omniture

Festival Budweiser STORM Kembali Pada Tahun 2017, Semarakkan 11 Bandar Di China dan Seluruh Dunia

Jenama Cina Tembusi Luar Negara; Edisi Australia Amat Dinanti-nantikan
A2LiVE
2017-05-15 08:23 992

SHANGHAI, 15 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Sidang media Festival Muzik Budweiser STORM 2017 telah diadakan di Shanghai pada 11 Mei. Eric Zho, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif A2LiVE, penerbit dan penganjur Budweiser STORM, mengumumkan rancangan jelajah dan bandar-bandar untuk dijelajah tahun 2017 di acara tersebut.

2016 STORM Festival
2016 STORM Festival

Rancangan Jelajah Tahunan Budweiser STORM Diumum, Penerokaan Pertama Luar China

Setelah memberi impak menakjubkan pada tahun 2016 di lima bandar utama Cina dan menerima pujian daripada rakan media dan peminat, Budweiser STORM mengumumkan kemunculannya pada tahun 2017 dalam pasaran-pasaran utama berserta rancangan peluasan ke bandar-bandar baharu di China, termasuk Beijing, Shanghai, Chengdu, Guangzhou, Shenzhen, Nanjing, Hangzhou, Changsha dan Xiamen. Lebih ramai peminat muzik tari elektronik berpeluang untuk bergembira menerusi pengalaman muzik dan gaya hidup utama Budweiser STORM di festival-festival ini, atau melalui siaran strim secara langsung dari  ruang tamu mereka.

The 5 STORM festivals last year bring over 388 million RMB in GDP to our host cities
The 5 STORM festivals last year bring over 388 million RMB in GDP to our host cities

Selain itu, Festival Muzik Budweiser STORM berbesar hati mengumumkan penularan yang belum pernah terjadi ke bandar-bandar di luar tanah besar China, bermula di Taipei dan mengumumkan STORM Australia sebagai sebahagian daripada rancangan jelajah tahun 2017. Ini memperlihatkan pencapaian penting bagi kemajuan dalam industri muzik elektronik Asia, dan untuk A2LiVE, syarikat rintis yang mengetuai usaha tersebut. Dari segi sejarah, industri muzik tari elektronik di China telah mengambil banyak pengaruh dari Barat. Dengan peningkatan bilangan festival antarabangsa yang menyasarkan pasaran pengguna yang luas di China, genre ini semakin mendapat banyak pengaruh daripada kawasan di luar sempadannya. Sewaktu syarikat gergasi STORM yang ditubuhkan di China mula berkembang ke luar negara buat pertama kalinya, menyebarkan gabungan bintang muzik elektronik antarabangsanya ke luar dari negara asal, China akhirnya akan memperoleh kedudukan lebih kukuh di dunia sebagai tunggak sebenar dalam komuniti muzik elektronik. Hasil peluasan pesat STORM, lebih ramai penggemar muzik di dunia akan menikmati tenaga ajaib yang dicetuskan dan disebarkan oleh STORM. China tidak lagi hanya mengikuti negara luar, tetapi akan turut memainkan peranan penting dalam menginovasi, menetapkan trend serta membentuk industri muzik tari global.

Storm Records partnership with Spinnin' Records
Storm Records partnership with Spinnin' Records

A2LiVE turut berbangga dapat memperkenalkan projek terkininya dalam dunia muzik tari elektronik - Storm Records! Syarikat rakaman baharu ini ditubuhkan melalui perkongsian yang membanggakan dengan Spinnin' Records, syarikat muzik tari bebas terbesar dan paling hebat di dunia masa kini. A2LiVE akan berkolaborasi dengan penerbit Spinnin' ikonik yang berpangkalan di Amsterdam untuk benar-benar mengadunkan elemen Timur dan Barat – menggabungkan rangkaian luas mereka yang terdiri daripada penerbit muzik berbakat di seluruh dunia. Hal ini akan menggalakkan kerjasama artistik baharu yang menarik dan pelancaran berterusan yang mewajarkan sokongan untuk para pemimpin industri yang amat disegani itu.

Alan Walker, A2LiVE Managing Director&Chief Commerial Officer Mr. Eric Reithler-Barros on stage
Alan Walker, A2LiVE Managing Director&Chief Commerial Officer Mr. Eric Reithler-Barros on stage

Muzik tari elektronik telah menjadi ikutan ramai dalam kalangan belia Cina – menjadi kegilaan para DJ terbaik dunia sempena Festival Budweiser STORM 2017!

Elaine Liu, Pengarah Hubungan AB-InBev APAC Utara, menyifatkan kerjasama sejak tiga tahun lalu dengan A2LiVe sebagai satu kejayaan besar. "Muzik tari elektronik sentiasa menginspirasi dan menggalakkan orang ramai untuk menonjolkan diri mereka, yang bertepatan dengan semangat yang amat didukung oleh Budweiser. Ia adalah suatu yang hebat dapat menyaksikan popularisasi pantas muzik elektronik dalam pasaran belia Cina; semakin ramai golongan muda mula menonjolkan diri mereka yang sebenar melalui kuasa genre muzik serta gaya hidup ini. Dalam sesetengah pasaran, tiket-tiket untuk edisi Festival Budweiser STORM 2016 habis dijual dalam masa beberapa minit, manakala botol Budweiser STORM aluminium edisi terhad menjadi imej bergaya dan ikonik dalam kalangan peminat muzik tari elektronik. Pada tahun 2017, bersama-sama A2LiVE, kami akan membawakan semua Festival Budweiser STORM menuju tahap produksi, pengaturcaraan muzik dan kejutan yang serba baharu. Sementara itu, terdapat rancangan bagi beberapa siri acara berjenama dan bertema berkisarkan Festival Budweiser STORM bagi membawakan pengalaman luar biasa ini kepada lebih ramai pengguna."   

