SCHLINS, Austria, 23 Mei 2017 /PRNewswire/ --
Mantan Ketua Pegawai Eksekutif OMV Dr Wolfgang Ruttenstorfer ambil alih sebagai Pengerusi
Hari ini Erne Fittings GmbH lantik Dr Wolfgang Ruttenstorfer sebagai ahli dan pengerusi Lembaga Penyeliaan. Mantan Pengerusi Stephan Zöchling ambil alih sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Penyeliaan. Sejak 2013, ERNE group jalani proses penyusunan semula, yang bukan disebabkan aktiviti pelaburan yang lemah dalam industri minyak dan gas.
Dr Wolfgang Ruttenstorfer telah menjadi ahli lembaga di OMV AG sejak tahun 1992 dan telah bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di OMV AG dari 2002 sehingga 2011. Selama 10 tahun sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, beliau bertanggungjawab dalam orientasi semula dan kedudukan antarabangsa syarikat.
Stephan Zöchling, yang sejak 2016 telah menjadi pemilik ERNE group bersama-sama dengan Hans Peter Haselsteiner menyatakan: "Kami gembira kerana telah berjaya memujuk Dr Ruttenstorfer menjadi Pengerusi Lembaga Penyeliaan di ERNE Fittings GmbH. Pengalaman beliau selama bertahun-tahun dalam sektor ini, rangkaian antarabangsa beliau serta tahap kepakarannya yang tinggi dalam industri minyak dan gas menjadi penambahan yang berharga bagi ERNE Fittings GmbH. Saya pasti bahawa Dr Ruttenstorfer akan bekerjasama ke arah tugasan strategik dan melaksanakan orientasi semula Erne group dan akan membantu pengurusan dengan pengalamannya."
Lembaga Penyeliaan kekal dengan peguam Professor Dr Franz Pegger dan pakar penyusunan semula Dr Bernhard Baumgartner.
Lembaga Penyeliaan dan lembaga pengurusan yang baharu ditubuhkan dengan Thomas Smetana (Ketua Pegawai Eksekutif), Christoph Geiger (Ketua Pegawai Operasi) dan Andreas Roesslhuber (Ketua Pegawai Kewangan) akan meneraju Erne group ke masa hadapan.
Lebih lanjut tentang ERNE group: http://www.ernefittings.com
Agensi Hubungan
LOEBELL NORDBERG
Mag. Grazia Nordberg
Telefon: +43-1-890-44-06-12
gn@loebellnorberg.com
http://www.loebellnordberg.com