omniture

Cuti di mana-mana dan bila-bila masa bersama Traveloka! Diskaun 50 peratus sempena promosi satu hari Super Flash Sale

Traveloka
2017-05-18 15:09 551

KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Adakah anda mencari tawaran percutian yang terbaik? Para pengembara, bersedialah! Traveloka, aplikasi tempahan pelancongan terkemuka untuk destinasi domestik dan antarabangsa akan menawarkan diskaun hebat 50 peratus untuk semua penerbangan dan hotel, hanya untuk tempoh terhad.

Digelar Super Flash Sale, promosi ini akan diadakan untuk hanya satu hari dan bermula pada pukul 12 tengah malam, 19 Mei 2017, hanya untuk tempahan menerusi aplikasi Traveloka.

Untuk satu hari, pelanggan yang menggunakan aplikasi tersebut boleh merebut peluang untuk membeli tiket penerbangan dan hotel untuk separuh harga selepas menggunakan kod kupon yang tertentu.

Promosi ini juga tidak mempunyai tempoh perjalanan dan tarikh percutian yang ditetapkan supaya pelanggan bebas memilih tarikh percutian impian mereka.

Terdapat dua cara untuk mendapatkan kod kupon istimewa ini: anda hendaklah melanggan surat berita Traveloka untuk menerima kod kupon itu sehari sebelum hari promosi, atau dengan mengakses ke aplikasi Traveloka di mana kod kupon tersebut akan dipaparkan pada pukul 12 tengah malam.

Walau bagaimanapun, kod kupon tersebut tertakluk pada bilangan penggunaan yang tertentu, oleh itu, lebih awal anda menempah, lebih baik!

Kini, lebih 15 juta pengguna di seluruh Asia Tenggara telah memuat turun aplikasi Traveloka untuk merebut tawaran terbaik dan menempah percutian dengan lebih mudah serta berbaloi.

Antara kebaikan aplikasi tersebut adalah Peringatan Harga, yang membolehkan pelanggan untuk mendapat notifikasi sekiranya harga penerbangan tersebut bersesuaian dengan bajet, serta Easy Reschedule, kemudahan yang efisyen untuk mengubah tarikh penerbangan anda.

Langgani surat berita Traveloka dan muat turun aplikasi Traveloka sebelum 19 Mei untuk jadi antara yang pertama untuk merebut diskaun hebat sempena Super Flash Sale  ini.

Mengenai Traveloka

Traveloka ialah aplikasi tempahan pelancongan terkemuka Indonesia untuk destinasi domestik dan antarabangsa. Diasaskan di Jakarta, Indonesia, syarikat ini ditubuhkan oleh beberapa orang pengamal teknologi maklumat Indonesia dengan pengalaman kerja bertahun lamanya di syarikat-syarikat teknologi di Amerika Syarikat. Traveloka ialah syarikat pertama di Asia yang menerima pembiayaan Siri A daripada Global Founders Capital dan East Ventures. Traveloka boleh diakses melalui laman web, laman mudah alih dan aplikasi mudah alih (Android dan iOS) pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Kini, Traveloka telah bekerjasama dengan lebih 70 syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa yang menyediakan lebih daripada 100,000 laluan berbeza di Asia Pasifik dan Eropah. Traveloka juga telah menyenaraikan lebih daripada 100,000 hotel di seluruh dunia. Sistem pembayaran yang selamat, pelbagai kaedah pembayaran, pengalaman yang mesra pengguna, perkhidmatan pusat panggilan 24 jam, dan juga harga rendah setiap hari tanpa caj tersembunyi merupakan perkhidmatan utama yang ditawarkan oleh Traveloka kepada pelanggan bagi memudahkan gaya hidup mobiliti pada hari ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tempahan penerbangan dan tempahan hotel, layari traveloka.com/ms-my atau ikuti kami di Google+ (plus.google.com/+Traveloka), Facebook (facebook.com/TravelokaMY), dan Twitter (twitter.com/travelokaMY). Aplikasi mudah alih Traveloka boleh dimuat turun secara percuma di iTunes App Store atau Google Play Store.

Perhubungan Media:

Busyra Oryza
PR Manager
press@traveloka.com / +603 2262 5999

Chin Pei Ling
Design Coordinator
peiling@traveloka.com / +6012-395 3575

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160531/8521603511LOGO

Source: Traveloka
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology Leisure/Travel/Hotels Travel