omniture

PBB, CAS dan Institusi-institusi lain Seluruh Dunia bakal Berhimpun Bersama-sama di Huizhou Saksikan Majlis Pecah Tanah "Silicon Valley" Guangdong

Country Garden Holdings
2017-05-22 23:30 619

HUIZHOU, China, 22 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Pada 17 Mei 2017, majlis pecah tanah Country Garden Innovative Town, projek demonstrasi bandar Sains Teknologi yang julung kali dimulakan di wilayah Guangdong diadakan di bandar Tonghu, bandar raya Huizhou. Hampir 80 syarikat perusahaan dan institusi akan menandatangani dan memasuki bandar inovatif ini. Hampir 500 orang termasuk pakar dan cendekiawan daripada Pertubuhan Pembangunan Industri Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIDO), Akademi Sains Cina (CAS), Akademi Kejuruteraan Cina (CAE), Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat Republik Rakyat China (MIIT), Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan (NDRC), dan lain-lain, yang bertanggungjawab khususnya terhadap Jabatan Sains dan Teknologi Wilayah Guangdong dan kerajaan perbandaran Huizhou, berserta para delegasi dari syarikat-syarikat perusahaan seperti iSoftStone, China Renaissance Holdings, Sinovation Ventures dan lain-lain akan berhimpun bersama-sama di Huizhou, bagi meninjau peluang pembangunan dipacu inovasi. Pengerusi Yeung Kwok Keung, Ketua Pegawai Eksekutif Mo Bin dan para pemimpin lain dari Country Garden Group turut menghadiri majlis ini.    

Majlis Pecah Tanah Country Garden Innovative Town dan Persidangan Penandatanganan Industri Inovatif
Majlis Pecah Tanah Country Garden Innovative Town dan Persidangan Penandatanganan Industri Inovatif

Pada bulan Ogos tahun lalu, Country Garden mengumumkan strategi Integrasi Bandar-Industri dan turut melaksanakan rancangan Bandar Sains Teknologi. Kini, syarikat telah mendapatkan susun atur awal bagi beberapa projek bandar Sains Teknologi di Delta Sungai Mutiara, Delta Sungai Yangtze, rantau Beijing-Tianjin-Hebei dan kawasan-kawasan lain, yang memberi keutamaan terhadap pembangunan industri, mengumpul kekuatan demi "Buatan China 2025" dan mewujudkan platform untuk 2 inovasi dan keusahawanan.

Projek pertama Country Garden Innovative Town terletak di zon eko-pintar di bandar Tonghu, bandar raya Huizhou, yang dijangka menjadi tempat perhimpunan bertaraf dunia pertama untuk industri-industri inovatif sekitar Chenzhen bagi mencapai integrasi dari segi fungsi, pengangkutan, kemudahan sokongan dan juga perkhidmatan. Country Garden Innovative Town akan bergantung pada kelebihan serantau yang sangat baik demi memberi peluang terhadap pembangunan ekonomi di Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macau dan melaksanakan pemindahan strategik untuk industri-industri baru muncul di kawasan teluk besar, dan dengan demikian menjadi model bagi menggalakkan pembangunan Kawasan Teluk Besar dan pusat pertumbuhan baharu bagi pembangunan ekonomi yang pesat di Delta Sungai Mutiara. Selain itu, Country Garden Innovative Town akan memanfaatkan kelebihan utama daripada rakan-rakan industri dalam sektor Internet Mudah Alih, Data Besar dan Bandar Pintar bagi membentuk industri-industri dominan bersama Internet Komunikasi Benda, Internet Mudah Alih dan Data Besar sebagai terasnya dan untuk mewujudkan platform pembangunan yang disokong oleh kawalan pintar, pengeluaran pintar dan juga perkhidmatan Sains Teknologi. 

Country Garden Innovative Town
Country Garden Innovative Town

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170522/1855324-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170522/1855324-1-b

Source: Country Garden Holdings
Keywords: Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Corporate Expansion