omniture

Deer Jet Bina Armada Dream Jet Terbesar di Dunia

Deer Jet
2017-05-19 11:37 747

Mempamerkan 787 Dream Jet pertama di dunia dan umumkan penambahan yang kedua

SEATTLE, 19 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Deer Jet, syarikat penerbangan perniagaan global terkemuka, mengumumkan pembinaan armada Dream Jet terbesar di dunia dengan menambah satu lagi pesawat dalam armada yang diurusankannya dan akan membawanya ke Seattle, tempat kelahiran Boeing, 787 Dream Jet pertama di dunia untuk pameran pertamanya di A.S.

Pameran ini diadakan di Muzium Penerbangan, yang sebelum ini dikenali sebagai The Red Barn, tempat kelahiran Boeing Company. Ini merupakan perhentian yang keenam bagi 787 Dream Jet pertama di dunia selepas Hong Kong, Shanghai, London, Dublin dan Doha sebahagian daripada siri pameran "Dreams Encounter the World" ("Dream Bertemu Dunia").

Eksklusif untuk pameran di Seattle, koleksi arca daripada artis Dale Chihuly termasuk Cylinders yang terkenal, dicipta daripada karya susunan benang-kaca pada bekas yang diilhamkan oleh tekstil orang asli Amerika, menambah gaya tempatan ke dalam kabin 787 Dream Jet.

Dalam sidang akhbar yang diadakan di akhir pameran, En. Adam Tan, Ketua Pegawai Eksekutif HNA Group, syarikat induk Deer Jet, berkata, "Bersama-sama sejarahnya sepanjang 24 tahun, HNA Group telah mencipta detik penting bagi industri penerbangan, sebelum ini hanya syarikat penerbangan serantau, kini berada di tempat ke-353 dalam senarai Global Fortune 500 dengan matlamat untuk menjadi salah satu daripada 10 syarikat terbesar di dunia. 787 Dream Jet yang pertama merupakan satu karya agung, selepas kejayaannya di peringkat global kami amat gembira untuk menambah pesawat kedua kerana kami mahu membina armada Dream Jet terbesar di dunia. Ia juga akan diuruskan oleh Deer Jet, syarikat jet peribadi terunggul di Asia. Saya percaya ini akan memberikan kualiti tertinggi dalam perkhidmatan pelancongan perniagaan premium kepada pelanggan mewah kami dari seluruh dunia."  

Semasa ucapannya dalam sidang akhbar itu, En. Kevin McAllister, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Boeing Commercial Airplanes menambah, "Deer Jet menetapkan piawai bagi perjalanan sewaan peribadi, dan Boeing teruja menjadi sebahagian daripadanya bersama dengan 787, jet perniagaan dengan teknologi termaju dan kecekapan ekologi di pasaran. "

Pada bulan September 2016, Deer Jet mengambil alih operasi 787 Dream Jet pertama di dunia, dan membuat penerbangan sulungnya ke Hong Kong. Kini, selepas pengumuman 787 BBJ VVIP kedua di dunia, pesawat itu dijangka akan siap pada separuh pertama 2018, Deer Jet akan menjadi satu-satunya pengendali jet dengan kapal terbang terbaik dalam armadanya untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pasaran perjalanan perniagaan premium global. 

Dengan 787 Dream Jet sebagai platform perkhidmatan, Deer Jet membuat pilihan teliti juruterbang dan pramugara yang sangat berpengalaman dari Hainan Airlines yang mempunyai 5 bintang untuk membentuk "Dream Team" (Pasukan Impian) dan melatih mereka lagi dengan piawaian perkhidmatan hospitaliti 7 bintang untuk memastikan pemberian pengalaman perjalanan yang terbaik dalam kelasnya bagi setiap penumpang di atas kapal. 787 Dream Jet mampu menerbangkan sehingga 30 penumpang dengan selesa tanpa henti selama 18.5 jam, lebih jauh dari Los Angeles ke Mumbai. Teknologi canggih kabin memberikan keselesaan sempurna di atas kapal dan menyingkirkan gangguan ritma harian (jetlag). Selaras dengan konsepnya iaitu "Menjadikan Perjalanan Suatu Kesenian", Deer Jet menyesuaikan gaya dan warna kabin dengan kemudahan yang dipilih sendiri dan koleksi tempahan khas daripada kristal berharga, kusyen, barang-barang perak, dan porselin.  

Deer Jet juga melancarkan pakej pelancongan sewaan khas eksklusif di atas 787 Dream Jet, bermula dengan "Perjalanan Impian Hong Kong ke Tahiti." Ia menyediakan pakej sewaan tujuh malam termasuk penginapan percuma di Suit Presiden, St. Regis Bora Bora Resort. Deer Jet merancang untuk menambah lebih banyak jadual perjalanan pada masa akan datang sebagai sebahagian daripada matlamat untuk mewujudkan perjalanan yang lancar untuk memenuhi visinya "Menjadikan Perjalanan Suatu Kesenian" melalui perkhidmatan yang terbaik dalam kelasnya yang diilhamkan oleh nilai-nilai Deer Jet iaitu keanggunan, prestasi dan kecemerlangan.

Dikendalikan dengan pendaftaran Guernsey

Dream Jet pertama Deer Jet ini dikendalikan oleh pejabat pendaftar pesawat Guernsey (2-DEER), di bawah AOC BAS Guernsey. Kebiasaannya pesawat ini berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong yang dikendalikan oleh subsidiari Deer Jet, Hong Kong Jet. Harga untuk menyewa 787 Dream Jet ialah RMB 500,000 sejam (kira-kira US$ 70,815).

Latar Belakang Deer Jet

Dengan kepakaran selama 22 tahun, Deer Jet bermula sebagai syarikat jet peribadi pertama di China dan telah berkembang dengan pesat menjadi kumpulan perniagaan penerbangan yang terbesar di Asia. Deer Jet mempunyai warisan dalam memberikan perkhidmatan tempahan khas untuk pemimpin global, raja-raja dan usahawan, yang memberikan syarikat ini reputasi yang sukar ditandingi. Syarikat ini beroperasi sebagai subsidiari milik penuh HNA Group, syarikat Global Fortune 500 dan salah satu jenama yang paling dikenali dan bertanggungjawab sosial di China. Syarikat ini menguruskan dan mengendalikan armada 90 pesawat yang mengagumkan termasuklah satu-satunya 787 Dream Jet di dunia dengan 787 Dream Jet kedua yang akan menyusul.

Pada suku keempat 2016 Deer Jet menjadi pemegang saham terbesar UAS International Trip Support (UAS), pembekal penyelesaian sokongan penerbangan terkemuka di dunia. Selama dua tahun berturut-turut, Deer Jet telah mendapat gelaran "Sewaan Jet Peribadi Terkemuka Dunia" oleh Anugerah Pelancongan Dunia (WTA), dan pada bulan Februari 2017 syarikat ini memenangi anugerah berprestij "Syarikat Jet Peribadi Terbaik Dunia" daripada Forum Pelancongan Dunia.

Source: Deer Jet
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Transportation Travel Joint ventures New products/services