omniture

Peak Lancar Kasut Larian Cetakan 3D Pertama China

Peak Sport
2017-05-15 07:58 1844

BEIJING, 15 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Pada 8 Mei 2017, jenama sukan profesional terkemuka, Peak melancarkan kasut larian cetakan 3D pertamanya, "FUTURE I," di Beijing, China, yang dijual melalui Tmall dengan harga RMB1299. Peak menjadi jenama sukan ketiga melancarkan dan menjual kasut larian cetakan 3D selepas Adidas dan Under Armour.

Kasut Larian Cetakan 3D Pertama Peak
Kasut Larian Cetakan 3D Pertama Peak

Pada sidang akhbar itu, Zhihua Xu, pengurus besar Peak Sport berkata, "Sepasang kasut cetakan 3D ini ialah hasil terkini Peak daripada Strategi Inovasi Peak, matlamat kami untuk memajukan Peak sebagai jenama sukan paling bertaraf antarabangsa, profesional dan inovatif di China."

Kasut larian cetakan 3D ini adalah berasaskan Peak FLY V yang paling popular, dengan teknologi cetakan 3D diaplikasikan demi mencapai inovasi berteknologi. Kasut yang selesa dan tidak menyebabkan perpeluhan ini dibuat daripada struktur kekisi khas sebagai lapik dalam kasut menggunakan teknologi 3D dan teknologi pensinteran laser SLS membentuk kasut dengan TPU yang lebih elastik, demi memastikan keringanan dan keanjalan kasut, selain turut memberikan pengalaman pemakaian yang luar biasa dan cemerlang.

Peak memiliki 5 pusat Penyelidikan & Teknologi di Beijing, Guangzhou, Quanzhou, Xiamen dan Los Angeles, bersama 200 bakat teknologi dan reka bentuk yang berusaha dalam segmen reka bentuk serta inovasi produk. Peak membawakan teknologi pencetakan 3D pada tahun 2013, yang telah menjadi dinamik penting untuk inovasi kasut Peak. Sejak 5 tahun lalu, Peak menggunakan teknologi pencetakan 3D untuk menghasilkan acuan kasut, meneliti kualiti pengeluaran besar-besaran, bagi menghasilkan acuan kasut cetakan 3D untuk pemain NBA Dwight Howard serta menghasilkan reka bentuk eksklusif untuk acuan kasut pemain. Berdasarkan teknologi cetakan 3D, kasut larian "Longji" dianugerahkan hadiah pertama dalam Pertandingan Reka Bentuk Industri China yang pertama.

"Pada masa depan, Peak akan menekankan penyelidikan inovasi berteknologi dan memperkenalkan lebih banyak produk sukan profesional bagi memenuhi keperluan besar-besaran dan menjadi jenama sukan terkemuka," kata Zhihua Xu, pengurus besar Peak Sport.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170511/1849396-1

Source: Peak Sport
Keywords: Computer/Electronics Sports Sports Equipment & Accessories New products/services