omniture

Laman Sesawang Berita Permainan Digital Kini Tambahan Baharu dalam Portfolio G2A

G2A.com
2017-05-31 03:35 786

HONG KONG, 31 Mei 2017 /PRNewswire/ --

G2A News ialah laman sesawang yang semakin meningkat maju khusus untuk menyediakan pengunjung dengan berita terkini tentang industri permainan digital. Selaku bahagian wartawan untuk pasaran digital G2A.COM, terdapat beberapa kategori kandungan yang tersedia melalui laman sesawang yang semakin berkembang ini.

generated by system

Portal berita permainan digital ini mempunyai himpunan yang semakin bertambah melibatkan lebih ribuan berita yang berkaitan dengan industri permainan digital. Berita-berita bertarikh seawal bulan Oktober 2016 dan arkib berita ini terus berkembang setiap hari. Kategori berita ini juga mengandungi maklumat tentang pengumuman dan pelancaran permainan digital baharu, acara-acara popular masa kini dan banyak lagi aspek lain dalam industri permainan digital.

Kategori Ulasan mengandungi pandangan penulis tentang permainan baharu, dipersembahkan dalam sebahagian besar forum daftar yang mesra pembaca. Setiap pendapat mengandungi ringkasan tentang ciri-ciri kebaikan dan keburukan permainan yang dinilai itu, selain skor persentil. Terdapat juga jadual yang memperincikan keperluan sistem dan spesifikasi perkakasan yang digunakan untuk menguji suatu permainan, jika berkenaan.

Prebiu ialah himpunan imbasan awal tentang keluaran akan datang, menghimpunkan maklumat yang tidak berturutan daripada banyak sumber dalam satu artikel komprehensif.

Kategori terakhir yang utama ialah Sorotan. Bahagian ini menghimpunkan teks yang tidak tergolong dalam kategori lain. Senarai bulanan bagi pelancaran permainan baharu, sorotan utama permainan, senarai "X Teratas" dan banyak lagi termasuk dalam kategori ini.

G2A News tidak hanya menumpu pada permainan Komputer Peribadi (PC), tetapi sebaliknya menggalakkan semua cabang dalam industri permainan, termasuk segmen e-sukan dan kadang kala, aplikasi mudah alih. Laman sesawang ini direka oleh individu yang mempunyai hubungan mendalam dan berpengetahuan tentang industri permainan digital, yang memastikan mutu kandungan yang tinggi.

Laman sesawang ini mempunyai sistem ulasan natif, yang membolehkan pengguna mengemukakan pandangan mereka dengan memberikan alamat emel, tanpa sebarang penyedia sistem ulasan luar seperti Discus. Perbincangan dipantau bagi menjamin kesopanan interaksi sesama pengguna.

Walaupun wajah semasa G2A News ialah dalam peringkat "beta", laman sesawang ini berfungsi sepenuhnya dan perubahan yang dibuat sebahagian besarnya adalah untuk meningkatkan pengalaman pengguna.

Laman sesawang boleh dikunjungi di news.g2a.com

HUBUNGI: pr@g2a.com

Source: G2A.com
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Internet Technology