rantau dan serata dunia dengan lebih lancar, dan dalam masa yang sama turut mendapat manfaat daripada peningkatan produktiviti," kata En. Stanley Lim, Pengerusi Persatuan Logistik Singapura (SLA).

Rangkaian perkhidmatan komprehensif GeTS membantu penghantar kargo global serta ASEAN untuk memenuhi keperluan pengawalseliaan dan pematuhan daripada agensi-agensi Kerajaan serta persatuan-persatuan perdagangan melalui: 

  • Perkhidmatan Pematuhan Rentas Sempadan GeTS: memperhebat pengurusan dan transformasi data untuk pengisytiharan perdagangan, penyerahan manifes kargo, permohonan permit import/eksport dan permohonan Sijil Asalan elektronik (eCO) kepada agensi-agensi kerajaan serta persatuan-persatuan perdagangan seluruh dunia. Ia juga bertindak sebagai sistem rekod bagi data dan dokumen berkaitan perdagangan yang diperlukan untuk pematuhan berkanun.
  • Khidmat eNasihat GeTS: menggabungkan asas pengetahuan berkaitan pengawalseliaan/pematuhan import dan eksport untuk pelbagai negara ke dalam satu platform tunggal. Sebagai contoh, pengelasan automatik Kod Sistem Harmoni (HS) menjadikannya lebih mudah untuk peniaga mengenal pasti kod HS yang betul bagi barang yang diniagakan. Ia turut membantu peniaga memanfaatkan pelbagai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) bagi penjimatan duti import dan juga faedah lain.
  • Perkhidmatan Tambah Nilai Lain: GeTS mampu menyepadukan tawaran perkhidmatannya dengan sistem perancangan sumber perusahaan (ERP) sedia ada pelanggan, penyelesaian pengurusan armada (FMS) serta penyelesaian pengurusan pengangkutan (TMS). Ia juga menyediakan pelanggan dengan keterlihatan masa sebenar bagi status aktiviti pematuhan berkaitan perdagangan serantau atau global mereka. Ini membolehkan pelanggan bertindak balas lebih pantas terhadap permintaan berkanun, perancangan awal penghantaran dan pengurusan aktiviti logistik berkaitan.

En. Yigit Saricinar, Pengurus Besar Kargo Udara, PT Schenker Petrolog Utama berkata: "Penggunaan Perkhidmatan Rentas Sempadan GeTS membolehkan kami mempercepatkan proses pengisytiharan Kastam dengan cara mempercepatkan transmisi elektronik data penghantaran yang diperlukan untuk pengisytiharan kastam ke dalam Kastam Indonesia, menjimatkan masa dan tenaga kerja, selain membolehkan kami berkhidmat dengan lebih baik kepada pelanggan kami."

Menerusi pelan tindakan produk GeTS, syarikat berhasrat untuk memperluas portfolionya melangkaui perkhidmatan pematuhan perdagangan dan dokumentasi. Sebagai platform perdagangan global dengan fungsi sambungan yang luas, GeTS terus meningkat maju demi memenuhi keperluan perniagaan masa depan. Penawaran pembiayaan perdagangan dan penyelesaian logistik global hanyalah sebahagian daripada segmen yang kini diteroka oleh syarikat untuk terus memperkukuh kedudukannya sebagai platform perdagangan global masa depan.

***

 [1] Siaran Akhbar Office of the United States Trade Representative, Disember 2013. https://ustr.gov/about-us/policy-offices/press-office/fact-sheets/2013/December/WTO-Trade-Facilitation-Agreement

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Francis Huan

CrimsonLogic Pte Ltd

Tel: +65 6887 7173

Tel. Bimbit: +65 9820 5994

Emel: francishuan@crimsonlogic.com

Lim Tsu Ern

FleishmanHillard Singapore

Tel: +65 6424 6369

Tel. Bimbit: +65 9137 7991

Emel: tsuern.lim@fleishman.com  

Latar Belakang Global eTrade Services (GeTS)

Global eTrade Services (GeTS) ialah sebuah subsidiari CrimsonLogic dan enjin pertumbuhan utama untuk Syarikat. GeTS mempunyai rangkaian perkhidmatan komprehensif yang membantu peniaga memenuhi keperluan pengawalseliaan dan pematuhan daripada agensi-agensi Kerajaan serta persatuan-persatuan perdagangan seluruh dunia. Berasaskan model SaaS, GeTS menumpu pada Tetingkap Tunggal (SW) yang memudahkan perdagangan global menerusi rangkaian perkhidmatan Sambungan Pematuhan, eNasihat dan Analitik Data.

Latar Belakang CrimsonLogic

CrimsonLogic ialah rakan kongsi dipercayai oleh kerajaan-kerajaan. Hampir 30 tahun lamanya, CrimsonLogic bekerjasama dengan kerajaan dari seluruh dunia untuk mencari penyelesaian inovatif dan berkekalan untuk berkolaborasi dengan lebih lancar dengan penduduk negara mereka. Syarikat terus menetapkan piawaian industri dengan menyediakan penyelesaian eKerajaan pertama dunia. CrimsonLogic menyediakan perkhidmatan hujung-ke-hujung, bermula daripada reka bentuk kepada pengendalian perkhidmatanperkhidmatan ini untuk memacu banyak penambahbaikan yang berkekalan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.crimsonlogic.com.

Source: CrimsonLogic Pte Ltd
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Retail New products/services