omniture

Pendanaan Orang Ramai ICO untuk Projek Bank Digital Estonia-Switzerland Polybius Bermula 31 Mei 2017

Polybius
2017-06-02 03:13 830

TALLINN, Estonia, 2 June 2017 /PRNewswire/ --

Polybius, sebuah institusi kewangan untuk generasi seterusnya, melancarkan ICO pendanaan orang ramai pada 31 Mei 2017.

generated by system

Selama lima minggu bermula pada 31 Mei, para pelabur seluruh dunia boleh membeli token pelaburan Polybius menggunakan mata wang kripto. Token-token ini adalah dalam bentuk Kontrak Pintar yang menjamin bahagian dalam keuntungan tahunan bank.

Elemen utama projek ini ialah idea untuk mencipta semula model bank klasik menggunakan teknologi-teknologi seperti blockchain dan kepintaran buatan khusus. Ethereum Blockchain akan menjadi asas bagi segala tugas token pelaburan Polybius; dokumentasi perbankan akan beroperasi menerusi Emercoin Blockchain; manakala blockchain persendirian dibangunkan oleh syarikat AtticLab akan digunakan untuk transaksi bank.

Usaha membangunkan projek bank Polybius berjalan selama lebih setahun. Sepasukan pakar teknikal antarabangsa, jurubank dan usahawan teknologi kewangan dari lima negara Eropah telah bekerjasama dalam projek ini.

Pembiaya terbaik di Eropah merupakan antara perunding projek, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Admiral Markets, yang mengurus pasaran dunia selama lebih 14 tahun. Keselamatan maklumat untuk institusi kewangan masa depan Polybius akan disediakan oleh BettaSecurity yang menyediakan perkhidmatan untuk bank-bank terbesar Rusia serta CIS seperti Alpha Bank dan Sberbank.

Pelancaran ICO adalah suatu yang amat dinanti-nantikan oleh ribuan peminat teknologi kripto, yang telah menyertai kumpulan Polybius melalui rangkaian sosial atau telah mendaftar dalam senarai mel.

Kumpulan pelabur berpotensi dalam Polybius berjumlah lebih 500,000 pengguna bagi perkhidmatan mata wang kripto perlombongan awan, HashFlare - perniagaan yang sebelumnya berjaya secara komersial yang diwujudkan oleh pengasas Yayasan Polybius.

Model perniagaan Projek, dengan mengambil kira tiga senario pembangunan yang mungkin, bergantung pada jumlah kutipan ICO, dan boleh dilihat di laman sesawang Polybius.

Untuk mengambil bahagian dalam ICO, pengguna perlu memasang dompet Polybius daripada laman sesawang polybius.io dan membeli token belian menggunakan mata wang euro, dolar dan mata wang kripto.

Ketahui lebih lanjut dan labur - http://www.polybius.io
Baca Prospektus - https://polybius.io/media/prospectus.pdf
Ikuti Polybius melalui Medium - https://medium.com/@polybiusbank
Sertai kumpulan Telegram Polybius - https://t.me/polybius_eng

Polybius merupakan sumber bahan ini. Mata wang maya ialah tender yang tidak sah, tidak disokong oleh kerajaan manakala akaun dan baki nilai tidak tertakluk pada perlindungan pengguna. Siaran akhbar ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Maklumat ini tidak mengandungi nasihat pelaburan mahupun tawaran untuk melabur.

Source: Polybius
Keywords: Banking/Financial Service New products/services