omniture

Forest City Country Garden raih tiga anugerah berprestij tambahan

Projek perumahan besar-besaran hasil jalinan kerjasama antarabangsa gamit perhatian
Country Garden Holdings
2017-06-02 15:53 977

BANGKOK, 2 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Forest City, projek perumahan besar-besaran yang dijalankan oleh pemaju hartanah Cina Country Garden Holdings, meraih tiga anugerah berprestij dalam majlis penyampaian Anugerah Hartanah Asia Pasifik yang diadakan di Bangkok, Thailand mulai 25 hingga 26 Mei 2017: Pembangunan Pelbagai Guna Malaysia Anugerah Hartanah Asia Pasifik, Kediaman Pelbagai Seni Bina Malaysia Anugerah Hartanah Asia Pasifik dan Kediaman Pelbagai Seni Bina Terbaik Malaysia Anugerah Hartanah Asia Pasifik, anugerah ketiga ini merupakan yang paling berprestij antara ketiga-tiganya. Ketika menyampaikan anugerah, jawatankuasa penganjur acara menjelaskan projek tersebut dengan pujian tinggi: karya agung bagi perancangan dan reka bentuk seni bina, projek berkeluasan lebih 20 kilometer persegi itu menggambarkan dengan tepat konsep berwawasan pengerusi Country Garden, Yeung Kwok Yeung, iaitu sebuah bandar baharu berdasarkan kerjasama antarabangsa, membawakan gabungan optimum antara kemudahan sokongan peringkat bandar dan industri-industri fizikal. Sebelum meraih barisan anugerah ini, terdahulu, Forest City pernah merangkul lima anugerah antarabangsa, termasuk Anugerah Emas Projek Mega Masa Depan Terbaik MIPM Asia bagi tahun 2017 dan Anugerah Inovasi Produk Baharu Pembangunan Hartanah Asia Pasifik Frost & Sullivan bagi tahun 2016.

Pic1: Asia Pacific Property Award Best Architecture Multiple Residence Malaysia; Pic2: Asia Pacific Property Award Architecture Multiple Residence Malaysia; Pic3: Asia Pacific Property Award Mixed-Use Development Malaysia
Pic1: Asia Pacific Property Award Best Architecture Multiple Residence Malaysia; Pic2: Asia Pacific Property Award Architecture Multiple Residence Malaysia; Pic3: Asia Pacific Property Award Mixed-Use Development Malaysia

Anugerah Hartanah Asia Pasifik nikmati reputasi luas

Anugerah Hartanah Asia Pasifik tahun ini, sebahagian daripada Anugerah Hartanah Antarabangsa dan diwujudkan bagi mengiktiraf pembangunan dan pemaju hartanah paling cemerlang dari seluruh dunia, diadakan di Bangkok, yang menghimpunkan lebih 600 eksekutif pembangunan hartanah dari serata dunia. Panel hakim multinasional terdiri daripada beberapa puluh ahli profesional utama dalam sektor tersebut.

Anugerah Hartanah Antarabangsa, diwujudkan pada tahun 1995 dan dihoskan setiap tahun oleh organisasi hartanah antarabangsa yang berbeza, dianggap sebagai anugerah Oscars untuk sektor hartanah. Anugerah ini, yang dibahagikan mengikut kawasan merangkumi Afrika, Asia Pasifik, Arab, Kanada, Kepulauan Caribbean, Amerika Tengah & Selatan, Eropah dan AS, mengiktiraf projek-projek pembangunan hartanah berkualiti tinggi yang telah memberi sumbangan sosial terhebat di dunia dan dikenali dalam seluruh komuniti hartanah global.

Sejak tahun 2008, Anugerah Hartanah Antarabangsa menambah anugerah-anugerah untuk Asia Pasifik, mengiktiraf projek-projek hartanah yang cemerlang di rantau ini. Tahun ini, lebih 100 projek bersaing bagi merangkul anugerah dalam pelbagai kategori, dan persaingan untuk Kediaman Pelbagai Seni Bina Malaysia Anugerah Hartanah Asia Pasifik dilihat sebagai persaingan paling sengit.

Asia Pacific Property Awards Ceremony
Asia Pacific Property Awards Ceremony

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170531/1862976-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170531/1862976-1-b

Source: Country Garden Holdings
Keywords: Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Awards