omniture

787 Dream Jet Deer Jet buat penampilan sulung Timur Tengah di Qatar

Deer Jet
2017-05-17 17:51 758

DOHA, Qatar, 17 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Syarikat penerbangan perniagaan terkemuka di dunia, Deer Jet, memperkenalkan 787 'Dream Jet' pertama dunia, menerusi penampilan sulung Timur Tengahnya, membuat persinggahan hari ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha. Pameran Doha ini adalah sebahagian daripada siri pameran seluruh dunia "Dreams Encounter the World" ("Dream Bertemu Dunia") berikutan lawatannya ke Shanghai, Hong Kong, London dan Dublin.

Syarikat ini berkembang di Timur Tengah setelah berkhidmat untuk keluarga diraja di rantau ini sejak tahun 2013 dan kini bakal menyasarkan GCC dan Timur Tengah yang lebih luas, dengan para pembeli dari Qatar, UAE dan Arab Saudi, termasuk para eksekutif utama daripada syarikat-syarikat besar dan delegasi kerajaan berpangkat tinggi, dijangka menjadi pelanggan pentingnya.

Deer Jet ialah pengendali jet perniagaan pertama di China, ditubuhkan 22 tahun lalu, dikhususkan untuk berkhidmat kepada pasaran perjalanan perniagaan premium global. Pada Mei 2016, syarikat mengambil alih operasi BBJ 787 VVIP pertama dunia, dan membuat penerbangan sulungnya ke Hong Kong pada bulan September. Deer Jet menjenamakan pesawat ini sebagai "787 Dream Jet", dan memperkenalkan falsafah jenama baharu iaitu "Menjadikan Perjalanan Suatu Kesenian", dalam usaha meneruskan reputasinya sebagai penyedia perkhidmatan terkemuka dunia untuk perjalanan perniagaan premium.

Pramugara "Dream Team" Deer Jet mengguna pakai piawaian hospitaliti 7 bintang, sebagai pelayan tetamu khas dalam penerbangan sebenar, yang membangkitkan perasaan berbeza untuk pelbagai pelanggan yang menerima khidmat mereka. Ruang dipilih susun Deer Jet dihiasi dengan kemudahan terpilih dan koleksi tempahan khas yang terdiri daripada kristal berharga, kusyen, barang-barang perak dan porselin.

B787-8 Dream Jet mampu membuat penerbangan terus menerus selama 18.5 jam, atau 16,000km; dengan lokasi geografi Doha, Dream Jet boleh menuju sebarang bandar utama di dunia, tanpa henti. Hal ini sebahagian besarnya disebabkan oleh fiuslaj pesawat, yang dibuat daripada bahan gentian karbon, menjadikannya lebih ringan dan lebih menjimatkan bahan api. Harga sewaan 787 Dream Jet bermula pada harga $70,000/jam.

Deer Jet turut melancarkan pakej perjalanan tempahan khas eksklusif dengan menaiki 787 Dream Jet, bermula dengan "Perjalanan Impian Hong Kong ke Tahiti". Ia menyediakan pakej sewaan tujuh malam termasuk penginapan percuma di Suit Presiden, St. Regis Bora Bora Resort.

Pesawat ini dikendalikan oleh pejabat pendaftar pesawat Guernsey (2-DEER), di bawah AOC BAS Guernsey. Pesawat ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dan dikendalikan oleh subsidiari Deer Jet, Hong Kong Jet. Dubai dan Riyadh dijadual sebagai hentian Dream Jet yang seterusnya.

 

Source: Deer Jet
Keywords: Airlines/Aviation Travel Corporate Expansion