omniture

Tayangan Perdana Dunia: Artis Multimedia Cina Cao Fei Cipta Kereta Seni BMW Digital Pertama

BMW Group
2017-05-31 20:30 631

BEIJING, 31 Mei 2017 /PRNewswire/ --

Cao Fei (lahir pada 1978) ialah artis termuda dan pertama Cina yang mencipta Kereta Seni BMW. Dengan memanfaatkan realiti perantara dan realiti maya, artis yang terkenal di peringkat antarabangsa ini menekankan masa depan mobiliti seperti pemanduan tanpa pemandu dan pendigitan. Di hadapan Dr Ian Robertson, Ahli Lembaga Pengurusan BMW AG dan ratusan tetamu undangan, tayangan perdana dunia bagi Kereta Seni BMW #18 diraikan di Muzium Seni Minsheng, Beijing pada 31 Mei.

generated by system

generated by system

Kereta Seni BMW Cao Fei menggambarkan kadar kepesatan perubahan di China berhubung tradisi dan masa depannya. Projek kereta seni beliau mengandungi tiga komponen: video perjalanan masa pengamal spiritual, ciri-ciri realiti perantara menonjolkan aliran cahaya berwarna warni, yang boleh diakses melalui aplikasi khas (Gedung Aplikasi: kata kunci "BMW Art Car #18"), dan kereta lumba BMW M6 GT3 berwarna hitam karbon aslinya. Dengan memberi penghormatan terhadap struktur gentian karbon pada casis kereta lumba tersebut, warna hitam tak berpantul yang digunakan oleh beliau menggabungkan kereta tersebut dengan pelbagai kemungkinan dalam dunia digital. Dalam video beliau, pengamal spiritual melaksanakan pergerakan spiritual, yang menjadi aliran cahaya berwarna warni yang imersif. Apabila aplikasi tersebut digunakan dalam premis kereta, bunyi desis ini menjadi pemasangan AR yang terapung di bahagian atas dan sekeliling M6 GT3.

BMW M6 GT3 beliau akan berlumba sempena Piala Dunia FIA FT di Macau pada 17-19 November 2017. Pengalaman maya Kereta Seni BMW oleh Cao Fei akan dipamerkan di Forum UBA sempena Art Basel di Basel pada Jun 2017.

Maklumat lanjut disediakan di: http://www.press.bmwgroup.com
Rakaman video: http://www.press.bmwgroup.com/tv-footage   

Dr Thomas Girst
Hal Ehwal Korporat dan Kerajaan BMW Group
Ketua Bahagian Penglibatan Budaya 
No. Telefon: +49-89-382-24753
Emel: presse@bmw.de

Source: BMW Group
Keywords: Art Auto Entertainment Transportation New products/services