omniture

Pameran Alat Muzik Asia Pasifik terbesar membawa kepada kemakmuran perniagaan masa depan anda

Shanghai Intex Exhibition Co Ltd.
2017-05-23 10:00 746

SHANGHAI, 23 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Music China, salah satu pameran alat muzik paling dihormati di dunia, bakal diadakan mulai 11-14 Oktober 2017 di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, peningkatan ketara dapat dilihat dalam pengeluaran dan penggunaan alat muzik Cina, yang kini mempunyai hampir 30% bahagian pasaran global. Selaku pusat ekonomi China, Shanghai merebut peluang daripada industri alat muzik yang kian meningkat ini.

Dilancarkan pada tahun 2002, Music China kini merupakan pameran muzik terbesar di Asia dan laluan terbaik terhadap pelbagai peluang perniagaan dalam pasaran China dan Asia. Ia beransur-ansur meraih reputasi sebagai platform perniagaan, pendidikan dan pemasaran premium untuk sektor alat muzik, kebudayaan dan hiburan, yang membantu anda mencapai kemakmuran dalam perniagaan dan menggalakkan pertukaran maklumat berharga di peringkat antarabangsa.

Bagi memenuhi pertumbuhan perniagaan yang tinggi, Music China 2017 bakal diadakan di 11 dewan dan dijangka akan menarik 2,000 pempamer tempatan dan luar negara dari 30 negara dan rantau. Pelbagai alat muzik barat dan Cina akan dipamerkan dalam ruang pameran berkeluasan 125,000 m2. Jenama-jenama terkenal di peringkat antarabangsa dan produk-produk tempatan yang berkualiti tinggi dan berharga kompetitif akan disediakan di tapak pameran.

Jenama-jenama mantap yang terkenal seperti Marshall, ESP, Bluethner, Buffet, D'Addario, Fazioli, Fender, GEWA, Laney, Line 6, Ludwig, Orange, Roland, Selmer, Samick, Schimmel, Steinway, Tama, Taylor, Yamaha, Zildjian, Pearl River, Hsinghai, KAPOK, Jinyin, Fengling, dan Shanghai No.1 National Musical Instruments Factory, telah mengesahkan kehadiran mereka di Music China 2017.

Dikenali sebagai platform komunikasi yang hebat untuk perdagangan, Music China turut memainkan peranan penting dalam pembangunan budaya dan pendidikan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Tahun ini, pelbagai seminar dan aktiviti disediakan untuk memastikan pengunjung kekal seiring dengan tahap kemajuan industri, termasuk Forum Muzik Tradisional Cina Global, Program Pendidikan, Bengkel Kemahiran Violin, Taman Muzik Kanak-kanak dan seminar tentang Inovasi Berteknologi untuk Industri, kursus latihan tentang alat tiup kayu woodwind dan bras serta ratusan persembahan muzik tempat terbuka secara langsung. Kami berbesar hati kerana berpeluang untuk menyediakan pembeli profesional dan peminat muzik dengan pengalaman berinspirasi dan platform terbaik merangkumi seluruh aspek untuk perniagaan.

Untuk butiran lanjut, sila layari laman sesawang kami www.musicchina-expo.com. Pendaftaran kini dibuka secara dalam talian bagi kemasukan percuma. Kami berharap dapat bertemu anda di Shanghai.

Hubungi:

Puan Arlene Zhu          
+86-21-6295-5609
zhuliwen@shanghai-intex.com

Source: Shanghai Intex Exhibition Co Ltd.
Keywords: Banking/Financial Service Entertainment Music Trade show news