ZUG, Switzerland, 23 Mei 2017 /PRNewswire/ --
Lexinta mengumumkan pengenalan program visa terpilih Eropah ke dalam rangkaian produk pejabat pelbagai keluarganya di Asia. Program visa ini menumpu pada negara-negara yang diyakini oleh syarikat dapat menyediakan pelanggan mereka dengan syarat-syarat visa yang paling baik dan layak menerima peluang pelaburan hartanah. Ini dapat dilakukan hasil komitmen Lexinta terhadap usaha penyelidikan berterusan dan jaringan rakan kongsi profesional yang dipilih secara teliti untuk bekerjasama dalam sebarang bidang kuasa yang tertakluk.
Program visa terpilih Eropah Lexinta dapat memberikan status penduduk tetap atau kewarganegaraan untuk pelanggan-pelanggan yang mempunyai nilai bersih tinggi yang membuat pelaburan dalam aset yang layak, seperti hartanah, dalam bidang kuasa yang mengeluarkan visa tersebut. Program visa ini amat popular dari segi cukai dan perancangan harta, dan tidak ketinggalan juga, kebebasan bergerak yang boleh ditawarkan untuk keluarga yang layak.
Bismark Badilla, Presiden Lexinta, mengulas, "Kami terus memperlihatkan komitmen kami kepada pelanggan Asia kami, menerusi pengenalan program visa terpilih Eropah Lexinta dalam rangkaian produk pejabat pelbagai keluarga kami dan berharap dapat berkhidmat kepada mereka untuk beberapa generasi akan datang."
Latar Belakang Lexinta
Lexinta ialah kumpulan pengurusan aset global bebas milik persendirian. Lexinta juga merupakan tanda dagangan berdaftar Lexinta AG, sebuah syarikat awam berhad yang diperbadankan di Zug, Switzerland, dengan nombor pendaftaran komersial CH-170.3.035.396-3. Lexinta AG dilesenkan sebagai syarikat pengurusan aset dan perantara kewangan di bawah undang-undang Switzerland. Lexinta AG juga ialah ahli Pertubuhan Swaatur (SRO) PolyReg (http://www.polyreg.ch) dan PolyAsset (http://www.polyasset.ch) yang diperakui oleh Badan Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland (FINMA).
Untuk maklumat lanjut tentang Lexinta sila layari: www.lexinta.com
Maklumat Perhubungan Media:
Nadia Hunziker
Lexinta AG Cawangan Zurich
+41-41-544-83-89
public-relations@lexinta.com
Sumber: Lexinta AG