omniture

Sewaktu Jaringan Penyelidikan dan Pembangunan Global Berkembang, Penghantaran Telefon Pintar Vivo Kekal Antara 5 Teratas Menurut Laporan IDC

Vivo
2017-05-25 00:25 808

SHENZHEN, China, 25 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Pengeluar telefon pintar terkemuka, Vivo diiktiraf mempunyai jumlah penghantaran kelima tertinggi dalam kalangan pengeluar telefon pintar global menurut laporan IDC Suku Pertama 2017. Pengiktirafan ini diperoleh sewaktu Vivo berusaha memperluas keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) globalnya, dengan tumpuan terhadap teknologi 5G dan menyepadukannya ke dalam telefon pintar canggih milik syarikat.

Laporan penuh IDC boleh dilihat di sini: http://www.idc.com/getdoc.jsp?containerId=prUS42507917

"Kami berasa amat berbesar hati kerana kerja keras dan dedikasi pasukan kami diiktiraf oleh IDC dalam tinjauan industri terkini mereka," kata Alex Feng, Naib Presiden Kanan, Vivo. "Lebih 100 juta pengguna akhir di serata dunia memilih telefon pintar kami, dan kami menjangkakan bilangan ini akan meningkat ketika kami memperkenalkan teknologi-teknologi baharu dan ciri-ciri serasi-5G dalam model-model telefon pintar akan datang."

Bagi mendorong kejayaan masa depan yang akan membawakan prestasi telefon pintar mereka dan pengalaman pengguna ke tahap seterusnya, Vivo menubuhkan tujuh pusat R&D di seluruh dunia, termasuk dua di Silicon Valley dan San Diego, serta lima di Shenzhen, Dongguan, Nanjing, Hangzhou dan Beijing, China, yang mana ia akan terus membangunkan teknologi telefon pintar dalaman termasuk 5G, kamera mudah alih dan teknologi muzik Hi-Fi yang menarik minat pelanggannya.

"Penubuhan jaringan pusat penyelidikan kami ialah bukti tumpuan kami dalam usaha menjadi penginovasi teknologi telefon pintar bersepadu yang bersungguh-sungguh memenuhi keperluan pelanggan," sambung Feng.

Institut Penyelidikan 5G Mempersiapkan Syarikat mendepani Era 5G

Di pusat R&D Beijing Vivo, syarikat terlibat dalam usaha penyelidikan teknologi-teknologi 5G baharu. Para jurutera memanfaatkan pengetahuan mereka untuk lebih 100 juta pengalaman pengguna telefon pintar dunia Vivo bagi membangunkan teknologi 5G yang menawarkan peningkatan pengalaman pengguna.

Beberapa hasil kerja kumpulan ini dibentangkan di Sidang Kemuncak Inisiatif TD-LTE Global (GTI) 2017 pada 23 Februari di Barcelona. Syarikat turut memperkenalkan kejayaan teknologi peralatan pengguna berkuasa tinggi.

Berbicara tentang masa depan telefon pintar, Qin Fei, Pengarah insitut penyelidikan 5G Vivo berkata, "Vivo percaya sewaktu keupayaan pengkomputeran telefon pintar meningkat, peranti ini akan mempunyai kemampuan terhadap ciri pembelajaran mendalam. Telefon pintar masa depan akan mempunyai keupayaan komunikasi yang dipertingkat, dan akan berpeluang bekerjasama dengan pusat-pusat pengkomputeran pintar dalam rangkaian 5G demi menyediakan perkhidmatan pintar kepada pengguna. Interaksi telefon pintar dan pusat pengkomputeran awan akan memerlukan prestasi lebih tinggi, kelajuan lebih tinggi dan kos lebih rendah daripada rangkaian radio 5G."

Perkembangan Fotografi Termaju Naik Taraf Pengalaman Pengguna

Pusat R&D Hangzhou milik syarikat bertanggungjawab terhadap kajian teknologi fotografi, manakala institusi-institusi di Silicon Valley dan San Diego memberi tumpuan terhadap teknologi-teknologi teras yang menyokong perkembangan teknologi fotografi algoritma asas Vivo.

3GPP merancang untuk memuktamadkan keluaran pertama standard 5G pada tahun 2018, dan 5G dijangka akan dikomersialkan menjelang tahun 2020. "Telefon pintar 5G akan disepadukan dengan teknologi-teknologi kepintaran buatan, menjadikannya lebih pintar berbanding otak manusia. Telefon pintar 5G Vivo akan menjadi pendamping tetap pengguna, mempelajari rutin harian dan tabiat pengguna, dan menjadi pembantu peribadi utama yang memberikan pengalaman pengguna yang cemerlang," kata Qin.

Untuk melihat senarai produk terkini Vivo, layari: http://www.vivoglobal.com/product.html

Latar Belakang Vivo

Sebuah jenama telefon pintar global berjiwa muda yang memberi tumpuan untuk menyediakan kualiti bunyi yang sempurna dan fotografi terbaik berserta teknologi canggih kepada pengguna, Vivo menghasilkan produk yang dinamik serta bergaya untuk golongan muda yang bersemangat. Syarikat ini tersenarai antara 5 jenama telefon pintar terbaik di seluruh dunia, menurut laporan IDC Suku Pertama 2017.

Source: Vivo
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment Survey, Polls & Research