omniture

Nubia Perkenal Telefon Pintar Utama Baharu Z17 dengan Sistem Dwikamera, Reka Bentuk Bezel Nipis Terajui Trend Teknologi

nubia
2017-06-02 21:46 1036

BEIJING, 2 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Syarikat telefon pintar terkemuka, Nubia memperkenalkan model utama premium terkininya, Z17, dalam sebuah acara di Pusat Akuatik Kebangsaan Beijing. Salah satu peneraju bagi fotografi telefon bimbit, nubia terus mendorong kemajuan dalam bidang ini.

Nubia’s New Flagship the Z17
Nubia’s New Flagship the Z17

Elemen utama model Z17 ialah sistam dwikamera belakang yang terdiri daripada saiz piksel 1.4um dan kanta apertur F1.8 yang masing-masing mempunyai resolusi 12MP serta 23MP. Dikuasakan oleh sensor CMOS utama 1/2.55-inci, kelajuan fokus ultra pantas 0.03 saat, teknologi AI dan enjin gelintar imej NeoVision 7.0, model Z17 dapat menghasilkan foto yang cantik dalam semua keadaan. Mod zum dekat 2X hibrid kamera ini memberikan penyelesaian hebat bagi mengambil foto waktu malam. Z17 juga menyokong penyelarasan jarak jauh dengan Wi-Fi, foto 3D dan tangkapan makro.

Telefon kalis alir luar pertama daripada nubia, Z17 menggunakan teknologi skrin bezel nipis terkini dan memberikan kesan visual yang mantap buat pengguna. Ia dibuat daripada bahan logam kaca sofistikated yang menggabungkan ciri keteguhan logam dengan kelicinan kaca. Berserta skrin 5.5-inci lebih besar dan badan telefon sehingga 98% logam, Z17 bukan sahaja menjamin ketahanan dan ruang penglihatan lebih luas, tetapi juga menjadikannya lebih mudah dipegang dengan bahagian tepi melengkung aRC.

Dilengkapi dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 835 yang hebat, sehingga 8GB RAM, 128GB ROM, dan memori kilat UFS2.1, Z17 dapat mengakses fail lebih pantas dan beralih antara aplikasi dengan lebih mudah berbanding sebelum ini. Melalui teknologi pembelajaran mesin & memori ultra, Z17 menggunakan sistem UI 5.0 nubia terkini dan sistem NeoSmart eksklusif, yang berasaskan teknologi AI, untuk mempelajari dan meramalkan tingkah laku pengguna. Oleh itu, pelanggan akan dapat menikmati lebih banyak pengalaman pengguna sebaik sahaja Z17 lebih dikenali mereka.

Berbekalkan sel berketumpatan tinggi 3200mAh dan sistem penjimatan kuasa NeoPower 3.0, Z17 memberikan hayat bateri sehingga 2.4 hari. Teknologi pengecasan pantas NeoCharge, yang berasaskan QC4+ daripada Qualcomm boleh mengecas bateri sehingga 50 peratus daripada kapasiti penuhnya dalam masa 20 minit.

"Melalui pelancaran Z17 baharu ini, nubia menunjukkan komitmen berterusan untuk menetapkan standard prestasi baharu dan menginspirasikan ekspresi kreatif," kata Ni Fei, Pengurus Besar telefon pintar nubia.

Nubia mengumumkan harga untuk model unggul 8GB+128GB akan dijual dengan harga RMB 3999 (kira-kira US$588). Model Z17 akan disediakan dengan warna biru aurora, emas hitam, hitam obsidian, emas solar dan merah menyala untuk pelanggan.

Latar Belakang nubia  

Ditubuhkan pada Oktober 2012, nubia bermatlamat untuk menyediakan telefon pintar canggih dan inovatif buat pengguna yang gemarkan cabaran, yang ingin mencuba pengalaman baharu serta memperoleh kualiti hidup yang dipertingkat. Beribu pejabat di China, nubia kini beroperasi di seluruh dunia termasuk di Amerika, Eropah dan Asia Tenggara. Jenama ini terkenal dengan ciri-ciri telefon pintar yang inovatif dan fungsi fotografi mudah alih profesional.

Maklumat lanjut: www.nubia.com/en.

Twitter: @nubiasmartphone

Instagram; @nubiasmartphone

Facebook: @nubiasmartphone

Foto  - https://photos.prnasia.com/prnh/20170601/1865868-1

Source: nubia
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Mobile Entertainment New products/services Trade show news