HANGZHOU, China, 22 Mei 2017 /PRNewswire/ -- °CEO Hangzhou MICE Fam Trip pertama dianjurkan dengan jayanya oleh Business Events Hangzhou pada 24 hingga 26 April 2017. Dua belas orang ketua syarikat, para penganjur persidangan terkemuka dan golongan profesional media yang diundang untuk menghadiri acara ini, dibawa menjelajah menelusuri laluan yang memperlihatkan sejauh mana rasanya menganjurkan °CEO Hangzhou MICE Fam Trip.
°CEO Hangzhou MICE Fam Trip tunjukkan kepada hadiri bagaimana mereka dapat menyesuaikan dan memperibadikan sepenuhnya acara yang mereka rancang di Hangzhou
Hentian sepanjang laluan semasa °CEO Hangzhou MICE Fam Trip melibatkan hotel-hotel mewah, restoran-restoran premium, tempat-tempat luar biasa dan program-program pengalaman budaya, yang membolehkan tetamu undangan memahami bagaimana keadaan yang sebenar berhubung segala yang dapat ditawarkan oleh Hangzhou dari segi destinasi persidangan antarabangsa.
Sebagai tema tahunan industri MICE Hangzhou, konsep °C (suhu) menggambarkan semua unsur yang menjadi komponen dalam industri tersebut, termasuk unsur yang boleh dilihat dan nyata, serta yang sebaliknya. Pertama dan terpenting sekali, ia menunjukkan °C (suhu) bandar ini: keunikan Hangzhou ialah tarikan mantap terhadap landskapnya yang unik digabungkan dengan adat tempatan yang bercirikan rantau ini. Kesemua ciri ini digabungkan bagi mewujudkan persekitaran yang elegen, namun mesra dan selesa untuk ahli perniagaan sejurus mereka selesai bermesyuarat pada hari tersebut atau untuk pengembara yang ingin mengambil kesempatan daripada lawatan insentif yang mereka peroleh. Kedua, °C (suhu) industri: kualiti pengamal keseluruhan dalam sektor MICE bandar ini telah bertambah baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan berperanan sebagai bulatan maya. Ketiga dan yang terakhir, °C (suhu) perkhidmatan: penyedia perkhidmatan dalam seluruh rantaian industri MICE komited dalam menyediakan perkhidmatan yang diperibadikan dan berfokus pelanggan.
Industri MICE Hangzhou berkembang menjelang Sidang Kemuncak G20, acara penting yang terus memberi impak
Sejak Sidang Kemuncak G20, kesedaran terhadap Hangzhou di seluruh dunia meningkat dengan ketara, dengan sektor MICE mengalami peningkatan pertumbuhan yang luar biasa. Pembangunan pesat sektor ini memberi kesan positif terhadap ekonomi bandar dan menonjolkan semangat daya saing bandar, yang seterusnya akan terus memacu pembangunan ekonomi Hangzhou dan mempercepatkan kadar kemajuan yang membolehkan Hangzhou menjadi destinasi gerbang antarabangsa.
Menurut pengarah Business Events Hangzhou, bandar ini dijadual untuk menganjurkan persidangan antarabangsa utama dan acara-acara sukan, antaranya, Majlis Sedunia United Cities and Local Governments (UCLG) 2017 dan Sukan Asia ke-19. Sepanjang tempoh penting ini iaitu antara Sidang Kemuncak G20 dan Sukan Asia 2022, industri MICE Hangzhou merancang untuk memanfaatkan setiap peluang untuk terus mengubah Hangzhou menjadi bandar gerbang antarabangsa selain salah satu destinasi MICE yang terkenal di dunia.
Foto - http://mma.prnewswire.com/media/507334/Hangzhou_MICE.jpg