omniture

Stefanie Graf Kekal Duta Kejohanan WTA Elite Trophy Zhuhai 2017

Huafa Group
2017-05-19 12:10 895

ZHUHAI, China, 19 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Stefanie Graf, bekas No.1 Dunia WTA dan juara Grand Slam sebanyak 22 kali akan terus menjadi Duta Kejohanan bagi WTA Elite Trophy Zhuhai 2017, membantu mempromosikan edisi ketiga acara tenis wanita elit akhir tahun ini, yang dianjurkan oleh Huafa Group dan akan diadakan di Pusat Tenis Hengqin Zhuhai antara 31 Oktober dan 5 November 2017.

Stefanie Graf
Stefanie Graf

"Saya teruja untuk kembali ke WTA Elite Trophy sebagai duta kejohanan sekali lagi bagi tahun 2017," kata Stefanie Graf. "Tahun lalu merupakan lawatan pertama saya ke China dan bandar Zhuhai yang indah. Ia merupakan pengalaman yang luar biasa bertemu dengan semua peminat Cina, bermain tenis di jambatan baharu dan menonton pertandingan akhir." 

Graf dianggap sebagai salah seorang pemain tenis terhebat sepanjang zaman. Sepanjang kerjayanya, beliau memenangi 107 kejuaraan perseorangan WTA, termasuk 22 kejuaraan perseorangan Grand Slam. Beliau merupakan pemain No.1 di WTA dengan rekod 377 minggu -- jumlah tertinggi bagi mana-mana pemain sejak WTA (dan ATP) mula mengeluarkan ranking. Pada tahun 1988, beliau menjadi pemain pertama untuk mencapai Golden Slam dengan memenangi kesemua empat kejuaraan perseorangan Grand Slam dan pingat emas Olimpik dalam tahun kalendar yang sama.

Lagenda tenis ini datang ke China buat pertama kalinya pada November tahun lalu sebagai duta WTA Elite Trophy Zhuhai, membuat kemunculan pertamanya di hadapan peminat tenis Cina. Beliau telah menghadiri siri aktiviti untuk membantu mempromosikan tenis di China, termasuklah lawatan ke Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau bagi kempen yang menarik perhatian banyak media dan peminat dari seluruh dunia.

"Ia satu penghormatan besar bagi WTA Elite Trophy untuk mengalu-alukan Stefanie kembali ke Zhuhai sebagai Duta kami," kata José Miguel Garcia, Pengarah Kejohanan.

Dibawakan oleh Huafa Sports, sebuah anak syarikat Huafa Group yang terkenal, WTA Elite Trophy telah ditubuhkan pada tahun 2015 dengan kerjasama APG, suatu acara rekaan khas yang dicipta oleh WTA bagi bandar pantai bersebelahan dengan Macau dan Hong Kong. Dengan jumlah hadiah wang tunai $USD 2.28 juta dan 700 mata ranking untuk juara perseorangan, kejohanan ini menampilkan pemain kedudukan 20 tertinggi dalam pertandingan perseorangan dan beregu mengikut format tanding padan gilir. Bekas pemenang Grand Slam Perseorangan, Venus Williams dan Petra Kvitova memenangi kejohanan masing-masing pada tahun 2015 dan 2016.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170517/1854180-1

Source: Huafa Group
Keywords: Sporting Events Sports