SHANGHAI, 15 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Bermula dengan memperluas rangkaian penerimaannya, kepada pengeluaran kad di luar negara, serta pelancaran piawaian teknikal dalam pasaran luar negara, UnionPay International meneroka kaedah pengembangan perniagaan yang praktikal dalam negara-negara Jalur dan Jalan.
Kini, UnionPay berada di lebih 50 pasaran dalam negara-negara Jalur dan Jalan. Ketua Pegawai Eksekutif UnionPay International Cai Jianbo berkata, "Strategi kami adalah untuk menyesuaikan kaedah-kaedah kami dengan keadaan tempatan dalam pelbagai pasaran, menyokong pertukaran kakitangan antara China dengan kawasan-kawasan lain dan memudahkan piawaian kewangan China'Menjadi Global'."
Menyokong pertukaran kakitangan antara China dan Inisiatif Jalur dan Jalan
Dengan pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Jalan, UnionPay telah membuat kemajuan yang besar dalam pasaran-pasaran berkaitan.
Kazakhstan boleh diambil sebagai contoh unggul peluasan pantas UnionPay. Dalam tempoh 2 tahun, liputan penerimaan UnionPay di ATM dan terminal POS meningkat dengan pesat, masing-masing daripada 50% dan 20% kepada 80% untuk kedua-duanya. Angka ini bakal meningkat kepada 95% tahun ini. Sementara itu, lebih 1.3 juta kad UnionPay telahpun dikeluarkan.
Di Pakistan, UnionPay diterima hampir di kesemua terminal POS dan lebih 70% ATM. Lebih 3.4 juta kad UnionPay telahpun dikeluarkan, menjadikan UnionPay sebagai jenama kad antarabangsa dengan bahagian pasaran kedua terbesar di negara tersebut. Di Rusia, kira-kira 340,000 terminal POS dan 41,000 ATM menerima UnionPay dan liputan penerimaan akan meningkat kepada 80% menjelang akhir tahun.
Pada tahun 2016, jumlah transaksi di China dengan kad UnionPay yang dikeluarkan di Pakistan dan Nepal meningkat hampir tiga kali ganda dan kad UnionPay yang dikeluarkan di Rusia, Kirghizia, Indonesia dan Mauritius meningkat kepada kira-kira 50%.
Memudahkan piawaian teknikal kewangan China "Menjadi Global"
UnionPay merealisasikan peluasan global rangkaian, jenama dan produknya, dan turut mempromosikan piawaian teknikal kewangan China "Menjadi Global".
UnionPay mengambil bahagian dalam pembinaan rangkaian pembayaran kad bank negara Laos, dan turut sama membangunkan Rangkaian Pembayaran Thailand (TPN) bersama bank-bank utama di Thailand. UnionPay juga membantu Thailand menghasilkan jenama kad debitnya sendiri, TPN.
Selain itu, standard kad cip UnionPay diguna pakai sebagai standard yang disyorkan di Thailand serta Myanmar, dan diambil kira sebagai standard kad cip rentas sempadan untuk Rangkaian Pembayaran Asia (APN). Pada Februari ini, UnionPay International dan rangkaian pertukaran Filipina, BancNet, mengumumkan kedua-duanya akan menggalakkan bank-bank ahli BancNet mengeluarkan kad cip UnionPay secara meluas.