omniture

ANA Systems Pilih IBS Software sebagai Rakan Kongsi Teknologi Strategik

IBS Software Services
2017-06-05 13:30 610

TOKYO, 5 Jun 2017 /PRNewswire/ --

IBS Software, salah satu pembekal terkemuka bagi penyelesaian IT generasi baharu kepada industri penerbangan global, telah memeterai satu perkongsian strategik dengan ANA Systems (ASY), bahagian IT kumpulan ANA (ANA), bagi meningkatkan keupayaan penyampaian globalnya untuk penyelesaian teknologi inovatif bagi syarikat penerbangan itu. Perjanjian perkongsian lima tahun ini menandakan satu peristiwa penting dalam hubungan sepanjang sedekad antara ANA dan IBS Software (IBS). Ia akan memberikan ASY akses kepada kumpulan bakat global IBS dengan pengetahuan industri penerbangan dan kepakaran teknologi, bersama-sama dengan beberapa proses dan amalan pembangunan perisian yang terbaik. Dengan tumpuan kepada inovasi, pendigitalan dan kualiti, IBS akan mengambil bahagian dalam inisiatif transformasi teknologi ASY di seluruh bahagian berbeza perniagaan syarikat penerbangan itu.

generated by system

Di bawah perkongsian ini, pasukan IBS akan berfungsi sebagai lanjutan daripada pasukan ASY dan akan menyediakan kebolehskalaan dan kefleksibelan bagi ASY untuk program teknologi dengan cara yang menjimatkan, menggunakan model IBS yang sudah terbukti Extended Software Delivery Facility (Kemudahan Penghantaran Perisian Lanjutan, ESDF). Aktiviti ESDF termasuklah pembangunan, penyelenggaraan & penambahbaikan perisian selain ujian sistem perniagaan teras ANA. Perkongsian ini adalah hasil daripada program utama Global Delivery Model (Model Penyampaian Global, GDM) yang dilancarkan oleh ASY dalam penglobalisasian perniagaan dan proses teknologinya untuk membawakan amalan terbaik industri dalam operasi semasanya, di samping meningkatkan kebolehskalaan dan kefleksibelannya. Perkongsian ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan kejuruteraan ASY, mengurangkan kos keseluruhan operasi dengan ketara dan mengoptimumkan landskap teknologi sedia ada. Ia juga akan memberikan tumpuan kepada teknologi seperti pengkomputeran awan, analitik dan mobiliti untuk menyokong transformasi digital syarikat penerbangan itu.

Masafumi Shingo, Presiden, ANA Systems berkata, "ASY berdepan dengan cabaran perubahan kepada persekitaran global dan produktiviti yang menjimatkan bagi pertumbuhan kumpulan ANA. Dengan IBS sebagai rakan kongsi Model Penyampaian Global ASY, kami tidak sabar untuk menghasilkan kesan sinergi dengan menggabungkan IBS yang kaya dengan kumpulan bakat dengan pengetahuan industri penerbangan dan piawaian berkualiti tinggi ASY. Hasilnya, ASY akan mempunyai daya saing global yang membawa kepada pertumbuhannya."

"Hubungan IBS dan ANA kini telah melengkapkan kejayaan selama 10 tahun. Memiliki rekod prestasi penyediaan perkhidmatan cemerlang dalam tempoh ini, bersama-sama dengan pengetahuan domain syarikat penerbangan, kecemerlangan teknologi dan tumpuan kepada inovasi kami, menjadikan IBS rakan kongsi ideal untuk ANA Systems bagi inisiatif strategik ini. Perjanjian perkongsian baharu ini ialah testimoni benar kepada nilai yang telah dicipta IBS untuk ANA selama ini dan potensinya dalam usaha sama masa hadapan ANA Systems. Kami gembira dapat membawa hubungan kami ke tahap seterusnya dan komited untuk membuat perubahan ketara kepada keupayaan global ANA Systems dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih dinamik dan inovatif kepada pelanggan dengan cara yang menjimatkan," kata Akshay Shrivastava, Naib Presiden Kanan & Ketua Global Perniagaan Perkhidmatan IT, IBS Software.

Latar Belakang ANA Systems 

ANA Systems ditubuhkan pada tahun 2013, sebagai cabang IT dalaman All Nippon Airways menerusi penggabungan ANA Communications Corporation dan ANA System Planning Co., Ltd. All Nippon Airways merupakan syarikat penerbangan terbesar di Jepun berdasarkan armada, hasil dan bilangan penumpangnya. Ahli Star Alliance, ANA terbang melalui 87 laluan antarabangsa dan 116 laluan domestik, dengan armada sebanyak 250 pesawat. ANA telah dipilih sebagai 'Syarikat Penerbangan Terbaik' bagi tahun 2013 oleh Majalah Air Transport World, dan pada tahun 2017 telah dianugerahkan lima bintang bagi tahun kelima berturut-turut oleh SKYTRAX.

Maklumat lanjut tentang IBS boleh didapati di http://www.ibsplc.com

Sumber: IBS Software Services

Source: IBS Software Services
Related Links:
Keywords: Airlines/Aviation Computer Software Computer/Electronics Transportation Travel Joint ventures