omniture

Pengeluaran Kenderaan Kesejuta: GAC Motor Mulakan Lembaran Baharu Beri Keutamaan Pada Kualiti

GAC Motor
2017-06-02 03:36 657

GUANGZHOU, China, 2 June 2017 /PRNewswire/ -- Pembuat kereta paling pesat berkembang di China, GAC Motor, kini meraikan pengeluaran kenderaan kesejutanya, 4WD GS8 berwarna putih yang meluncur daripada barisan pemasangan pada 15 Mei di kilangnya di Guangzhou, China.

Gambar kumpulan GAC Motor pada majlis sambutan pengeluaran kenderaannya yang kesejuta
Gambar kumpulan GAC Motor pada majlis sambutan pengeluaran kenderaannya yang kesejuta

Dengan mengeluarkan 1 juta kereta hanya dalam tempoh enam tahun sejak syarikat ditubuhkan, GAC Motor memecah rekod jualan secara terus menerus menerusi setiap model baharu yang dicipta dan direkayasa dengan piawaian kualiti tertinggi.

"Ini merupakan pencapaian penting buat GAC Motor, sewaktu kami memperkenalkan kenderaan ke-600,000 Jun lalu dan kurang daripada setahun kemudian, kami berjaya mencapai matlamat kami untuk mengeluarkan kenderaan kesejuta. Peningkatan kapasiti pengeluaran kami membuktikan pembangunan pesat serta kelebihan sistem pengeluaran kenderaan bertaraf dunia melalui tindakan yang kukuh sewaktu kami melangkah ke 'era juta','" ujar Yu Jun, presisen GAC Motor.

4WD GS8 GAC Motor
4WD GS8 GAC Motor

Pada tahun 2016, GAC Motor menjual lebih 380,000 kenderaan di seluruh dunia, memperlihatkan peningkatan sebanyak 96 peratus berbanding tahun sebelumnya dan 85 peratus kadar pertumbuhan kompaun selama enam tahun berturut-turut. Dalam empat bulan pertama tahun 2017, GAC Motor telahpun memecah rekod-rekod terdahulu dengan jualan sebanyak 163,000 kereta, mencapai peningkatan sebanyak 65.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

SUV jualan terbaik syarikat, GS4, turut menjadi model dengan jualan terpantas dalam julat harganya dan memecah rekod 500,000 unit, selain mencatat kadar jualan yang pantas sebanyak 35.5 peratus berbanding tahun sebelumnya, manakala model GS8 yang canggih kini mengungguli kategori SUV mewah dengan tujuh tempat duduk dengan jualan melebihi 10,000 unit pada bulan Mac dan April.

Berpegang pada strategi berfokuskan kualiti yang diterajui oleh inovasi sedari awal lagi, GAC Motor mengaplikasikan teknologi termaju dan pintar dalam semua pautan rantaian pengeluaran automotif. Model syarikat yang berkualiti tinggi dan kompetitif direka agar memenuhi keperluan setiap pengguna, telah melepasi kesemua ujian dan meraih peluang dalam pasaran-pasaran global.

GAC Motor mengekalkan kadar kerosakan komponen yang jauh lebih rendah berbanding purata industri. Bagi menjamin kualiti dan keselamatan produk, GAC Motor menetapkan sistem kawalan kualiti "6520" yang amat ketat yang meletakkan "kecacatan sifar" sebagai sasarannya dan meningkatkan piawaian kualiti produk secara menyeluruh.

Pada tahun 2016, jumlah perbatuan ujian memandu ialah 930,000 kilometer (577,875 batu), bersamaan dengan 23 pusingan mengelilingi bumi, dan tanpa berlakunya insiden keselamatan.

GAC Motor kini berada di kedudukan ke-5 dalam Kajian Kualiti Awal China 2016 J.D. Power Asia Pasifik, kedudukan tertinggi yang diraih dalam kalangan semua jenama Cina selama empat tahun berturut-turut.

Model terkenalnya GS4 turut menerima pingat emas daripada C-ECAP (Program Penilaian Kereta-Eko China) dengan kelebihan yang jelas bagi emisi rendah, sambil memastikan prestasi dan keselamatan yang optimum.

Berpusat di Institut Kejuruteraan Automotif GAC, GAC Motor telah memperluas jaringan R&D automotif global yang disokong oleh pusat teknologi syarikat, pembekal global terkemuka dan institut penyelidikan yang mematuhi piawaian antarabangsa tertinggi demi memenuhi komitmen syarikat terhadap kualiti dan keandalan kenderaan dengan kedudukan tertinggi. GAC Motor menjalin kerjasama strategik dengan 10 pembekal auto terbaik dunia termasuk Aisin Seiki, Michelin, Continental dan Faurecia.

Selepas penubuhan Pusat R&D Amerika Utara yang pertama milik GAC di Silicon Valley tahun ini, GAC Motor mula merekrut tenaga mahir dalam semua bidang, bermula daripada penyelidikan dan pembangunan, serta kejuruteraan kenderaan kepada komunikasi dan pengurusan pemasaran. 

"Jaringan penyelidikan dan pembangunan global GAC Motor sentiasa memberi keutamaan pada kualiti, pasukan jurutera dan pereka kami berdedikasi untuk membawakan produk dan perkhidmatan dengan kualiti lebih baik bagi menjadi pemanduan dengan kereta GAC Motor suatu pengalaman yang unik dan boleh dipercayai," kata Yu.

Latar Belakang GAC Motor

Sebuah subsidiari GAC Group, GAC Motor membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti tinggi, mencapai 96% kadar pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya pada tahun 2016, kadar yang tertinggi dalam kalangan semua jenama Cina yang lain dalam tempoh yang sama.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook: https://www.facebook.com/GACMoto 
Instagram:
 https://www.instagram.com/gac_motor 
Twitter:
 https://twitter.com/gac_motor 

Maklumat Perhubungan Media:

Suki Wong
+86-186-8058-2829
 
sukie_gacmotor@126.com

Taki Jiang
+86-134-5028-4242
 
takijiang@126.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170531/1864451-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170531/1864451-1-b

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Machinery Transportation Corporate Expansion