SHANGHAI, 19 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Industri Kesihatan (tHIS) 2017 yang dihoskan oleh China dan dianjurkan oleh Reed Sinopharm, membuka tirainya di Shanghai, bertempat di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan pada 15 Mei bersama ratusan ribu ahli profesional dalam bidang penjagaan kesihatan dari lebih 150 negara dan wilayah yang turut hadir.
Kini, dalam edisi ketiganya, tHIS bertapak kukuh sebagai acara industri kesihatan terbesar dunia dengan ruang pameran berkeluasan lebih 350,000 meter persegi dan 160 acara individu serta persidangan. Acara ini diadakan pada masa yang penting sewaktu China memacu inisiatif "Rancangan China Sihat 2030" ke hadapan bagi merealisasikan, antara matlamat lainnya, sasaran pertumbuhan industri sebanyak RMB 16 trilion (USD 2.3 trilion) menjelang tahun 2030 dan peningkatan purata jangka hayat penduduk sebanyak 3 tahun kepada 79 tahun.
Acara-acara penting di tHIS 2017 termasuk tiga pameran peralatan perubatan dan farmaseutikal terbaik China (CMEF, PHARMCHINA dan API China) serta forum pelaburan penjagaan kesihatan utama - Healthcare China 2017. Forum pelaburan tahun ini dianjurkan bersama Reed Sinopharm, JP Morgan Asset management, CICC dan Sinopharm Capital serta dihadiri oleh lebih 1000 Ketua Pegawai Eksekutif, pelabur dan juga institusi.
Pameran ini membawakan seluruh rantaian nilai industri dan mempamerkan puluhan ribu teknologi dan produk terkini. Teknologi-teknologi baru muncul seperti VR, AR, aksesori boleh pakai dan AI tampil begitu hebat di kawasan pameran, berserta forum-forum utama. Sepanjang tHIS 2017, Sidang Kemuncak Inovasi dan Pembangunan Robot Perubatan Dunia turut diadakan bagi memperlihatkan trend robotik dan aplikasi AI yang semakin berkembang.
Lebih 7000 syarikat yang mempamer dari 30 negara berada di acara ini termasuk syarikat gergasi peralatan perubatan seperti GE, United Imaging, Siemens, Philips dan Mindray serta syarikat-syarikat farmaseutikal utama di China termasuk Sinopharm, Shanghai Pharma dan CR Pharmaceuticals. Kebanyakan syarikat paling inovatif dalam bidang perubatan memilih CMEF sebagai platform pelancaran produk baharu mereka di peringkat Global atau Asia Pasifik dan lebih 600 pelancaran produk baharu berlangsung sepanjang 4 hari acara ini.
Sidang Kemuncak Industri Kesihatan dianjurkan oleh Reed Sinopharm, satu usaha sama antara penganjur acara terkemuka dunia Reed Exhibitions dan syarikat perubatan & farmaseutikal milik kerajaan negeri yang terkemuka di China, Sinopharm, yang mengungguli kedudukan ke-205 dalam senarai Fortune 500. Sidang kemuncak edisi seterusnya bakal diadakan pada April 2018 di Shanghai.