BANGKOK, 22 Mei 2017 /PRNewswire/ -- ProPak Asia 2017 meraikan 25 tahun kejayaan ProPak Asia dalam menganjurkan pameran perdagangan bagi industri ini, dengan peningkatan yang tinggi sebanyak 25% dari segi saiz pameran.
Pertumbuhan besar ProPak Asia tahun ini datangnya daripada permintaan yang semakin meningkat dalam semua sektor. Pempamer dan pavilion antarabangsa telah berkembang dengan ketara, dan ramai pempamer baharu juga turut serta, memperkenalkan inovasi terkini dari seluruh dunia.
ProPak Asia, merupakan acara industri yang terbesar, antarabangsa dan terpenting di Asia. Kini meliputi lebih 55,000 meter persegi ruang pameran di kemudahan baru BITEC. Edisi ke-25 ini akan menampilkan lebih 2,000 pempamer dari 45 negara/rantau, 18 pavilion antarabangsa dari Australia, tanah besar China (x2), Denmark, Perancis, Jerman, Itali (x3), Jepun, Korea (x2), Singapura, Sepanyol, Taiwan (x2), UK dan AS, dan lebih 45,000 pelawat perdagangan dijangka hadir.
Industri pembungkusan ialah salah satu industri yang paling inovatif di dunia kerana pembungkusan produk boleh membezakannya dengan pesaingnya, dan syarikat-syarikat mencari kelebihan yang berdaya saing. ProPak Asia merupakan tempat inovasi di Asia, menghubungkan industri dan menyediakan penyelesaian.
ProPak Asia akan menampilkan trend hebat terkini: Kemudahan, Pembungkusan Mampan, Pengiktirafan Jenama dan Pembinaan Kepercayaan, Kefleksibelan, dan Pendigitalan, tatkala industri bertukar daripada analog kepada digital dan melalui teknologi dan pautan perisian keseluruhan proses pengeluaran daripada butiran sehinggalah produk siap.
ProPak Asia akan mempamerkan pelan lantai baharu yang memberikan tumpuan kepada 9 Zon Industri termasuk: ProcessingTechAsia, PackagingTechAsia, DrinkTechAsia, PharmaTechAsia, Lab&TestAsia, MaterialsAsia, Coding,Marking&LabellingAsia, Coldchain,Logisitics&WarehousingAsia dan PrinTech Asia, membolehkan pembeli dan penjual untuk membangunkan perniagaan yang hebat bersama-sama.
Selain pameran yang besar, ProPak Asia juga akan menampilkan persidangan dan acara industri terkemuka termasuk: Persidangan Inovasi Makanan Asia 2017, Pertandingan Inovasi Makanan 2017, Persidangan Minuman Asia 2017, Seminar Persatuan Industri Minuman Thai bersama Kementerian Kesihatan, Seminar PharmaTech 2017, Persidangan Pusat Pembungkusan Thai dan TISTR 2017, Seminar Promosi Jabatan Perindustrian 2017, Kuiz FoSTAT-Nestle Bowl, Persidangan Makanan Minumam Asia Thailand, Seminar Tumpuan Makanan Thailand 2017, Anugerah Pembungkusan Bintang Thai dan Bintang Asia 2016, seminar bengkel dan pembungkusan yang menumpukan kepada SME, dan banyak lagi.
ProPak Asia 2017, Acara Teknologi Pemprosesan dan Pembungkusan Antarabangsa ke-25 untuk Asia akan berlangsung dari 14-17 Jun 2017, di Dewan 98 hingga 105 di BITEC, Bangkok, Thailand. Waktu beroperasi bermula dari 10 pagi - 6 petang setiap hari.
Dianjurkan oleh UBM plc, UBM ialah penganjur penglibatan dalam Acara B2B semata-mata yang terbesar di dunia.
Layari www.propakasia.com Suka halaman Facebook kami www.facebook.com/ProPakAsia
Hubungi: UBM BES
Tel: +662-615-1255