omniture

Anugerah Red Ball Express NDIA 2017 untuk Plasan Sasa

Plasan SASA
2017-05-17 09:27 552

SASA, Israel, 17 Mei 2017 /PRNewswire/ --

Plasan Sasa berbesar hati raih Anugerah Red Ball Express NDIA 2017 bagi tahun 2017.

Divisyen Kenderaan Beroda Taktikal (TWV) Persatuan Perindustian Pertahanan Negara (NDIA) hari ini mengumumkan para penerima kategori Industri dan Kerajaan bagi Anugerah Red Ball Express 2017.  Penerima anugerah tahun ini ialah Dani Ziv, ketua pegawai eksekutif Plasan Sasa, Ltd., dan aktiviti lapangan peringkat utama Darat dan Maritim Direktorat Program Pemerolehan Strategik bagi Agensi Logistik Pertahanan (DLA).

generated by system

NDIA menyampaikan anugerah ini setiap tahun kepada individu dan institusi kerajaan yang memberi sumbangan penting dalam mengukuhkan tahap keselamatan negara menerusi pengenalan, sokongan dan pembangunan kenderaan beroda taktikal. Tahun ini, divisyen TWV NDIA mula menyampaikan Anugerah Red Ball Express dalam dua kategori: Industri dan Kerajaan.

NDIA ialah persatuan industri pertahanan utama Amerika yang menggalakkan keselamatan negara. NDIA menyediakan forum undang-undang dan etika bagi tujuan bertukar-tukar maklumat antara industri dan kerajaan berhubung isu-isu keselamatan negara. NDIA dan ahli-ahlinya mendorong pembangunan peralatan paling inovatif dan terunggul, selain latihan dan sokongan untuk pejuang perang dan pasukan tindak balas pertama, melalui divisyen, cawangan tempatan, persatuan gabungan dan juga acaranya.

Hasil kepimpinan En. Ziv, Plasan Sasa dapat menyediakan tentera A.S. dengan perisai kenderaan luar biasa yang telah menyelamatkan banyak nyawa anggota perkhidmatan Amerika, dan terus melindungi mereka hingga ke hari ini.

Berpangkalan di Israel, Plasan Sasa ialah peneraju industri dalam penyediaan teknologi kemandirian kritikal, bermula daripada perisai "tambahan" ringkas kepada pelaksanaan sistem kemandirian bersepadu. Hasil-hasil inovasi Plasan Sasa termasuk kabin kenderaan, casis dan kit perisai badan, yang melindungi anggota dan peralatan pada kenderaan MaxxPro, MRAP (Rintang Periuk Api dan Perlindungan Serang Hendap) serta M-ATV (semua rupa bumi).

Plasan Sasa ialah syarikat Israel pertama raih anugerah mulia ini.

Plasan ialah peneraju global bagi Penyelesaian terbukti dalam lapangan. Plasan mencipta, membangunkan, mengeluarkan dan menyepadukan sistem perlindungan kenderaan komprehensif yang menawarkan ciri keunggulan taktikal walaupun untuk misi paling mencabar. Menerusi pengalaman selama tiga dekad dan lebih 32,000 kenderaan di seluruh dunia yang dilengkapi dengan penyelesaian perlindungan kami, berserta lebih 400 prototaip, Plasan mempunyai pemahaman tersendiri terhadap cabaran yang menanti dalam medan pertempuran moden. Kami mengubah keperluan operasi menjadi penyelesaian perlindungan yang tahap tinggi.

Penyampaian anugerah Red Ball Express rasmi kepada En. Ziv dan Direktorat Program Pemerolehan Strategik DLA akan berlangsung pada hari Selasa, 16 Mei 2017 pada jam 5 petang, semasa Persidangan Kenderaan Beroda Taktikal 2017 di Hyatt Regency, Reston, Virginia.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Meirav Ofir
Marcom, Plasan
Tel: +972-542872368
miravo@plasan.com

Source: Plasan SASA
Keywords: Aerospace/Defense Homeland Security Transportation Awards