omniture

ESMO Alu-alukan Penerimaan Resolusi Kanser WHO 2017

European Society for Medical Oncology (ESMO)
2017-06-02 09:00 614

LUGANO, Switzerland, 2 Jun 2017 /PRNewswire/ -- ESMO, organisasi profesional Eropah terkemuka bagi onkologi perubatan, mengalu-alukan penerimaan Resolusi pencegahan dan pengawalan Kanser dalam konteks pendekatan bersepadu di Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-70, 22-31 Mei, Geneva, Switzerland.

Presiden ESMO Fortunato Ciardiello berkata "ESMO mengalu-alukan resolusi WHO yang bertujuan untuk memastikan akses kepada penjagaan yang selamat, berkesan dan mampu milik bagi pesakit kanser. Kelestarian penjagaan kanser ialah salah satu daripada tiga tunggak Visi ESMO 2020. Sebagai pakar onkologi perubatan yang merawat pesakit kanser, kami menyokong kuat akses yang saksama terhadap rawatan yang berkualiti. Sokongan kami kepada pihak berkepentingan yang terlibat dalam Resolusi WHO yang bersejarah ini ialah penunjuk yang jelas ikrar ESMO terhadap dunia yang menjaga pesakit kanser dengan penjagaan oleh golongan profesional yang berkepakaran tinggi."

"Resolusi Kanser WHO terakhir ialah pada 2005 [http://www.who.int/ipcs/publications/wha/cancer_resolution.pdf?ua=1]. ESMO telah bekerjasama dengan WHO selama bertahun-tahun untuk mempertingkat penjagaan kanser," tambah Ciardiello. "Ia adalah sesuatu yang penting dengan bilangan kes kanser baharu yang semakin meningkat, dan lebih 14 juta kes baharu didiagnosis di seluruh dunia setiap tahun [http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs297/en/], terdapat usaha sama global bukan sahaja untuk mencegah kanser, tetapi juga untuk memastikan mereka yang terjejas oleh penyakit ini mendapatkan rawatan dan penjagaan yang optimum, di mana sahaja mereka tinggal, dalam apa jua keadaan ekonomi mereka."

Resolusi Kanser WHO 2017 memerlukan pelan kawalan kanser negara, pendaftaran kanser berkualiti tinggi, peningkatan penyelidikan kanser, penggunaan garis panduan amalan klinikal, akses kepada ubat-ubatan tepat pada masanya, peralatan perubatan dan penjagaan paliatif, serta tenaga kerja onkologi yang terlatih. "ESMO aktif dalam semua bidang ini dan komited untuk menyediakan maklumat yang berkualiti, sumber dan pendidikan yang terbaik untuk golongan profesional kanser," kata Ciardiello.

Berita penuh: http://bit.ly/2qxxbNH

Pejabat Akhbar ESMO
media@esmo.org
+41(0)91-973-19-07

Source: European Society for Medical Oncology (ESMO)
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Trade show news