IMS Asia Pacific Kembali, Tumpuan Terhadap China

Sejurus selepas Festival Budweiser STORM di Shanghai, International Music Summit (IMS) Asia Pasifik merupakan platform persidangan muzik tari penuh inspirasi dan pendidikan selama tiga hari, yang membolehkan golongan profesional dalam industri muzik elektronik antarabangsa mengambil bahagian dalam siri ceramah, bengkel interaktif dan peluang membina rangkaian yang erat.

A2LiVE Senior Bussiness Manager Vlada introduce IMS Asia-Pacific
A2LiVE Senior Bussiness Manager Vlada introduce IMS Asia-Pacific

Tahun lalu, A2LiVE membawakan IMS Asia Pacific ke Shanghai, dan menghimpunkan pelbagai syarikat gergasi dalam industri bagi membincangkan pembangunan dan cabaran dalam industri muzik tari elektronik rancak di rantau Asia Pasifik. Dua daripada artis elektronik terulung dunia, Alesso dan Skrillex, masing-masing berkongsi sejauh mana mereka membina profil mereka di Asia. Alesso mengumumkan kolaborasi beliau dengan Ratu Pop Mandarin dan vokalis Jolin Tsai-"I Wanna Know". Seiring dengan IMS Asia-Pacific dan OWSLA, Boiler room kembali ke Shanghai dengan penampilan sulung yang istimewa daripada jurucakap IMS Skrillex dan merupakan salah satu Boiler Room yang paling banyak ditonton dan distrim setakat ini. Tahun ini, IMS Asia Pacific bakal kembali pada 21-22 September 2017. Lencana pengunjung awal akan mula dijual pada 24 Mei di imsasiapacific.cn. Maklumat lanjut tentang IMS Asia Pacific, sila layari laman sesawang rasmi di imsasiapacific.cn, atau ikuti "IMS_China" melalui Wechat.

Latar Belakang A2LiVE

A2LiVE ialah sebuah syarikat hiburan secara langsung yang berpangkalan di Shanghai dan merupakan daya pembimbing terunggul dalam industri muzik elektronik secara langsung di China pada masa kini. Misinya adalah untuk menjadi platform muzik elektronik bersepadu secara vertikal yang terkemuka di Asia, membawakan pengalaman muzik elektronik, muzik, video, berita dan budaya destinasi yang terbesar dan terbaik.

Sejak ditubuhkan, A2LiVE mempersembahkan ramai artis antarabangsa dan tempatan yang terkenal di China termasuk Axwell & Ingrosso, Skrillex, Hardwell, Afrojack, Dash Berlin, Avicii, David Guetta, Wang Lee Hom, Benny Benassi, Afrojack, Cazzette, Icona Pop, Oliver Heldens, Far East Movement, Pitbull, Kanye West, Incubus dan banyak lagi.

Festival muzik elektronik "Budweiser STORM" A2LiVE telah menjelajah lima pasaran pada tahun 2016 dan membangkitkan semangat 250,000 penonton festival, manakala beberapa bandar baharu akan turut dirancakkan pada tahun 2017. Tahun ini turut menyaksikan pelancaran DianYinTai (perkhidmatan muzik elektronik strim), pertumbuhan pegangan pengurusan artis A2LiVE (A2ARTIST dan Strobe Light Talent), pelancaran akademi DJ/produksi baharunya serta divisyen syarikat rakaman, dan perniagaan-perniagaan lain yang berkaitan. Ketahui lebih lanjut di www.a2live.cn.

Latar Belakang Budweiser

Budweiser, jenama bir gaya Amerika, telah diperkenalkan pada tahun 1876 apabila pengasas syarikat Adolphus Busch berhasrat mencipta jenama bir pertama yang benar-benar dari negara Amerika Syarikat – dibru agar terkenal di seluruh dunia dan diterima di setiap rantau. Setiap koleksi Budweiser kekal dengan resepi keluarga yang sama yang digunakan oleh lima generasi pakar bru keluarga Busch. Budweiser ialah bir dengan kekuatan sederhana, beraneka perisa, segar dan asli dengan lapisan adunan aroma hop Amerika dan Eropah, dibru bagi mendapatkan keseimbangan sempurna antara rasa dan kesegaran. Budweiser dibuat menggunakan kaedah yang mementingkan masa termasuk "kraeusening"  bagi mendapatkan pengkarbonatan semula jadi dan kematangan Beechwood, yang menghasilkan keseimbangan dan karakter yang tiada tandingan. Maklumat lanjut tentang Budweiser, sila layari laman sesawang rasmi mereka di budweiser.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170512/1850399-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170512/1850399-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170512/1850399-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170512/1850399-1-d
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170512/1850399-1-g

Source: A2LiVE
Keywords: Entertainment Music New products/services Trade show news