omniture

Center for Creative Leadership Ungguli Kedudukan 5 Terbaik Empat Tahun Berturut-turut oleh Financial Times

The Center for Creative Leadership (CCL®)
2017-05-22 23:49 365

SINGAPURA, 22 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Selama empat tahun berturut-turut, Center for Creative Leadership (CCL®) mengungguli tempat ke-4 keseluruhan dalam tinjauan pendidikan eksekutif sedunia oleh Financial Times yang disiarkan minggu lalu, menjadikannya tahun ke-16 berturut-turut CCL tersenarai dalam kategori 10 terbaik.

Kedudukan tahunan itu memberi penarafan kepada institusi dalam 10 subkategori, dan CCL menerima pengiktirafan hasil kecemerlangan dalam kategori berikut:

  • Matlamat yang Dicapai
  • Reka Bentuk Kursus
  • Kemudahan
  • Fakulti
  • Susulan
  • Makanan & Penginapan
  • Kegunaan Masa Depan
  • Persiapan
  • Kaedah & Bahan Pengajaran

CCL ialah satu-satunya institusi – daripada lebih 85 institusi dalam senarai kedudukan tersebut – yang memberi tumpuan eksklusif terhadap pembangunan kepimpinan. Penarafan ini adalah berdasarkan maklum balas langsung daripada pelanggan organisasi dan individu yang menilai penyedia pendidikan eksekutif terkemuka, termasuk Harvard, Wharton, IMD dan Insead, dari segi kualiti dan impak.

"Penarafan ini sekali lagi mengesahkan CCL sentiasa mencipta hasil bagi pelanggan individu dan organisasi yang menerima perkhidmatan kami," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CCL John R. Ryan. "Kami berasa amat berbesar hati kerana diiktiraf dalam kalangan begitu banyak institusi hebat dan untuk bekerjasama saban hari dengan pelanggan yang komited terhadap kepimpinan bertaraf dunia."

Daripada Singapore Institute of Technology (SIT), "Sebagai sebuah universiti baharu, pembangunan kepimpinan adalah penting buat kami. Ia merupakan asas terhadap usaha pengurusan bakat kami dan perancangan penggantian bagi menyediakan rancangan untuk pemimpin masa kini dan masa depan demi menjamin kemampanan SIT dalam tempoh jangka panjang. Gabungan unik instrumen penilaian CCL, maklum balas dan kaedah pembelajaran berasaskan pengalaman membolehkan pemimpin kami mendapatkan pandangan berharga tentang keberkesanan kepimpinan mereka. Melalui program-program ini, para pemimpin SIT berpeluang menjalin hubungan dengan pemimpin dari pelbagai negara dan mengekalkan tahap perkembangan mereka melalui sokongan rakan sejawat dan kejurulatihan susulan."

Dr. Roland Smith, Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan, Asia Pasifik, CCL menambah, "Kami amat berbesar hati dapat ditempatkan dalam kalangan penyedia terbaik dalam bidang yang sangat kompetitif ini, dan kejayaan berterusan CCL memperlihatkan hasil yang kami berikan untuk banyak pelanggan individu dan organisasi di Asia Pasifik serta seluruh dunia." Beliau menyambung, "Dalam usaha kami meneruskan keyakinan kami terhadap pembelajaran sepanjang hayat dalam suasana yang tidak menentu ini, kami berhasrat untuk terus membawakan ilmu pengetahuan penyelidikan dan penyelesaian inovatif kami agar sentiasa dapat membentuk perjalanan kepimpinan di serata dunia."

Latar Belakang CCL

Center for Creative Leadership (CCL®) merupakan penyedia pembangunan kepimpinan global yang berada di kedudukan teratas. Dengan memanfaatkan kuasa kepimpinan untuk memacu keputusan yang paling penting untuk pelanggan, CCL mengubah pemimpin individu, pasukan, organisasi dan masyarakat. Penyelesaian canggih kami yang pelbagai disokong kuat oleh kajian menyeluruh dan pengalaman yang diperoleh hasil daripada perkongsian dengan ratusan ribu pemimpin dari semua peringkat. Dinobatkan sebagai antara 5 penyedia Terbaik dunia bagi pendidikan eksekutif oleh Financial Times dan berada dalam kedudukan 10 Teratas oleh Bloomberg BusinessWeek dan Financial Times, CCL mempunyai pejabat-pejabat di Greensboro, NC; Colorado Springs, CO; San Diego, CA; Brussels, Belgium; Moscow, Rusia; Addis Ababa, Etiopia; Johannesburg, Afrika Selatan; Singapura; New Delhi-NCR, India; dan Shanghai, China.

MAKLUMAT PERHUBUNGAN MEDIA: Samson Lam, +65-6361-0250, CCLsg@hoffman.com

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170522/1856429-1LOGO

Source: The Center for Creative Leadership (CCL®)
Keywords: Education Higher Education Publishing/Information Service Workforce Management/Human Resources Awards