omniture

Pameran Canton ke-121 Labuh Tirai dengan 6.9 peratus Pertumbuhan Perolehan

Pameran Canton
2017-05-11 18:39 925

GUANGZHOU, China, 11 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China kali ke-121 (Pameran Canton atau "Pameran") telah melabuhkan tirai dengan pertumbuhan kukuh yang dicapai dari segi jumlah perolehan dan bilangan pembeli. Jumlah perolehan eksport di Pameran menyaksikan peningkatan sebanyak 6.9 peratus berbanding tahun sebelumnya, berjumlah 206.36 bilion yuan (US$30.02 bilion). 

  • Bilangan dan kualiti pembeli luar negara meningkat
Pameran Canton ke-121 Labuh Tirai dengan 6.9 peratus Pertumbuhan Perolehan
Pameran Canton ke-121 Labuh Tirai dengan 6.9 peratus Pertumbuhan Perolehan

Pameran Canton ke-121 juga menyaksikan pertumbuhan kukuh dari segi bilangan pembeli. Jumlah pembeli dan peserta antarabangsa adalah sebanyak 196,490, meningkat 5.87 peratus berbanding Pameran Canton ke-119 pada tahun 2016.

Bilangan pembeli dari benua Amerika meningkat paling banyak, iaitu 9.6 peratus berbanding tahun sebelumnya, manakala bilangan pembeli dari Jepun, Amerika, Kanada dan Australia masing-masing melonjak sebanyak 12.57 peratus, 5.84 peratus, 4.53 peratus dan 6.75 peratus berbanding tahun sebelumnya. Seramai 88,574 pembeli dari negara dan rantau dalam Inisiatif Jalur dan Jalan mengambil bahagian dengan peningkatan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 8.55 peratus.

Xu Bing, jurucakap untuk Pameran Canton dan Timbalan Pengarah Pusat Dagangan Luar Negara China berkata: "Pameran Canton mengkhusus untuk menyediakan platform pameran komprehensif dan perkhidmatan untuk pempamer serta pembeli global. Sekitar 1,119 syarikat perusahaan rantaian antarabangsa mengambil bahagian dalam Pameran tahun ini. Sebanyak 109 daripada 250 syarikat runcit terbaik yang baru diumumkan pada tahun 2017 menyertai Pameran Canton kali ke-121 ini, termasuk Walmart, Walgreen, Carrefour, Aldi, Tesco dan juga Amazon."

  • Pameran berkembang: pempamer banyak melabur dalam reka bentuk dan R&D

Pameran tahun ini memberi tumpuan utama untuk mempromosikan perdagangan asing dan menyokong pembaharuan struktur penawaran. Pelbagai pempamer seperti Haier, Midea, TCL dan Galanz telah membuat pelaburan besar dalam reka bentuk produk serta penyelidikan & pembangunan (R&D) bagi menggalakkan kelebihan daya saing dalam teknologi, kualiti dan perkhidmatan, serta mengembangkan perniagaan mereka ke tahap lebih tinggi dalam rantaian nilai.

"Pameran Canton bukan sahaja sebuah platform untuk perdagangan antarabangsa, kami turut memanfaatkan pengetahuan dalam pasaran antarabangsa selama enam dekad untuk membantu pempamer mengeluarkan produk yang dapat menarik minat lebih ramai pembeli antarabangsa dalam beberapa cara," tambah Xu Bing.

Pameran Canton kali ke-122 bakal membuka tirai pada 15 Oktober 2017, menyediakan satu lagi platform pameran yang hebat dan perkhidmatan sokongan terunggul untuk semua peserta.

Latar Belakang Pameran Canton

Sejak tahun 1957, Pameran Import dan Eksport China, yang turut dikenali sebagai Pameran Canton, diadakan dua kali setahun di Guangzhou pada setiap musim bunga dan musim luruh.

Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.cantonfair.org.cn/en/index.aspx

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170510/1848192-1

Source: Pameran Canton
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news