omniture

G2A Perluas Tawaran dengan Pakej Permainan

G2A.com
2017-05-22 09:23 507

HONG KONG, 22 Mei 2017 /PRNewswire/ --

G2A.COM, pasaran digital yang mengkhusus dalam permainan video yang mempunyai banyak khidmat sokongan dalam ekosistemnya, membawakan produk baharu dalam tawarannya. G2A Deal ialah pakej beberapa permainan komputer peribadi (PC), dengan purata lima permainan buat masa ini, dijual bersama-sama dengan harga yang lebih rendah berbanding harga runcit permainan yang disertakan di dalam pakej tersebut.

Setiap Deal disediakan selama lebih kurang sebulan, membolehkan pelanggan menyelidik permainan dan memutuskan kaedah bayaran. Pelanggan boleh memutuskan untuk membeli pakej satu kali yang membenarkan akses kepada semua permainan yang disertakan. Tiada bayaran berulang dikenakan ataupun kos tersembunyi selain VAT dan bayaran pemprosesan dinyatakan pada halaman pembelian.

Selain itu, seseorang boleh memutuskan untuk melanggan perkhidmatan ini pada harga lebih rendah tetapi dengan bayaran berulang. Ketika perkhidmatan berkembang dan memperoleh momentum, langganan mula memasukkan faedah tambahan buat mereka yang mengambil bahagian. Walau bagaimanapun, rancangan yang spesifik masih belum lagi didedahkan.

Semua tawaran permainan disediakan dengan kerjasama erat bersama pembangun dan penerbit, dan kunci pengaktifan diperoleh terus daripada mereka. Edisi terdahulu termasuk bahagian francais DiRT, beberapa permainan yang diterbitkan secara bebas seperti SUPERHOT dan permainan pengembaraan klasik Syberia 1 dan 2. Kandungan setiap edisi sentiasa didedahkan terlebih dahulu sebelum dilancarkan pada laman sesawang berita permainan syarikat, G2A News.

Hubungi: pr@g2a.com

Sumber: G2A.com

Source: G2A.com
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Internet Technology New products/services