omniture

G2A.COM Lancar G2A Deal Edisi Ketiga pada 11 Mei

G2A.com
2017-05-11 18:18 612

HONG KONG, 11 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Pasaran permainan digital global G2A.COM, bersama-sama dengan pembangun dan penerbit program G2A Direct, melancarkan edisi ketiga berkas ganjaran permainan mereka, G2A Deal, pada hari Khamis 11 Mei. Edisi ini termasuk Tempest Herocraft, The Uncertain: Episode 1 - The Last Quiet Day ComonGames, Bulb Boy Bulbware, Mushroom Wars Zillion Whales, dan The Red Solstice Ironward.

generated by system

Semua permainan yang disertakan dalam setiap G2A Deal didatangkan terus daripada pembangun dan penerbit sendiri, dan tiada penjual pihak ketiga yang terlibat. G2A Direct, yang kini mempunyai lebih daripada 100 pembangun dan penerbit yang terlibat, dengan bangganya mempersembahkan siri ketiga pek ganjaran permainan.

Edisi G2A Deal ini ialah tentang mempamerkan permainan yang menarik daripada pemaju bebas:

Tempest - bertemakan lanun, dunia terbuka, aksi RPG di mana pemain boleh belayar ke laut lepas, dan mengembara di tiga dunia sambil mencari cabaran baharu dan kapal-kapal untuk dirampas.

The Uncertain: Episode 1 - The Last Quiet Day - permainan pengembaraan berepisod dan dipacu oleh penceritaan dalam dunia pasca-dahsyat. Pemain menjadi robot kejuruteraan RT-217NP dan cuba untuk mendedahkan sebab di sebalik kemusnahan umat manusia.

Bulb Boy - permainan pengembaraan seram tunjuk-dan-klik 2D, di mana pemain membantu seorang budak lelaki dengan mentol sebagai kepala untuk mengalahkan raksasa.

Mushroom Wars - permainan strategi penuh aksi masa nyata, di mana pemain mengetuai tentera cendawan dalam pelbagai pertempuran rumit.

The Red Solstice - permainan kemandirian berasaskan pasukan taktikal, yang berlatarkan tahun 2280 selepas Masihi selepas Bumi telah dimusnahkan. Pemain perlu berjuang untuk terus hidup di Marikh dalam kalangan makhluk asing sebagai Marin Angkasa Lepas.

Semua kunci yang terdapat dalam edisi ketiga G2A Deal boleh didapati serta-merta selepas pembelian sebagai kod Steam dan tidak akan disekat mengikut rantau. Kesemua lima permainan mempunyai harga langganan yang rendah, atau kos sekali pembelian yang rendah.

 

Source: G2A.com
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Film & Motion Picture Internet Technology New products/services