omniture

China Reading Lancar 'Qidian International', Platform Bacaan Digital Antarabangsa Utama untuk Penulis Bebas China

China Reading Limited
2017-05-17 05:12 934

SHANGHAI, 17 Mei 2017 /PRNewswire/ -- China Reading, platform kesusasteraan dalam talian terkemuka China, secara rasminya melancarkan laman sesawang antarabangsa dan juga aplikasi mudah alih, sebagai sebahagian daripada usaha peluasannya menembusi pasaran bacaan dalam talian antarabangsa. Peluasan antarabangsa ini bermatlamat untuk meneruskan kejayaan China Reading dan pertumbuhan pasaran kesusasteraan dalam talian Cina. Laman sesawang dan aplikasi mudah alih Qidian International memberikan pembaca luar negara dengan akses terhadap perpustakaan China Reading yang mempunyai lebih 8 juta karya sastera dalam talian eksklusif merangkumi lebih 200 genre, yang mewakili majoriti bahagian pasaran dalam pasaran kesusasteraan dalam talian asli China.

Halaman Khas untuk Ulang Tahun ke-15 Khas Qidian International
Halaman Khas untuk Ulang Tahun ke-15 Khas Qidian International

China Reading Tumpuan Revolusi Dunia bagi Bacaan Dalam Talian

Usaha peluasan Qidian International ini akan memberikan China Reading dan para penulisnya dengan platform bagi mendekati pembaca seluruh dunia dan berpotensi untuk menjadi salah satu platform terbesar dunia bagi bacaan dalam talian. Pasaran-pasaran sasaran utama Qidian International termasuk Amerika Utara, Eropah Barat dan Asia Tenggara dengan potensi peluasan masa depan ke Eropah Timur. Kandungan bahan bacaan dalam Qidian International akan disediakan khususnya dalam bahasa Inggeris dan edisi-edisi akan datang bakal disediakan dalam bahasa Thailand, bahasa Jepun dan bahasa Vietman menerusi jalinan kerjasama dengan platform internet bahasa tempatan. Selain laman sesawang Qidian International, Qidian App, yang disediakan melalui Android dan iOS dijangka akan sering dikemas kini dari segi kandungan dan fungsinya.

"Tarikan budaya dan kesusasteraan menerobos sempadan geografi dan etnik," kata En. Wu Wenhui, Ketua Pegawai Eksekutif China Reading. "Persiapan bersungguh-sungguh dan teliti oleh China Reading telah merealisasikan pelancaran ini, yang akan membawakan dunia kesusasteraan dalam talian Cina yang mempesonakan kepada khalayak global, memupuk peningkatan minat dan membantu berkongsi unsur-unsur budaya Cina tradisional dan moden bersama dunia."

Berkongsi Format dan Konsep Kesusasteraan Baharu bersama Dunia

Pelancaran Qidian International akan menjadikan seleksi luas karya sastera dalam talian Cina yang berkualiti tinggi tersedia di seluruh dunia. Sehingga kini, China Reading telah melesenkan lebih 100 karya sastera untuk penerbitan fizikal dan digital kepada penerbit di Jepun, Korea Selatan, Thailand, Vietnam, Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Rusia.

Perhatian khusus diberikan kepada novel-novel bersiri. Buku-buku ini diterbitkan dalam talian dan sentiasa dikemas kini, dengan beberapa karya novel ini mencapai ratusan mahupun ribuan bab. Karya-karya ini sebahagian besarnya disediakan kepada pembaca antarabangsa hasil daripada usaha bersungguh-sungguh pasukan dalaman China Reading, yang menyediakan sejumlah besar kandungan pada setiap hari kepada para peminat kesusasteraan Cina peringkat antarabangsa.

Ruang Karya Popular pada Halaman Utama Qidian International
Ruang Karya Popular pada Halaman Utama Qidian International

Qidian International, menerusi China Reading, ialah platform kesusasteraan dalam talian yang terkemuka di dunia. Sejak beberapa tahun lalu, China Reading turut membina hubungan erat dengan banyak rakan niaga di Asia bagi penerbitan adaptasi berdasarkan kandungan kesusasteraan asli yang disediakan melalui China Reading. Syarikat ini berharap dapat berkolaborasi dengan rakan kongsi tambahan di seluruh dunia melalui Qidian International.

Sebagai contoh, filem animasi, siri TV dan buku yang diadaptasi daripada perpustakaan bahan bacaan China Reading, seperti Once Upon a Time, There Was a Spirit Sword Mountain, dan The King's Avatar, telah diedarkan di Jepun manakala judul-judul seperti Candle In the Tomb bakal muncul dalam edisi bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak lama lagi.

En. Wu menambah: "Qidian International ditubuhkan bagi memperkenalkan lebih banyak karya sastera Cina kepada khalayak luar negara dalam usaha mempromosikan budaya Cina. Ia juga akan membolehkan kami mendapatkan nilai komersial daripada harta intelek karya sastera Cina di peringkat global." 

Latar Belakang China Reading  

China Reading Limited ditubuhkan pada Mac 2015 melalui penggabungan antara Tencent Literature dan syarikat yang dahulunya dikenali sebagai Shanda Literature. Sebagai platform bacaan digital utama yang diperakui dan inkubator harta intelek (IP) kesusasteraan, China Reading mempunyai koleksi jenama kandungan terkenal bagi bacaan digital Cina seperti aplikasi QQ Reading dan qidian.com, serta banyak lagi jenama yang tersohor di China. China Reading Limited merupakan peneraju pasaran dari segi kualiti dan kuantiti kandungan, pengaruh penulis dan mutu karya literasi dalam talian asli.

Latar Belakang Qidian International

Qidian International ialah platform dan komuniti novel dalam talian yang terkemuka di dunia. Ia merupakan jenama tersohor yang bergabung dengan China Reading Limited. Qidian International memberi tumpuan dalam menyediakan kisah-kisah berunsur fantasi dan mistik yang berkualiti tinggi kepada berjuta-juta pembaca dalam pasaran global. Qidian International juga mempunyai laman sesawang rentas platform dan aplikasi mudah alih yang andal demi menyediakan pengalaman pembacaan luar biasa buat pembaca.

Anda dialu-alukan mengunjungi Qidian International bagi mendapatkan maklumat lanjut: www.webnovel.com

Selubungi Diri Anda dalam Pengembaraan Mistik! 

Logo dan Kod QR
Logo dan Kod QR

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170515/1851627-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170515/1851627-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170515/1851627-1-c

 

Source: China Reading Limited
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Web Site New products/services