omniture

Istanbul, sedia anjur Turkish Airlines EuroLeague Final Four 2017

Turkish Airlines
2017-05-19 06:20 769

ISTANBUL, 19 Mei 2017 /PRNewswire/ --

Sinan Erdem Dome yang luar biasa akan menjadi pentas aksi pusingan akhir yang menarik bagi kejohanan, yang akan mula beraksi dari 19 hingga 21 Mei antara CSKA Moscow, Real Madrid, Fenerbahçe dan Olympiacos Piraeus

Turkish Airlines EuroLeague Final Four 2017 akan berlangsung hujung minggu ini di Istanbul. Musim kali ini amat mencabar bagi 24 pasukan yang mengambil bahagian dan kejohanan ini akan diakhiri dengan empat perlawanan menarik yang dimainkan oleh pasukan yang paling layak menjulang trofi: CSKA Moscow, Real Madrid, Fenerbahçe dan Olympiacos Piraeus.

generated by system

Pusingan akhir yang sengit dalam perlawanan ini kembali ke Istanbul, bandar metropolis yang mesra dan menarik di Turki, lima tahun selepas mengadakan EuroLeague Final Four 2012. Perlawanan ini akan diadakan di Sinan Erdem Dome yang terkenal, arena tertutup terbesar di Turki dan salah satu arena terbesar di Eropah, yang turut meraikan pusingan akhir Kejohanan Bola Keranjang Dunia 2010.

M. İlker Aycı, Pengerusi Lembaga dan ahli Jawatankuasa Eksekutif Turkish Airlines, berkata Final Four yang diadakan di Istanbul buat kali kedua menunjukkan persekitaran bandar ini yang sangat sesuai untuk acara-acara sukan yang menyatukan jutaan peminat dari seluruh dunia menerusi keterujaan, keghairahan dan keseronokan.  "Sekali lagi Istanbul mengundang pada peminat bola keranjang dari seluruh Eropah untuk menyaksikan keterujaan sewaktu pasukan-pasukan terbaik daripada benua ini bertarung antara satu sama lain bagi merangkul gelaran Juara. Sebagai syarikat penerbangan yang melakukan penerbangan ke lebih banyak negara berbanding syarikat penerbangan lain, misi utama kami ialah untuk mengeratkan orang ramai, benua dan dunia bukan sahaja melalui jaringan kami yang luas, bahkan melalui pelbagai pilihan aktiviti penajaan yang telah kami jalankan selama bertahun-tahun. Sokongan padu kami terhadap Turkish Airlines EuroLeague menekankan kepentingan yang kami letakkan kepada minat sukan, kepentingan semangat kesukanan dan pertandingan persahabatan dalam memenuhi misi kami."

"Setelah lima tahun sejak Final Four yang terakhir diadakan di İstanbul, kami berbesar hati dapat berada di bandar hebat ini sekali lagi untuk menyaksikan Juara EuroLeague dinobatkan. Para peminat dari seluruh Eropah akan menyaksikan pasukan-pasukan terbaik daripada benua ini dan kami pasti, sama seperti Final Four sebelumnya di Istanbul, pusingan akhir tahun ini akan dikenang dalam sejarah sukan bola keranjang," kata En. Jordi Bertomeu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Euroleague Basketball. "Saya ingin mengucapkan terima kasih khususnya buat Turkish Airlines dan En. Aycı atas sambutan mesra yang kami terima dan segala sokongan yang ditunjukkan, yang penting untuk membawakan Final Four kembali ke Istanbul."

EuroLeague Basketball diwujudkan pada musim 2000/2001. Pada tahun 2010, Turkish Airlines, yang membuat penerbangan ke negara dan destinasi antarabangsa yang lebih banyak berbanding mana-mana syarikat penerbangan lain di dunia, menjadi penaja rasmi untuk pertandingan bola keranjang paling penting di Eropah, selain penaja pusingan akhirnya. Bagi musim kali ini, syarikat utama itu akan mengadakan Final Four di Istanbul, di tempat asalnya, menjadikan kolaborasi ini lebih istimewa, bersama-sama khalayak yang amat mesra yang memberi galakan kepada semua pasukan. Jenama bertaraf global ini turut menjadi tema TC-JRO Airbus A321, menghiasi bahagian luarnya dengan sentuhan grafik untuk EuroLeague, yang terbang di angkasa seluruh Istanbul.

Penajaan Turkish Airlines untuk EuroLeague Basketball akan diteruskan selama tiga tahun lagi.

Source: Turkish Airlines
Keywords: Airlines/Aviation Sporting Events Sports Travel