omniture

Pertarungan Si Gadis: U5 Girls Bakal Menari Menentang Kumpulan Super Malaysia Upper 6

Zhejiang Leisure Media Entertainment Co., Ltd
2017-05-15 07:45 561

HANGZHOU, China, 15 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Sabtu akan datang ini, Born U5, rancangan realiti TV besar yang ditaja secara eksklusif oleh JD.com dan dianjurkan oleh Zhejiang Leisure Media Entertainment, bakal memasuki episod ke-7. Ia diterbitkan bersama ZJTV, Leisure Work Studio dan Authrule Digital Media, direka untuk gadis-gadis yang mempunyai impian besar menjadi bintang terkenal. Minggu ini, U5 Girls bakal menempuhi persaingan tarian yang sengit dengan Upper 6, kumpulan gadis terkenal yang berasal dari Malaysia.

Persembahan oleh Zhang Xinmei dan Le Jing
Persembahan oleh Zhang Xinmei dan Le Jing

Agar sepadan dengan cabaran hebat daripada kumpulan gadis Asia Selatan ini, U5 Girls menonjolkan taktik mereka dengan membuat formasi persembahan yang belum pernah dilihat sebelum ini, suatu yang benar-benar mengagumkan penonton. Dalam masa yang sama, U5 girls turut mempersembahkan perubahan gaya yang dramatik di atas pentas, menjadikannya sukar untuk mengalihkan perhatian daripada mereka.

Apa yang mengejutkan, Li Yuxin dan Zhang Xinmei, dua gadis yang kurang menonjol dalam acara-acara terdahulu, begitu menyerlah dalam episod kali ini. Bukan sahaja persembahan mereka, semasa sesi soal jawab, jawapan-jawapan oleh Li dan Zhang terhadap pertanyaan hakim adalah begitu lancar, sebaik "orang yang gemar bermain dengan kata-kata". Mereka juga dianggap begitu comel oleh para hakim.

Para hakim sangat memuji persembahan U5 Girls, khususnya bagi gandingan Li Yuxin dan Song Fangyuan. Mereka begitu ceria di atas pentas, menyerlahkan daya tarikan istimewa kepada penonton. Liu Wei, seorang penyanyi terkenal dan hos rancangan TV, tidak dapat menahan diri untuk naik ke pentas bagi mengucapkan tahniah. Walau bagaimanapun, beliau terlalu teruja sehingga hampir tersadung sebelum beliau naik ke pentas, mencetuskan gelak ketawa yang riuh rendah dalam kalangan penonton. 

Born U5 mengundang penghibur versatil, Show Lo sebagai mentor untuk Born Girls, bagi membimbing mereka untuk menjadi artis persembahan yang berkelayakan.

Berbeza dengan rancangan realiti yang lain, Born U5 menggunakan mekanisme serba baharu untuk menonjolkan program yang lebih komprehensif dan lebih telus kepada penonton. Dalam masa yang sama, pasukan penerbitan juga berazam untuk membawakan persembahan dinamik yang lebih positif dan lebih rancak ke pentas. Semua peserta perempuan tersebut membentuk satu kumpulan pada peringkat awal rancangan, dan bukannya menikam belakang pemain dalaman untuk terus kekal ke fasa seterusnya. Oleh yang demikian, para peserta ini dapat memberikan sepenuh jiwa raga mereka untuk menumpukan perhatian terhadap peningkatan diri secara menyeluruh di bawah bimbingan Show Lo, tanpa berasa gentar untuk disingkirkan. Selain itu, mereka juga boleh bersaing dan belajar daripada para penghibur yang hebat dari 6 negara berbeza, solo atau berkumpulan, sepanjang perjalanan tersebut. Keadaan ini membolehkan bakal bintang-bintang terkenal ini meluaskan pengalaman mereka dengan perspektif antarabangsa, agar lebih bersedia mendepani kerjaya bidang hiburan mereka.

Born U5 akan ke udara menerusi ZJTV pada jam 22:00 waktu Beijing, 13 Mei.

Perunding Liu Wei memeluk U5 Girls bagi menunjukkan sokongan
Perunding Liu Wei memeluk U5 Girls bagi menunjukkan sokongan

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170511/1849405-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170511/1849405-1-b

Source: Zhejiang Leisure Media Entertainment Co., Ltd
Keywords: Entertainment Fashion Multimedia/Online/Internet Television New products/services Women-related news