omniture

Panel Trina Solar kuasakan Ladang Solar Sunshine Coast

Trina Solar Limited
2017-05-16 02:10 749

CHANGZHOU, China, 16 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Ladang Solar Sunshine Coast 15 megawatt (MW) di Valdora yang dikuasakan oleh panel Trina Solar dijadual akan beroperasi sepenuhnya pada pertengahan tahun 2017.

Foto: http://wx3.sinaimg.cn/mw690/b958d2b7ly1fflr595j5oj21kw16okjo.jpg

Ladang Solar Sunshine Coast membolehkan Majlis Sunshine Coast tempatan menjadi pentadbiran tempatan pertama Australia untuk mengimbangi 100 peratus penggunaan tenaga elektriknya merentasi seluruh kemudahan dan operasi daripada tenaga boleh diperbaharui. Ladang solar ini, yang dimiliki sepenuhnya oleh Majlis tersebut, dijangka dapat memberi penjimatan kepada organisasi sehingga $22 juta, selepas ditolak kos, sepanjang tempoh 30 tahun berdasarkan kos tenaga elektrik masa kini.

Downer dianugerahkan kontrak untuk Mencipta, Membina, Mengendalikan dan Mengekalkan (DCOM) Ladang Solar Sunshine Coast dan melantik Trina Solar untuk membekalkan 57,000 keping modul panel solar fotovolta (PV) PEG14 315 W Duomax.

Ladang solar ini merupakan ladang solar kelima terbesar yang dipasang di negara tersebut, yang dibangunkan di kawasan berkeluasan 24 hektar di Valdora yang terdedah dengan angin kuat dan keadaan cuaca melampau seperti siklon. Bagi menangani isu ini, modul Duomax dipilih disebabkan oleh sifat mekanikalnya yang teguh yang mampu bertahan terhadap keadaan cuaca melampau. Ia tekal mengungguli prestasi dalam industri dan jaminannya dapat memenuhi jangka hayat reka bentuk selama 30 tahun yang dirancang untuk ladang solar. Duomax mempunyai seni bina modul unik yang menggunakan kaca berganda dan reka bentuk tanpa bingkai yang memberikan peningkatan keandalan dan prestasi produk. Produk ini direka khusus untuk meningkatkan projek Kos Purata Tenaga Elektrik (LCOE) dipacu oleh kadar kemerosotan lebih rendah serta membolehkan penjimatan Keseimbangan Sistem (BoS) pada peringkat sistem, menjadikannya pilihan utama oleh pembangun.

Cik Helena Li, Presiden Asia Pasifik dan Timur Tengah, Trina Solar berkata: "Kami amat berbesar hati kerana sekali lagi dapat bekerjasama dengan Downer bagi memberikan pencapaian penting untuk industri utiliti Australia - Ladang Solar Sunshine Coast ialah salah satu projek pertama yang disiapkan dengan sistem penarafan 1500V. Kami berbangga dapat memainkan peranan dalam usaha membantu peralihan rantau ini kepada ekonomi tenaga bersih."

"Kami turut berbesar hati untuk terus memperkukuh hubungan kami dengan rakan-rakan kongsi seperti Trina Solar bagi memberikan projek tenaga boleh diperbaharui yang luas dan meneruskan kepimpinan kami dalam sektor tenaga boleh diperbaharui," kata Trevor Cohen, Pengarah Eksekutif, Downer Utilities.

Pada kemuncaknya, Ladang Solar Sunshine Coast akan dapat menjana 15,000 kilowatt tenaga elektrik daripada sumber cahaya matahari. Ini akan membekalkan kuasa kepada bangunan pentadbiran Majlis tempatan, pusat akuatik, tempat komuniti dan persembahan, selain taman percutian, perpustakaan, galeri seni dan kemudahan sukan. Tenaga elektrik yang dijana selama setahun adalah mencukupi untuk memberi kuasa kira-kira 5000 rumah.

Latar Belakang Trina Solar Limited

Trina Solar Limited ialah peneraju global bagi modul, penyelesaian dan perkhidmatan fotovolta. Ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai penyepadu sistem PV, Trina Solar kini memacu tenaga pintar bersama-sama pemasang, pengedar, utiliti dan pembangun seluruh dunia. Kedudukan utama syarikat dalam industri adalah berdasarkan kecemerlangan inovasi, kualiti produk terunggul, keupayaan bersepadu secara vertikal dan pengawasan terhadap alam sekitar Untuk maklumat lanjut, sila layari www.trinasolar.com.

Source: Trina Solar Limited
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts