omniture

Country Garden Naik ke kedudukan 273 dalam Penarafan 2017 Forbes bagi 2000 Teratas Syarikat Senaraian Awam Terbesar Dunia

Country Garden Holdings
2017-05-31 05:12 627

SHENZHEN, China, 31 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Country Garden Holdings, sebuah syarikat pembangunan hartanah yang berpangkalan di China, mengungguli kedudukan ke-273 dalam senarai 2,000 global 2017 Forbes bagi syarikat-syarikat senaraian awam terbesar dunia, mempamerkan tahap kekuatan dan kelebihan daya saingnya.

Senarai 2,000 syarikat teratas tahun ini adalah daripada 58 negara di dunia dengan jumlah nilai pasaran meningkat 10 peratus kepada US$48.8 trilion berbanding tahun sebelumnya.

Hasil pertumbuhan kewangannya yang kukuh, Country Garden mendaki 171 anak tangga bagi mengungguli kedudukan ke-273 bagi tahun 2017. Kini ia berada di belakang China Vanke, Brookfield Property Partners dan Sun Hung Kai Properties bagi sektor syarikat pembangunan hartanah teratas yang disenaraikan. Jualan syarikat berjumlah US$23 bilion manakala nilai pasarannya bernilai US$20.3 bilion, membolehkan syarikat berada dalam senarai 300 teratas.

Yeung Kwok Keung, pengerusi Country Garden berkata syarikat akan terus memberi tumpuan terhadap pembangunan jenis urbanisasi baharu di China dan mengembangkan perniagaannya bagi merealisasikan pulangan dana yang pantas hasil kadar pusing ganti yang lebih tinggi.

Ketua pegawai eksekutif syarikat, Mo Bin, berkata perniagaan luar negara ialah satu lagi pemacu pertumbuhan baharu dan syarikat akan terus menggalakkan projek-projek urbanisasi yang aktif dalam pasaran luar negara, dan membawakan konsep-konsep reka bentuk bandar termaju bagi mengubah Country Garden menjadi jenama yang lebih bersifat antarabangsa dan strategik. 

Syarikat telah menubuhkan pejabat di lebih 400 bandar raya dan bandar di China dan telahpun menembusi Malaysia, Australia dan Indonesia menerusi lebih 700 projek aktif. Syarikat turut merancang untuk mengembangkan perniagaan di lebih banyak negara, termasuk India, Thailand dan Vietnam, selain United Kingdom dan juga Rusia. 

Country Garden Holdings juga turut menyasarkan Inisiatif Jalur dan Jalan yang dipromosikan oleh kerajaan China dan melabur di wilayah pembangunan Iskandar, Malaysia bagi projek yang dipanggil Forest City. Setakat ini, syarikat telah melabur berjumlah lebih US$1 bilion untuk pulau pertama. Ini merupakan projek terbesar antara pelaburan negara luar tunggal China. Forest City akan memperkenalkan teknologi terkini kepada Malaysia dan menggalakkan kehidupan penuh bertenaga di rantau tersebut. Bulan Mei tahun ini, kira-kira 70 peratus pekerjaan tetap dalam Forest City ditawarkan untuk penduduk Malaysia.

Sehingga 25 Mei, nilai pasaran Country Garden adalah melebihi HK$180 bilion manakala harga sahamnya mencecah HK$8.25, meningkat 174 peratus berbanding tahun sebelumnya, Ini adalah 15.8 kali lebih tinggi berbanding peratus keuntungan Hang Seng Index. Institusi-institusi kewangan termasuk J.P. Morgan, Citibank, Deutsche Bank dan Nomura kesemuanya memberikan penilaian "Beli" untuk Country Garden. 

Latar Belakang Country Garden Holdings

Country Garden Holdings tersenarai dalam Papan Utama Bursa Saham Hong Kong (Kod Saham: 2007). Syarikat mengungguli kedudukan antara tiga syarikat perusahaan hartanah terbaik di dunia. Syarikat ini bukan sahaja merupakan pemaju dan pengendali komuniti kediaman, ia turut membina dan mengendalikan bandar-bandar hijau, berunsur sistem ekologi dan pintar. Pada tahun 2016, jualan hartanah kediaman Country Garden adalah melebihi US$43 bilion dan merangkumi kawasan seluas kira-kira 403 juta kaki persegi.

Untuk maklumat lanjut: http://en.bgy.com.cn/

Source: Country Garden Holdings
Related Stocks:
HongKong:2007 OTC:CTRYY
Keywords: Banking/Financial Service Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Awards