omniture

NetEase Teruskan Momentum Kukuh dan Pertumbuhan Teguh pada Suku Pertama 2017

NetEase Games
2017-05-12 10:43 814

HANGZHOU, China12 Mei 2017 /PRNewswire/ -- NetEase, Inc. (NASDAQ: NTES) salah satu pembekal perkhidmatan Internet dan permainan dalam talian terkemuka China, hari ini mengumumkan keputusan kewangan belum diaudit bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2017.

Permainan NetEase
Permainan NetEase

NetEase meneraju industri dengan hasil yang menakjubkan pada suku pertama dengan jumlah hasil bersih RMB13.6 bilion (US$2.0 bilion), peningkatan sebanyak 72.3% berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu. Dengan portfolio permainan mudah alih yang pelbagai dan teguh yang memberikan hasil yang sangat baik, pendapatan bersih bagi permainan dalam talian mencapai RMB10.7 bilion (US$1.6 bilion), peningkatan sebanyak 78.5% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Keuntungan kasar kukuh sebanyak RMB7.5 bilion (US$1.1 bilion), peningkatan sebanyak 63.2% tahun ke tahun.

Tajuk blokbuster terkini Syarikat, Onmyoji merekodkan lebih 200 juta muat turun di seluruh dunia dan Onmyoji juga, bersama-sama dengan Pokemon Go dan Clash Royale diiktiraf Permainan Mudah Alih Terbaik 2016 dalam kedudukan Games of the Year oleh Facebook. Sementara itu, versi PC antarabangsa Onmyoji dalam bahasa Cina tradisional membuat kemunculan sulung di Facebook Gameroom dalam persidangan FBF8 baru-baru ini. Permainan mudah alih blokbuster kegemaran sepanjang masa seperti Fantasy Westward Journey, Ghost, dan Westward Journey meneruskan populariti mereka dan mendapat kedudukan di kalangan 10 permainan mudah alih  teratas yang berjaya meraih kutipan tertinggi di iOS App Store China. Selain itu, NetEase Games mengumumkan keluaran beta tertutup Minecraft China di Kiub Air besar Beijing. Syarikat juga mengeluarkan permainan mudah alih baharu termasuk Land of Glory, Mist World, dan Demon Seals, semuanya mendapat penerimaan yang sangat baik.

NetEase terus mempercepatkan pengembangan antarabangsanya dengan mewujudkan pengalaman permainan baharu yang imersif dan global. Selain daripada tajuk sedia ada seperti Tome of the Sun, Eternal Arena, dan Twilight Pioneers pada platform Google VR, pada bulan Januari, NetEase mengeluarkan Immortal Conquest - permainan perang strategi MMO, di mana pemain membina dan menguruskan bandar-bandar mereka, membuat pergembangan pada lebih 2 juta bidang tanah, dan bersepakat dengan pemain lain untuk menakluki dunia. Pada bulan Februari, permainan PC yang dibangunkan sendiri oleh NetEase, Revelation telah dikeluarkan di Eropah dan A.S., dan merupakan permainan fantasi mitos Cina dengan grafik dalam permainan seperti CG. Selain itu, tajuk terbaharu Crusaders of Light memberikan pengalaman MMORPG berkualiti PC tulen bagi telefon mudah alih dan tablet, dalam dunia fantasi 3D terbuka yang menakjubkan dan dipenuhi dengan landskap yang menawan, kurungan bawah tanah berbahaya, dan harta rampasan yang menjadi rebutan. Permainan ini kini dalam pelancaran lunak yang terhad kepada beberapa negara manakala pelancaran antarabangsa akan diadakan pada musim panas.  

Latar Belakang NetEase

NetEase, Inc. (NASDAQ: NTES) ialah sebuah syarikat teknologi internet terkemuka di China. Berdedikasi dalam menyediakan perkhidmatan dalam talian yang berpusat sekitar kandungan, komuniti, komunikasi dan perdagangan, NetEase membangunkan dan mengendalikan sebahagian daripada permainan PC-pelanggan dan mudah alih, perkhidmatan pengiklanan, perkhidmatan e-mel dan platform e-dagang paling popular di China. Dengan kerjasama Blizzard Entertainment, Mojang AB (anak syarikat Microsoft) dan lain-lain pemaju permainan global, NetEase juga mengendalikan beberapa permainan dalam talian antarabangsa yang paling popular di China. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://ir.netease.com/

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170511/1849266-1

Source: NetEase Games
Related Stocks:
NASDAQ:NTES
Keywords: Banking/Financial Service Electronics Gaming Computer/Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Earnings